Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 13 December 2015

Lepas ini...penerima biasiswa JPA tidak boleh 'lari'


Masa nak biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk lanjut pelajaran lautan api sanggup direnangi sebaliknya bila sudah lulus ada yang buat liat tunai janji untuk berkhidmat dengan kerajaan.

Ini bukan kisah baru.Sudah lama kita dengar kisah ada penerima biasiswa JPA yang mungkir janji kerana mengejar gaji lebih dan sebagainya untuk berkerja di sektor swasta.

Awas..tidak lama lagi gelagat seumpama ini disekat.

Datuk Seri Najib Tun Razak kata ada sesetengah penerima biasiswa JPA sengaja mengagalkan diri dalam sesi temu duga bagi mengelak diambil kerja sebagai penjawat awam.

Perdana Menteri,Ahad malam berkata kerajaan akan menggubal model baharu dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menghalang penerima mengelak daripada berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam.

Perdana Menteri berkata model biasiswa yang ditawarkan pada masa ini tidak menguntungkan kerajaan kerana masih ada ruang untuk penerima biasiswa tidak meneruskan khidmat mereka dengan kerajaan.

Walaupun kerajaan membelanjakan peruntukan besar untuk biasiswa itu namun ia tidak mendapat pulangan sewajarnya.

"Ini tidak menguntungkan kerajaan kerana membiayai beratus-ratus ribu untuk biasiswa," katanya pada majlis jamuan malam Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) 2015 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya.

Sejumlah 1,400 pegawai PTD pelbagai gred menghadiri majlis tahunan tersebut dengan tema 'PPTD Memperkasakan Sinergi, Memperkukuhkan Kolaborasi'.

Hadir sama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Presiden PPTD, Datuk Seri Zainal Rahim Seman.

Dalam ucapannya Najib turut berkata proses perbincangan dan percambahan fikiran melibatkan pelbagai golongan masyarakat bagi menentukan hala tuju pasca 2020 harus dimulakan dalam tempoh satu atau dua tahun lagi.

Perdana Menteri berkata negara tidak boleh menunggu sehingga tahun 2020 untuk mengolah visi pasca 2020.

"Proses perbincangan ini perlu melibatkan pelbagai golongan dan pihak termasuk cendekiawan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata para pegawai PTD yang merupakan pemikir, perancang dan pelaksana dalam perkhidmatan awam perlu memikirkan untuk mengolah semula strategi pembangunan negara dalam persekitaran global yang begitu mencabar.

"Antara cabaran dihadapi termasuk ekonomi yang berkembang perlahan, harga komoditi yang rendah, ekspektasi rakyat dalam menghadapi kos sara hidup dan ancaman kumpulan ektremis IS dan isu di Filipina Selatan,"katanya.

"Selama ini, kita selesa (isu keselamatan) tetapi kini tahap sensitiviti kita mesti ditingkatkan. Jangan ambil mudah soal keselamatan. Negara perlu lakukan apa yang termampu supaya rakyat terselamat daripada sebarang ancaman," katanya


http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2015/12/lepas-inipenerima-biasiswa-jpa-tidak.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...