Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 23 October 2015

Perdana Menteri wajib Islam dan Melayu - Haji Hadi



Kerajaan di negara ini wajib diterajui oleh pemimpin yang beragama Islam dan berbangsa Melayu, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, Islam telah bertapak di Malaysia secara berdaulat sehingga keseluruhan orang Melayu serta sebahagian besar penduduk asal menganut agama berkenaan dan menjadi Melayu Muslim.

Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, umat Islam tetap menjadi kumpulan majoriti walaupun selepas landskap masyarakat di negara ini berubah menjadi majmuk semasa era penjajahan Barat.

“Berasaskan pelaksanaan Islam yang tersebut, daripada ajaran Islam dan sejarahnya, maka wajib ditegakkan pemerintahannya dengan cara yang betul bersama kepemimpinan negara beragama Islam daripada bangsa Melayu.

“Pada masa sama, wajib berlaku adil terhadap masyarakat majmuk berbagai agama dan kaum serta melibatkan mereka dalam urusan politik pemerintahan dan kehidupan bermasyarakat seperti ekonomi, pendidikan dan lain-lain,” katanya dalam kenyataan melalui laman web rasmi PAS Pusat Rabu.

Abdul Hadi berpandangan, ideologi dan teori yang memisahkan ajaran agama dengan politik, ekonomi serta pengurusan bermasyarakat tidak mampu menga­wal gejala fanatisme dan cauvinisme.

Malah, menurut beliau, pendekatan itu akan merumitkan lagi masalah sedia ada dan mengundang masalah baharu.

“Hanya Islam yang mempunyai roh perhitungan beribadat kepada Allah SWT dalam aspek pemerintahan serta adanya perhitungan dosa dan pahala terhadap segala tindakan kerajaan dapat memimpin masyarakat majmuk dengan adil dan berkebajikan terhadap semua,” jelasnya.

Katanya, kenyataan itu bukan kerana taksub kepada Islam atau kaum serta bangsa tetapi melalui hakikat yang wujud dalam ajaran Islam dan perbezaannya dengan ideologi-ideologi lain.

Katanya, kewajipan umat Islam adalah untuk memulihkan keadaan dengan melakukan pembaharuan bagi menghapuskan peninggalan penjajah dan adat yang negatif.

“Kita juga wajib menerima segala kebijaksanaan berpandukan petunjuk Islam dengan mentafsir Perlembagaan (Persekutuan) yang ada mengikut kebijaksanaan sendiri tanpa pengaruh warisan penjajah,” katanya. 

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/10/perdana-menteri-wajib-islam-dan-melayu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...