Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 29 February 2016

Bekas Timbalan Presiden MCA, Tan Sri Lim Ah Lek mempunyai nasihat kepada ahli politik



“Bolehkan anda bayangkan bilangan besar bekas Presiden Amerika Syarikat mengeluarkan kenyataan akhbar harian atau blog dalam media sosial untuk menyerang Presiden sedia ada?

Baca juga: PM Saman Liong Sik: Mahathir Akan Jadi Saksi?

“Saya tidak mendengar atau membaca apa-apa mengenainya malah ketika mereka menulis memoir atau memberikan ceramah, mereka bersopan.

“Mungkin kita patut belajar daripada mereka,” katanya seperti yang dipetik dalam The Star.

Ahli politik veteran itu yang menyatakan beliau kini gembira menghabiskan masa dengan keluarga, cucu dan kawan-kawan percaya ahli politik yang telah bersara perlu membina jambatan dan menjadi kuasa perpaduan dengan pengalaman mereka yang luas dan rangkaian kenalan.

“Jika kita tidak gembira dengan seseorang, walaupun PM, saya percaya kita ada akses kepada beliau. Perlu diingatkan Najib dipilih – di peringkat parti dan kerajaan – jadi kita harus biarkan begitu sahaja.

“Tiada sebab untuk menjadikan ia peribadi, terutama dengan melancarkan serangan ke atas isteri dan anak-anak.

“Mari kita bina garisan. Kita tidak perlu menamakan sesiapa di sini, tetapi saya pasti pengkritik berkongsi rahsia dan kontroversi yang kita tidak mahu gali kerana ia tidak akan berakhir.

“Jangan kita menunjuk-nunjuk dengan cuba untuk menunjukkan bagaimana bijak atau pintar kita.

“Kita mempunyai masa kita. Mari kita bergerak dan menjadi pemimpin parti yang anggun atau negarawan. Kita tidak lagi aktif, jadi mari kita serahkan kepada ahli-ahli politik yang aktif,” tegasnya

Ditanya sama ada kenyataan beliau itu ditujukan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad atau Tun Dr. Ling Liong Sik, Lim berkata beliau pasti rakyat Malaysia memahami apa yang diperkatakannya itu.

“Nasihat saya kepada Dr Ling ialah fokus kepada Utar (Universiti Tun Abdul Rahman) di mana beliau seorang pengerusi.

“Beliau melakukan tugas yang besar. Universiti itu memerlukan hospital untuk fakulti perubatan dan saya harap beliau akan menjadikannya sebagai realiti,” katanya.

Beliau mengakui bahawa Dr Ling juga berkongsi kejayaan dan kegagalan sebagai Presiden MCA, tetapi enggan menyentuh mengenai titik hitam itu.

“Kita mesti berjiwa besar dan positif. Hentikan membaling batu ke arah orang jika anda juga tinggal di rumah kaca,” katanya.

Lim juga menyatakan beliau bimbang bahawa Dr. Mahathir, di mana beliau telah berkhidmat di dalam Kabinetnya, akan berdepan keadaan di mana legasinya terancam.

“Saya mempunyai penghormatan yang tinggi kepadanya. Rakyat Malaysia juga memandang tinggi kepadanya, tetapi beliau juga perlu tahu bagaimana untuk mengawal dirinya.

“Beliau telah melakukan bagi pihaknya dan kini beliau perlu serahkan kepada `pemain’ yang aktif.”

Lim menegaskan bukan hasratnya untuk melibatkan diri dalam sebarang kontroversi sebaliknya beliau hanya mahu bercakap tentang 40 tahun Najib dalam politik dan sebagai seorang ahli politik Pahang.

“”Saya berharap anda memetik saya dengan tepat. Saya seorang ahli politik bersara yang tidak memerlukan apa-apa kontroversi atau sebarang bentuk perhatian,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/03/bekas-timbalan-presiden-mca-tan-sri-lim.html

Anda Boleh Nilaikan Lah sendiri.....



Kisah 1998.. Zahid Hamidi yang lantang mengkritik Tun Mahathir kerana nepotisme dan kronisma dalam ucapan di persidangan UMNO. Beliau didesak meletakkan jawatan sebagai ketua pemuda dan di tahan dibawah ISA.

Lihat bertapa kejamnya Tun Mahathir ketika itu, sesiapa mengkritik beliau pasti ISA lah jawapannya tak kiralah dari kalangan Parti pembangkang ataupun Parti UMNO sendiri.

