Coretan Ringkas Lokman Adam
Akibat dari serangan bertubi-tubi pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga imej 1MDB rosak, 1MDB tidak dapat menerbitkan IPO mereka pada November 2014 dan Mac 2015. Ini membawa kepada masalah aliran tunai. Bagi mengurangkan hutang, 1MDB terpaksa menjual semula aset penjanaan tenaga mereka yang sebenarnya menyumbang kepada kewujudan hutang tersebut. Semalam, perjanjian telah dimetrai bersama China General Nuclear Power Corporation dan anak syarikatnya (CGN Group) dengan bayaran tunai ekuiti sebanyak RM9.83 bilion dan pemindahan hutang sebanyak RM7.43 bilion (pada 31 Mac 2015). Ini bermakna Aset tersebut telah dijual dengan harga RM17.26 bilion. Ini adalah hampir sama dengan harga pembelian oleh 1MDB terlebih dahulu iaitu sebanyak RM 18 billion. Tambahan pula, harga RM17.26 billion ini adalah lebih tinggi daripada harga bidaan TNB yang dikhabarkan sebanyak RM15 bilion.
Adalah fakta bahawa harga tariff IPP Edra terendah dikalangan semua IPP termasuk TNB sendiri. Sebagai contoh, pada tahap pembidaan tariff IPP, Edra Energy membekal tenaga kepada TNB dibawah kontrak Power Purchase Agreement (PPA) dengan harga RM 0.34 iaitu 1 sen di bawah harga TNB sendiri dan jauh lebih murah berbanding IPP lain. Pengurangan 1 sen ini, selama tempoh 20 tahun kontrak PPA, mengurangkan kos TNB sebanyak RM 2.9 billion. Itu sebab bila Edra mula bekal dulu, dalam tempoh 3 bulan sahaja TNB berjaya raih keuntungan hingga 2.3b. Bila TNB untung, bukan ke pekerja TNB juga yang dapat manfaat dan rakyat buat kali pertama merasai penurunan kadar eletrik tahun ini.
Cerita yang mengatakan nasib pekerja TNB akan terjejas seperti MAS sangat tidak munasabah. Yang dijual ialah ekuiti Edra, bukan kita jual TNB. Aset Edra hanya menjana 14% dari keperluan tenaga negara. 50% dijana oleh TNB sendiri, 24% oleh Malakof dan selebihnya oleh pihak lain. Bila aset Edra dijual, ianya dijual sekali dengan kontrak membekalkan tenaga kepada TNB, yang mempunyai tempoh berlainan, tetapi secara purata, selama 10 tahun. Ini bererti kadar RM 0.34 itu akan kekal sehingga akhir tempoh kontrak PPA.
Selepas tamat kontrak PPA ini, jika CGN Group perlu memenangi tender baru yang dilaksanakan secara terbuka oleh Suruhanjaya Tenaga. Sudah tentu Suruhanjaya Tenaga akan memilih tariff IPP yang terendah dikalangan mereka yang menyertai tender tersebut. Dengan itu, kontrak PPA TNB sudah pasti akan berada pada tahap yang murah. Maka tidak timbul soal rakyat akan membayar tarif eletrik yang lebih tinggi jika aset tenaga 1MDB jatuh ketangan asing. Jika CGN Group berdegil menaikkan harga dalam tender, mereka tetap akan menerima nasib yang sama seperti syarikat penjanaan tenaga milik YTL yang ditamatkan kontrak PPA 30 September 2015 lalu.
Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar janganlah gelabah tidak tentu pasal. Kalaupun anda prihatin, pastikan anda mendapatkan maklumat yang betul terlebih dahulu. Plan rasionalisasi 1MDB sudah hampir sempurna. Penjualan 60% ekuiti Bandar Malaysia akan selesai tidak lama lagi. In sya Allah jika penjualan ekuiti tersebut berjaya, masalah hutang 1MDB akan selesai dan 1MDB dijangka akan memperolehi lebihan asset sekitar RM10-12 billion. Dengan modal RM 1 juta yang diberikan oleh kerajaan, 1MDB berjaya raih keuntungan lebih 10 ribu kali ganda dari modal awal mereka. Cuba bayangkan jika perniagaan mereka tidak diganggu oleh Tony Pua, Rafizi dan Tun Mahathir.
Untuk berita dan isu semasa terpantas, sila langgani Channel Telegram saya di
https://telegram.me/lokmanadam
Ianya Percuma! Semua rekod posting saya terdahulu ada disimpan di channel tersebut.
http://blog2-barisan.blogspot.my/2015/11/taipingmali-tm_24.html
No comments:
Post a Comment