Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 1 January 2016

#ShutDownSungaiBesi






Demonstrasi pembangkang menjelang tahun baru semakin gagal mendapat sambutan. Demonstrasi malam tahun baru 2016 yang dikenali sebagai #ShutDownSungaiBesi adalah demonstrasi yang paling gagal dan hambar dalam sejarah. Kehadiran Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub juga gagal menarik kehadiran umum.

Hingga detik tengah malam ini tidak sampai 100 orang menyertai demonstrasi haram bagi membantah cadangan kenaikan tol oleh lapan syarikat konsesi pada tahun depan. Tempat berkumpul perhimpunan haram berkenaan adalah di stesen minyak Shell sebelum Plaza Tol Sungai Besi dari arah Bangi mendapati ia kurang mendapat sambutan orang ramai.

Malah, bilangan ratusan polis yang ditempatkan untuk mengawal lalu lintas dan keselamatan di situ adalah berkali ganda lebih ramai daripada peserta demonstrasi haram berkenaan. Orang ramai kelihatan lebih berminat berkumpul di Dataran Merdeka bersama Timbalan Perdana Menteri untuk sama-sama berselawat dan berdoa untuk kesejahteraan Malaysia.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/01/gambar-berpuluh-ribu.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...