Zahid Hamidi akhirnya meletakkan jawatan apabila sudah tidak sehaluan dengan Presiden UMNO, Tun Mahathir tetapi tidak lah buat road tour menghentam Mahathir.

Berbeza zaman Najib, ISA di hapuskan, beri peluang kepada rakyat bebas bersuara tidak kira dikalangan Parti Pembangkang atau Pemerintah.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/anda-boleh-nilaikan-lah-sendiri.html

AHLI PAS DILARANG HADIRI KEMPEN ANTI NAJIB, ARAHAN PRESIDEN PAS


Presiden Pas Tuan Guru Haji hadi dan  Tuan Guru Dr Haron Din Majlis syura Ulamak  Pas tidak benarkan Ahli Pas terlibat  Himpunan Anti Najib atau berdepan dengan tindakan dari badan disiplin Pas

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/ahli-pas-dilarang-hadiri-kempen-anti.html

Mahathir sudah rancang bersama pembangkang untuk jatuhkan UMNO






-------------------------

Pengumuman TM keluar umno sudah lama di duga..pengumuman itu merupakan satu lagi strategi yg berterusan dlm usaha nya "menumpaskan "DSN,selepas usaha mempengaruhi ahli parlimen dan usaha mempengaruhi umno bahagian juga gagal.


Strategi terbaru ini adalah utk MELUMPUHKAN DAN MEMBUNUH UMNO sebagai kaedah terakhir menewaskan DSN.

Pendekatan ini di dorong pengelaman TM dimana beliau bersedia mengorbankan UMNO demi mencapai matlamat menewaskan musuh peribadi politiknya.

Kjaan UMNO Kelantan "di bunoh "dalam usaha TM menewaskan Tengku Razaleigh,Kjaan UMNO Selangor "terkorban "berikutan usahanya menumpaskan Dato Seri Anwar Ibrahim dan Kjaan Pulau Pinang juga jatuh dalam usahanya menewaskan Tun Abdullah Badawi..

TM sanggup memberi "hadiah"kepada PAS(Kelantan),PKR(Sngor)dan DAP(P Pinang)asal beliau dapat menewaskan musuhnya.

Dalam kata lain sejarah membuktikan TM tidak teragak agak MENGHADIAHKAN pembangkang kuasa dan kjaan asalkan beliau berjaya menewaskan dan menyingkirkan orang tidak disukainya .ITULAH TM dalam lipatan sejarah perjuangannya.TO FAIL IS NEVER AN OPTION...

Justeru terpulanglah kepada ahli umno utk melihat episode terbaru ini. Buat TM beliau tidak rugi apa apa kerana beliau dan keluarganya sudah punya segala galanya malah anggota keluarganya tersenarai dlm gulungan billionaire terkaya di Msia.

Membunuh UMNO juga satu jalan paling selamat buat TM utk menjadikan beliau "darling of opposition" dan dengan itu beliau berjaya menukar (turn around) 23tahun kebencian dan harassment pembangkang kpd dirinya yg SELEPAS INI akan di sokong dan dihargai pembangkang ATAS JASA BESARNYA MERUNTUHKAN UMNO.

Sebagai "true Michevellian", matlamat menghalalkan cara. TM tidak sukar melakukan ini kerana di dorong kejayaannya menewaskan TRH,DSAI dan TAB dgn cara ini sebelum ini walaupun kejayaannya itu dibayar dgn harga yg mahal oleh AHLI UMNO terutama di Kelantan, SNGOR dan P Pinang..kini TM bersedia menghadiahkan MALAYSIA demi mengekalkan rekod tanpa kalah beliau dlm menewaskan orang yg tidak di gemarinya atau yang tidak mahu mengikut "My Way".

Ahli UMNO sejati harus terima keputusan TM sebagai hak peribadi nya..Barang siapa berjuang kerana TM mungkin mengikuti beliau DAN BARANG SIAPA BERJUANG KERANA UMNO DEMI AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR sama sekali tidak perlu goyah dengan gelagat satu individu KERANA UMNO ITU BUKAN TM..

Tanpa beliau perjuangan tetap diteruskan.SEMOGA ALLAH MELINDUNGI UMNO...

