Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 9 October 2015

Punca Sebenar Tragedi Rempuhan di Mina yang Korbankan 717 Jemaah



Makkah: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi menyatakan berkata tragedi rempuhan yang mengorbankan 717 jemaah haji di Mina petang semalam, berlaku berikutan pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. 

Jurucakap kementerian itu, Mejar Jeneral Mansour al-Turki berkata, cuaca panas serta keterujaan jemaah juga menyumbang kepada bencana itu yang dianggap paling buruk dalam sejarah 20 tahun musim haji. 

Menurutnya, tiada petunjuk pihak berkuasa haji Arab Saudi patut dipersalahkan dalam kejadian malang itu. 

Menurutnya, Putera Mahkota Arab Saudi, Raja Salman sudah mengarahkan siasatan menyeluruh kejadian berkenaan. 

Sementara itu, dua jemaah yang terselamat dalam kejadian itu juga berkata, tragedi berlaku akibat pertembungan dua gelombang kumpulan jemaah di satu persimpangan. 

Jemaah dari Mesir, Abdullah Lotfy, 44, berkata dia nampak seorang jemaah jatuh ke atas jemaah berkerusi roda dan beberapa lagi jemaah jatuh ke atas mereka. 

“Mereka yang jatuh kemudian saling memanjat atas jemaah lain untuk keluar dari bawah timbunan manusia dan pada masa sama, semakin ramai yang jatuh,” katanya. 

Menurutnya, pertembungan itu tidak sepatutnya berlaku dan mendakwa pihak Arab Saudi tidak melakukan persiapan. - AP 



Sebelum ini, Iran menyalahkan Arab Saudi berikutan tragedi itu hingga menyebabkan sekurang-kurangnya 43 jemaahnya terbunuh manakala 60 lagi cedera.

Ketua jabatan haji Iran, Said Ohadi, berkata tanpa sebab yang tidak diketahui dua laluan ke Jamarah ditutup yang menjadi punca tragedi itu. 

“Tragedi hari ini menunjukkan salah pengurusan dan kecuaian terhadap keselamatan jemaah. Tiada penjelasan lain, pegawai Arab Saudi perlu bertanggungjawab,” katanya. 

Sementara itu, Menteri Kesihatan Arab Saudi pula menyalahkan jemaah yang tidak berdisiplin menjadi punca tragedi rempuhan di Mina yang membunuh lebih 700 jemaah. 

Khaled al-Faith menegaskan tragedi itu boleh dielakkan jika jemaah haji mematuhi arahan. 

“Ramai jemaah bergerak tanpa mengikut waktu ditetapkan pihak berkuasa haji dan sikap itulah yang membawa masalah serta menjadi punca tragedi seperti ini. 

“Jika jemaah mengikut arahan ditetapkan, kejadian seperti ini boleh dielakkan. - AFP 


http://celahgelegar.blogspot.my/2015/09/punca-sebenar-tragedi-rempuhan-di-mina.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...