Jualan di Mara Digital mencecah RM1.7 juta dalam tempoh sebulan beroperasi sejak dibuka Dis lepas. Ini sekaligus membenamkam dakwaan Melayu tidak boleh bersaing, malah kerajaan perlu melakukan yang lebih besar dan bermanfaat kepada seluruh kaum pribumi seperti mall membeli belah, mall barangan keluaran kaum pribumi menyamai atau lebih baik berbanding Carrefour dllnya.
Mara Digital, yang terletak di Menara Mara Kuala Lumpur, kini menempatkan 38 usahawan bumiputera yang menawarkan perkhidmatan komunikasi dan teknologi maklumat.
Mara Digital berjaya meletakkan harga produk mengikut pasaran setaraf dengan pasar raya-pasar raya yang terkenal dengan penjualan produk ICT.
Dua buah Mara Digital akan dibuka iaitu di Anggerik Mall, Shah Alam dan di Damansara menjelang Jun tahun ini, dan Terengganu juga bakal memiliki Mara Digital tidak lama lagi.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/01/tahniah-usahawan-melayu-orang-melayu.html
No comments:
Post a Comment