TAN SRI ANNUAR MUSA
KETUA UMNO BHG KETEREH
AHLI NO 000000124 

http://snapshot2016.blogspot.my/2016/02/mahathir-sudah-rancang-bersama.html


Mahathir keluar UMNO demi ego, kepentingan diri dan kroni





http://theunspinners.blogspot.my/2016/02/mahathir-keluar-umno-demi-ego.html

Pekerja varsiti bukan penjawat awam

(Sinar Harian 29.2.16)

Akibat kekangan budget, ramai profesor pencen iaitu mereka yang telah berusia 61 tahun ke atas, tidak disambung kontraknya. Saya lebih suka menggunakan istilah ilmuan berbanding profesor, disebabkan tidak semua profesor terserlah keilmuannya (profess). Ada yang pandai menulis (mengajar), tetapi tidak pandai mendidik. Apatah lagi untuk merakyat. Mereka hanya pakar dalam bidang sahaja.

Berbanding dengan professor di barat, bukan sahaja keilmuan mereka terserlah, mereka turut merakyat, bukan hanya sesekali turun padang. Entah diterima atau tidak ‘ketinggian’ ilmunya oleh masyarakat.  

Apapun kerjaya ilmuan hendaklah dibezakan dengan penjawat awam. Mengikut undang-undang, mereka yang berada di Universiti adalah pekerja universiti bukan penjawat awam. Ada beberapa kes pensyarah kalah dalam perbicaraan kerana menggunakan istilah penjawat awam.

Ilmuan dengan penjawat awam berbeza. Ilmuan, ilmunya penuh di dada. Penjawat awam hanya tahu mentadbir. Ilmuan boleh mentadbir. Pentadbir belum tentu boleh mendidik. Inilah perlu diketahui oleh pemimpin politik masa kini agar jangan terlalu berpolitik.

Agak malang lagi apabila profesor yang memilih untuk menjadi pentadbir, tidak tampil membela profesor sebaliknya menjadi lebih PTD dari PTD. Apatah lagi membaca berita yang menyatakan bahawa bahawa khidmat tenaga kerja profesor universiti ditentukan oleh pihak pengurusan universiti itu sendiri melalui otonomi yang telah diberikan. Persoalan, duitnya datang dari mana? Dari langit?

Tidakkah pemimpin hari ini tidak sedar bahawa berdirinya mereka hari ini adalah disebabkan oleh didikan professor mereka? Justeru, fikirkanlah beberapa perkara berikut. Pertamanya, ilmuan yang bergelar profesor tidak wajar disamakan dengan penjawat awam yang lain kerana perkhidmatan dan sumbangan akademik mereka melebihi penjawat awam lain.

Saya bersetuju dengan kenyataan bahawa kerajaan  harus mewujudkan badan khas untuk memastikan kehebatan ilmu yang dimiliki oleh para ilmuan tidak terbiar begitu sahaja, meskipun telah pencen, terutama dalam mencorakkan halatuju negara. Majlis Persatuan Akademik Negara (MAAC) hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya, selain Majlis Profesor Negara (MPN).

Kedua, umur pencen ilmuan hendaklah dinaikkan kepada 65 atau 70 tahun, selaras dengan amalan antarabangsa. Kebanyakan mereka yang dilantik ke jawatan professor, pada ketika lingkungan usia 50-an. Sayang sekali ilmu keprofesoran mereka hanya dimanfaatkan beberapa tahun sahaja sebelum pencen.

Tidak dinafikan hari ini ramai juga pensyarah muda yang dilantik ke jawatan profesor disebabkan oleh kejayaan menghasilkan artikel dan penyelidikan berkualiti. Malangnya golongan ini hanya pandai menulis tetapi tidak pandai bercakap dan bermasyarakat. Sebab itu, jangan syok sendiri.

Ketiga, professor hari ini janganlah terlalu bergantung harap untuk disambung kontrak. Menyebarkan ilmu tidak hanya di dewan kuliah, tetapi juga bermasyarakat. Pergilah mendampingi surau, masjid dan institusi lain untuk menyebarkan ilmu yang terpendam. Syaratnya, jangan buta agama. Mestilah pandai mengislamisasikan dan mengintegrasikan ilmu kepakaran dengan ilmu agama.

Bidang kepakaran saya adalah Sains Politik. Saya rasa bersyukur kerana selain daripada berada di bilik kuliah, saya diberi kesempatan untuk berkongsi ilmu dengan masyarakat sehingga digelar sebagai ustaz. Terima kasih UniSZA. Saya yakin ilmuan lain telah lakukan lebih dari itu.  

