Ok. Dulu aku benci giler fantaghiro yang..
1. Setia pada kekasihnya yang banyak menyusahkan dia sejak sebelum kahwin sampai dah kahwin.
2. Menolak cinta ahli sihir yang sanggup buang ilmu hitamnya dan bertaubat semata2 kerana cintakan fantaghiro.
3. Mengajar manusia separuh binatang apa itu cinta.. sehingga dia sanggup korbankan dirinya demi mengelak dirinya membunuh fantaghiro.
Apa hebatnya awek ni sampai semua lelaki dok angau kat dia?
Apsal 'bijak' sangat awek ni yang setia pada kekasih, tunang seterusnya suami yang tak habis2 menyusahkan dia. Sampaikan dia terpaksa berperang, mengembara, dan melawan tentera serta ahli sihir terhebat?
Dan sekarang.. aku tarik balik kebencian aku pada fantaghiro.
Indahnya fantaghiro itu pada hati. Setianya dia pada teman hidup, dia sanggup tolak cinta lelaki yang jauh lagi tampan dan lebih hebat daripada teman hidupnya. Hebatnya dia sanggup berkorban untuk menyelamatkan insan yang dicintainya..
Nilai2 dia itu buat dia dicintai dan disayangi ramai.
Oh... 16 tahun selepas peristiwa kebencian itu baru aku mengerti.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153828029154267&set=a.10152328710359267.1073741827.534919266&type=3&theater
No comments:
Post a Comment