PUTRAJAYA - Kakitangan awam dijamin akan terus menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan pada Julai nanti.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata demikian ketika menyampaikan perutusan khas Pengubahsuaian #Bajet2016 di sini, hari ini.
Menurut Najib lagi, kenaikan tersebut kekal dalam peruntukan #Bajet2016 sebelumnya dan tidak akan diubah demi kebajikan kakitangan awam di negara ini.
Najib dalam pada itu turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memberhentikan mana-mana penjawat awam termasuk bagi yang dilantik secara kontrak.
Jelasnya, pengubahsuaian yang dilakukan tidak akan melibatkan emolumen kakitangan awam, pencen pesara dan tidak akan menjejaskan mekanisme penyampaian kerajaan.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/01/penjawat-awam-bakal-nikmati-kenaikan.html
No comments:
Post a Comment