Pokoknya, jangan jadi professor jahil. Saya pernah berjumpa dengan profesor yang beri salam pun tidak betul, berselawat pun tak lepas, baca Quran gagap berbanding bahasa Inggeris. Jangan haraplah untuk menjadi imam solat.

Perlu diingatkan, profesor berada dalam kedudukan ketiga, kalangan 15 profesional yang paling boleh dipercayai selain dari doktor perubatan dan guru. Pemimpin politik berada pada kedudukan terakhir iaitu ke 15 yang tidak boleh dipercayai. Kenapa? Sila rujuk kajian BEIM.

Pepatah Cina ada berkata, jika mahu menjadi pemimpin, pastikan rumah tangga dipimpin baik. Bagi memastikan rumahtangga dipimpin baik, diri sendiri perlu dipimpin baik. Bagi memastikan diri sendiri dipimpin baik, hati perlu dipimpin dengan baik. Bagi memastikan hati dipimpin baik, asasnya mestilah ikhlas. Belajar erti ikhlas.

Jarang kalangan kita yang ikhlas. Kebanyakan kita menjadi pakar bodek. Malang sungguh mereka yang dilantik menjadi profesor tidak menjadi  profesor sebenar. Tidakkah mereka sedar bahawa suatu hari nanti mereka akan pencen?

Dahulu ketika mereka dinaikkan menjadi profesor, tidak susahlah sangat seperti yang disyaratkan pada hari ini. Apabila kita berada di atas, kita susahkan mereka yang mahu naik menjadi profesor. Sedangkan penjawat awam yang lain, misalnya, PTD begitu mudah untuk naik pangkat, berbanding mereka yang setengah mati mengaji sehingga mendapat PhD. Malang sekali bila dapat PhD, ia bertukar menjadi perasaan hasad dengki.

Lebih malang lagi ada professor yang sudah bertaraf JUSA masih tidak dianugerahkan darjah kebesaran, berbanding penjawat awam lain, ada masih begitu muda sudah bergelar ‘dato’. Kenapa? Jawapannya ilmuan tidak pandai membodek seperti ahli politik dan penjawat awam. Teringat kata Albert Camus, some people talk in their sleep but lecturer talk while other people sleep.

http://ridhuantee.blogspot.my/2016/02/pekerja-varsiti-bukan-penjawat-awam.html

Harga RON95, RON97 turun



KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun 15 sen dan 10 sen mulai tengah malam ini. Jurucakap pengusaha stesen minyak, berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Mac bagi RON95 adalah RM1.60 seliter berbanding RM1.75 sen seliter sekarang. RON97 turun kepada RM1.95 berbanding RM2.05. "Bagaimanapun, harga bagi diesel kekal pada RM1.35," katanya.




Harga minyak RON95, RON97 turun lagi

KUALA LUMPUR: Harga runcit petrol RON95 dan RON97, masing-masing turun 15 sen dan 10 sen mulai tengah malam ini.

http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/02/berani-membuat-pilihan_29.html

Sunday, 28 February 2016

Pasukan siasatan online dakwa Rusia tembak jatuh MH17



Entah ya, entah tidak... tapi satu pasukan penyiasatan online yang beribu pejabat di United Kingdom mendakwa pihaknya telah mengenal pasti tentera Rusia kemungkinan besar terlibat menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 di timur Ukraine, dua tahun lalu.

Portal BBC melaporkan, perkara itu dinyatakan dalam laporan setebal 115 muka surat yang disiarkan pasukan Bellingcat bertajuk: MH17- Potensi Suspek dan Saksi daripada Briged Peluru Berpandu Antipesawat Ke-53’, yang dikeluarkan semalam.

Dalam laporan itu, Bellingcat mengaitkan penglibatan anggota daripada Batalion 2, Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat Ke-53 (Briged 53) Rusia, sehingga membawa kepada tragedi pesawat itu ditembak jatuh pada 17 Julai 2014, yang mengakibatkan semua 298 penumpang dan anak kapalnya terkorban ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut pasukan penyiasat itu, pihaknya menggunakan sumber data terbuka seperti laman media sosial dan forum bagi mengenal pasti berpuluh-puluh askar Rusia dan pegawai daripada Briged 53 yang berpangkalan di bandar Kursk Rusia.

Briged itu dipercayai mempunyai pengetahuan atau terbabit secara individu menembak jatuh pesawat berkenaan.

Selepas membandingkan dan menganalisa data yang diperoleh, Bellingcat merumuskan, terdapat kemungkinan besar anggota daripada Batalion 2 briged itu dihantar dari Rusia ke timur Ukraine.

