SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) Nashruddin Mat Isa membidas Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama kerana campur tangan dalam urusan negara ini.
Bekas timbalan presiden PAS itu berkata Obama tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan agar Malaysia menerima konsep perkahwinan sejenis.
“Kita tidak perlu mana-mana pihak luar mengajar kita bagaimana untuk mengurus negara. Kita yang berhak mentadbir dan mengurus kedaulatan negara ini.
“Apa yang orang lain buat di negara masing-masing itu hak mereka. Dalam konteks Malaysia, kita ada Perlembagaan yang jelas meletakkan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.
“Saya merasa sangat kesal dengan kenyatannya. Dia (Obama) hendak suarakan pandangan itu hak dia, tetapi Malaysia harus kekal dengan pendirian kita letakkan Islam sebagai hukum tertinggi dalam negara kita,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian hari ini.
Sabtu lalu, Obama menjelaskan undang-undang perkahwinan sejenis kepada belia dari Asia Tenggara pada sesi “townhall”, mengatakan polisi kerajaan mengenai perkahwinan perlu adil kepada semua rakyat.
“Orang dengan orientasi seksual berbeza berhak kepada penghormatan dan maruah diri 'seperti lain-lain',"katanya apabila menjawab soalan daripada belia biseksual dari Thailand bernama Dara, yang bertanya sekiranya seseorang patut dipenjarakan kerana orientasi seksualnya.
"Jawapan mudah kepada soalan itu adalah tidak," kata Obama disambut tepukan gemuruh hadirin seramai 500 belia yang mewakili 10 negara Asean di bawah US Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI).
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/11/admin-sokong-pada-nasharuddin-bidas.html
No comments:
Post a Comment