Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 5 January 2016

AKHIRNYA….PAS BERSETUJU BEKERJASAMA DENGAN UMNO ….

Berita baik!


Mesyuarat Majlis Syura Ulamak yang bersidang pada 2 Januari 2016 bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihakdalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya.

Dan ianya sudah tentu bekerjasama dengan parti UMNO untuk memastikan Islam dan perjuangannya diperkukuhkan di negara ini. Dalam konteks ini, PAS tidak perlu masuk dalam Barisan Nasional tetapi hanya perlu bersama UMNO didalam isu-isu yang melibatkan Islam dan perjuangannya.

Sebelum ini, MiM telah mencadangkan 3 mekanisme penyatuan bangsa Melayu seperti penyatuan suara politik.

Di antaranya ialah perpaduan melalui kesepakatan antara parti-parti Melayu boleh dipraktikkan selari dengan segala usaha jangka panjang. Ia lebih berupa usaha untuk me- murnikan perpaduan melalui semangat kolektif di antara parti politik Melayu.

Perpaduan yang dimaksudkan ialah perpaduan dalam sebulat suara bersetuju mempraktikkan atmosfera berpolitik yang saling hormat menghormati, tidak tindas menindas, tidak prejudis, tidak caci mencaci dan saling bantu membantu antara parti-parti Melayu.

Biarpun parti-parti Melayu mempunyai perbezaan fahaman politik dan penyokong- penyokong, kita tetap mempunyai satu harapan ataupun matlamat asas iaitu merealisasikan perjuangan bangsa Melayu.

Jika ada agenda-agenda Melayu dan Islam yang berbangkit seperti pelajaran, ekonomi dan sebagainya, parti-parti Melayu ini mampu disatukan dengan pantas, tanpa kerumitan, mencari jalan dan mencapai kata sepakat dalam perkara-perkara yang berbangkit itu. 

Jika kita perhatikan, pendekatan ini juga merupakan satu kaedah perpaduan dan penyatuan bangsa Melayu. Ia tidak begitu rumit dan tidak akan berlaku pertindihan ataupun limpahan pemimpin Melayu. Malah politik menjadi lebih bersih.

Tetapi yang terpenting sekali ialah ia menguntungkan kaum Melayu. Semestinya ia akan turut menguntungkan seluruh kaum lain di Malaysia

http://novandri.blogspot.my/2016/01/akhirnyapas-bersetuju-bekerjasama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/JcvMw+(Dr+MiM)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...