Bellingcat mengenal pasti sejumlah askar Rusia menerusi nama pertama dan huruf pertama pada nama mereka dengan mendakwa, komander Batalion 2 bernama Dmitry T.

Pasukan itu pada masa sama turut mendedahkan nama ketua Briged 53 yang dikenal pasti sebagai Sergey Muchkayev.

Menurut laporan itu, ‘keputusan menghantar kelengkapan tentera ke sempadan Rusia-Ukraine dibuat oleh pihak tertinggi yang melibatkan Kementerian Pertahanan Rusia’.

“Selaras dengan kemungkinan rumusan bahawa peluru berpandu BUK Rusia menembak jatuh MH17, Kementerian Pertahanan Rusia memikul tanggungjawab utama, yang dikongsi bersama komander tentera dan pemimpin Republik Rakyat Donetsk dan Luhansk,” kata dokumen itu.

Bellingcat menyatakan, pihaknya telah menyerahkan semua nama tanpa ditapis dan bukti berhubung nahas berkenaan kepada pasukan penyiasat Belanda yang menyiasat insiden tersebut.

Tambahnya, siasatan melibatkan ‘individu yang pakar dalam sumber terbuka dan siasatan media sosial’ bagi menyokong pelbagai subjek.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/pasukan-siasatan-online-dakwa-rusia.html

Inilah Cara PM Kita.....Najib Rasmi Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu merasmikan Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Pahang, di sini.

Pembinaan pusat transit berkeluasan 1,319 meter persegi itu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB), dengan kos RM3 juta.

Projek pusat gelandangan dilaksanakan susulan lawatan mengejut Najib pada Julai 2014 bagi meninjau keadaan gelandangan di ibu kota.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/inilah-cara-pm-kitanajib-rasmi-pusat.html

BUANG , PECAT , TEMBELANG DAP & ISU UMNO !!

Februari ini mungkin boleh dinobat sebagai bulan parti siasah mengambil tindakan terhadap ahli-ahlinya. Bukan kerana ramai yang dikenakan tindakan disiplin tetapi gaung kontroversinya kali ini membelah kota, desa dan belantara. 
Walhal dibuang, dipecat, digantung atau dikenakan tindakan disiplin lainnya dalam sebuah parti politik adalah lumrah. Sudah banyak kali berlaku. Adakah tindakan itu satu balas dendam setelah budi diberi, jawapannya bergantung dari sudut mana ia dilihat.
Pertengahan bulan ini dalam satu tindakan balasan, ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen dan ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng dipecat daripada pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang. 
Puncanya kerana ADUN PKR ini mengambil sikap berkecuali semasa mengundi usul penambakan tanah yang dibawa oleh BN dalam sidang DUN Pulau Pinang, dua tahun lain. 
Chin Wen ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang. Kah Peng pula ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera.

Tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu dibantah PKR. Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang kebetulan Menteri Besar Selangor menyatakan perkara itu tidak sepatutnya berlaku, PKR bertekad mempertahankan tindakan kedua-dua ADUN tersebut. 
"Mereka bukan buat fitnah tetapi sebagai ADUN mereka memberikan maklum balas dan pandangan. Perkara ini perlu diraikan dan tidak perlu diambil tindakan,” kata Azmin seperti dipetik. 
Tetapi bagi Guan Eng pula, khidmat orang PKR, sekutu mereka dalam blok bernama Pakatan Harapan yang berusia lima bulan itu tidak lagi diperlukan kerana beliau sudah tidak mempunyai keyakinan kedua-duanya dapat berfungsi secara profesional dan berkesan. Alasan sama Guan Eng gunakan semasa memecat para pemimpin Pas Pulau Pinang, setelah parti Islam itu enggan tunduk kepada kemahuan DAP.

Guan Eng seperti tidak peduli dilabel angkuh dan sombong. Banyak yang nampak "kediktatoran" pentadbirannya yang memasuki penggal kedua semakin menyerlah. Ada pihak malah merasakan Guan Eng sudah keterlaluan. 
Apakah Guan Eng peduli? Yang terlihat, beliau hanya mahukan kuasa penuh tanpa ada ganggu gugat termasuk daripada rakan sekutu yang mempunyai pandangan berbeza. Yang terlihat secara konsisten, Guan Eng mahu mentadbir Pulau Pinang mengikut seleranya sendiri. 
Kenyataan media Azmin malah dibidas sebagai campur tangan kerajaan negeri Selangor. Guan Eng pun seperti memulangkan paku buah keras apabila membangkitkan isu "pemecatan" Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dahulu yang mendapat sokongan penuh DAP.

