Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday 20 November 2015

Setinggi 241 tingkat, bangunan tertinggi ini dibina di Iraq

highest building iraq
Setinggi 241 tingkat, bangunan tertinggi ini dibina di Iraq | Sebuah syarikat pembinaan, baru-baru ini mendedahkan pelan sulit berhubung pembinaan menara setinggi 241 tingkat di Iraq, yang bakal mengatasi bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai menara pencakar langit ter­tinggi di dunia. Menurut portal Daily Mail, pembinaan menara gergasi yang akan diberi nama ‘Pengantin Perempuan’ atau ‘The Bride’ itu bakal menjadi mercu tanda ikonik baharu di tengah-tengah bandar Basra di Iraq.
Kompleks menara berkelu­asan 963.7 meter itu akan menempatkan pejabat, hotel, pusat perniagaan, taman, klinik, sekolah, dan juga kawasan perumahan. Cadangan pembinaan menara bagi memaksimumkan kapasiti di bandar itu pada 2025, dikemukakan oleh syarikat AMBS Architects, namun sebelum ini dirahsiakan atas sebab-sebab keselamatan.
Menurut pengarah syarikat itu, Marcos De Andres, berbeza dengan menara konvensional, menara di Basra itu bakal menjadi tarikan baharu yang boleh dikunjungi, bukan sahaja kepada mereka yang tinggal dan be­kerja di sana, tetapi juga seluruh masyarakat di negara ini. “Bangunan baharu itu akan dinikmati oleh beribu-ribu orang dengan cara yang tersendiri, sama ada ketika berada di dalamnya, di atasnya atau di kawasan bawah tanah bangunan tersebut.
“Pengunjung boleh memilih untuk berjalan di taman-taman teduh dan kawasan pejalan kaki di permukaan tanah yang luas atau makan tengah hari dan menikmati aktiviti membeli-­belah beratus-ratus meter di atas paras laut,” katanya. Basra yang mempunyai sebahagian besar daripada rizab minyak di Iraq, merupakan satu daripada pusat perniagaan paling pesat berkembang di dunia serta kawasan pelabuhan utama di negara ini. -AP
http://www.lulu-pages.com/2015/11/setinggi-241-tingkat-bangunan-tertinggi-ini-dibina-di-iraq.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...