Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 4 December 2015

JURURAWAT DAKWA DIPECAT KERANA MENUTUP AURAT




KUALA LUMPUR: Seorang jururawat hospital swasta di Lembah Klang mendakwa dia dibuang kerja kerana berpakaian menutup aurat semasa bertugas.

Jururawat berkenaan, Naziah Sauni Samat 24, berkata, dia tidak dibenarkan memakai pakaian seragam berlengan panjang ketika menjalankan tugas, sebaliknya diarahkan supaya memakai baju berlengan pendek oleh pihak hospital berkenaan.

“Saya percaya itu hak saya untuk pakai baju lengan panjang, tetapi pengurusan hospital mengarahkan saya supaya memotong baju berkenaan berkali-kali.

“Satu hospital pesan saya suruh potong lengan panjang baju menjadi lengan pendek.

“Sehinggakan saya akhirnya dibuang kerja (dengan alasan mengingkari arahan pengurusan), sedangkan sewaktu menerima tawaran kerja tidak dinyatakan untuk berbuat demikian,” katanya dalam sidang media Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Naziah kesal dengan alasan yang diberikan oleh pihak hospital yang mengaitkan baju lengan panjangnya berkemungkinan boleh menyebabkan jangkitan kuman dan merebak kepada pesakit walaupun larangan seumpama itu tidak dibuat di hospital kerajaan.

“Kalau nak dikira, hospital kerajaan seperti Hospital Kuala Lumpur membenarkan jururawat mereka berlengan panjang.

“Kalau nak cakap mengenai mengawal jangkitan kuman, pakaian, topi dan tali leher pun boleh kena jangkitan. Saya kalau buat kerja akan lipat lengan baju,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya terkilan dengan tindakan hospital swasta tersebut malah mengutuk sekeras-kerasnya pemecatan itu.

“Kita rasa terkilan dengan institusi seperti ini. Dalam konteks perlembagaan kita (Islam, ikut cara Islam tapi kalau kita di United Kingdom, kita kena ikut cara sana, kita ikut perlembagaan) tempat itu,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa supaya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia tampil menjelaskan perkara ini kerana ia melibatkan pekerja beragama Islam.


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/12/jururawat-dakwa-dipecat-kerana-menutup.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...