SATU artikel berkenaan Rasulullah di Wikipedia di bawah tajuk Praise and Veneration of Muhammad telah dipadam Isnin lalu.
Menurut sidang pengarang Wikipedia dalam ruangan Articles for Deletion, artikel tersebut dipadam kerana kandungannya yang bertindan dengan beberapa artikel lain seperti Muhammad in Islam.
Mereka juga menyatakan artikel tersebut tidak mewujudkan konteks yang jelas dan hanya mengumpulkan kata-kata pujian terhadap Rasulullah.
Pendedahan ini dilakukan oleh Gawker, sebuah blog berpangkalan di New York yang mengambil inisiatif untuk mengesan dan mendedahkan artikel yang telah dipadam oleh Wikipedia kerana hal ini biasanya tidak diberi perhatian oleh para pengguna Internet.
Sidang pengarang Wikipedia yang terdiri daripada lebih 12 ribu orang ahli akan membincangkan setiap artikel yang dicalonkan untuk dipadam.
Keputusan akan diambil sama ada untuk mengekalkan artikel tersebut atau tidak berdasarkan hujah-hujah yang diberikan oleh ahli sidang pengarang berdasarkan peraturan Wikipedia yang telah dipersetujui.
Beberapa pengarang berhujah bahawa artikel pujian terhadap Rasulullah perlu dikekalkan untuk mengimbangi artikel kritikan terhadap baginda yang turut dicalonkan untuk dipadam namun masih wujud di laman sesawang tersebut.
Walaupun sudah dipadam, namun para pengguna Internet masih boleh melayari artikel tersebut yang disimpan di laman sesawang Gawker.
http://celahgelegar.blogspot.my/2015/12/wikipedia-padam-artikel-pujian-dan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)
http://deletedwikipedia.gawker-labs.com/wiki/Praise_and_veneration_of_Muhammad#_ga=1.198467055.1716894653.1451546901
No comments:
Post a Comment