SELAYANG, Sabtu – Usaha penyebaran agama Kristian masih giat dilakukan, buktinya apabila dua wanita daripada New Zealand dan Kanada cuba memberi penerangan berkenaan agama itu kepada umat Islam.
Melalui muat naik status Puteri Balqisha, beliau menceritakan pengalamannya berhadapan dengan dua wanita berkenaan ketika sedang makan tengah hari di restoran Ibrahim Maju, Taman Selayang.
Katanya, kedua wanita berkenaan didakwa menceritakan kebaikan Tuhan Yesus dan Kristian.
“Ingatkan nak tanya pasal Malaysia tetapi rupanya mereka terangkan berkenaan Yesus. Mereka terangkan betapa baiknya Tuhan mereka dan memberitahu saya pasti masuk syurga.
“Antaranya yang diterangkan buat baik akan masuk syurga, katanya nama dia dan nama saya sudah ditulis oleh Yesus untuk masuk syurga. Hebat cara mereka menyebarkan agama mereka.
“Kalau tak kuat, mungkin boleh terpesong. Saya tak kuat iman, cepat-cepat saya minta beredar,” katanya.
Jelas Puteri Balqisha lagi, beliau turut diberikan kitab injil versi kartun dalam bahasa Melayu.
“Saya takut untuk buka injil yang mereka bagi. Jika ada kawan-kawan lain yang terjumpa, tolng elakkan untuk bertemu dengan mereka.
“Jika mereka mahu belanja makan atau minum, harap dapat dielakkan,” katanya.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/01/dua-warga-new-zealand-sebar-kristian.html
No comments:
Post a Comment