Walaupun PKR melihat tindakan Guan Eng itu keterlaluan tetapi bagi Setiausaha Agung DAP ini, parti itu harus menyokongnya sebagaimana dahulu DAP menyokong tindakan dikenakan ke atas Abdul Khalid sehingga berlakunya pilihan raya kecil.

Tembelang

Berterusanlah perbalahan terbuka antara Guan Eng dengan pemuka-pemuka PKR, yang jarang-jarang berlaku kerana kedua-dua parti itu sebelum ini dilihat terlalu intim. Pecahlah tembelang, terbukalah aib masing-masing.

Ini sehinggakan Setiausaha Politik Azmin, Shuhaimi Shafie sanggup berkata “Lim selalu sangat memberikan persepsi terbalik atas sesuatu isu dan untuk kali ini, beliau dituntut berlaku jujur atas semangat Pakatan Harapan”.

Sebenarnya macam-macam yang boleh dibaca atas tindakan Guan Eng itu yang disusuli perang terbuka dengan PKR. Dahulu Pas yang jadi sasaran politik balas dendam tetapi setelah kemunculan satu lagi parti Melayu/Islam PAN, nampaknya PKR tidak lagi ditatang dalam dulang emas.

Walau apa pun reaksinya, apa yang dilakukan oleh DAP adalah urusan dalaman pakatan pembangkang itu. Guan Eng mempunyai hak membalas dendam atau membalas budi kerana ia masih dalam wilayah kekuasaannya.

Sebab itu, apabila ada pihak termasuk pimpinan pembangkang yang beria-ia mengulas cara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan yang terbaharu Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilayan dalam parti, mereka perlu terlebih dahulu mencermin diri.

Inilah lumrah parti politik. Dalam mana-mana organisasi pun adalah sukar untuk bekerja satu pasukan jika ada yang enggan menuruti suara majoriti. Seperti kata peribahasa "nan elok dipakai, nan buruk dibuang."

Perdebatan malah perbalahan yang berpanjangan berkaitan urusan parti seperti ini hanya akan memperlihatkan betapa buruknya parti berkaitan diuruskan. Yang dikenakan tindakan tidak akan berpuas hati. 

Yang mengambil tindakan pula bertegas ia sebagai keperluan untuk terus bergerak ke depan.

Yang lebih penting bagi sebuah parti politik untuk terus kekal berkuasa ialah kesungguhan merawat dan mengurus kepercayaan rakyat. Beban itu kian berat kerana yang perlu dirawat dan diurus itu bukan sekadar segelintir orang atau terbatas ahli parti.

Tugas parti yang menunjangi kerajaan tidak dapat lari daripada usaha bersepadu untuk menyejahterakan rakyat.

Sebab itu, segala tindakan termasuk "membersihkan" parti daripada orang yang tidak sehaluan sehingga menjejaskan haluan, lumrah dilakukan demi survival parti itu sendiri.

Untuk rekod, tiada salahnya apabila Naib Presiden mempengerusikan mesyuarat tersebut :
9.8.3 Naib-Naib Presiden. 
9.8.3.1 Membantu tugas-tugas Presiden. 
9.8.3.2 Mempengerusikan sidang-sidang MajlisTertinggi apabila Presiden dan Timbalan Presiden tidak hadir. 
9.12 Jawatan Ahli-ahli Majlis Tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dilucutkan atau Majlis Tertinggi dibubarkan oleh Perhimpunan Agung Khas dengan undian tidak kurang daripada dua pertiga daripada jumlah bilangan ahli yang berhak hadir.
Manakala di antara tanggungjawab Majlis Tertinggi UMNO 
10.16 Mengambil sebarang langkah selain daripada perkara-perkara yang tersebut di atas bagi kesempurnaan perjalanan parti.

Anda baca juga di antara perlembagaan parti UMNO:

20.8 Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:-

(a) Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli; 
(b) Mengikut perintah-perintah parti; 
(c) Menjalankan dasar-dasar parti; 
(d) Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti; 
(e) Menjaga rahsia-rahsia parti; 
(f) Memelihara nama baik dan maruah parti; 
(g) Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagitertib. 
20.9 Mana-mana ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:-
(a) Diberi amaran; 
(b) Digantung hak-haknya dalam parti; 
(c) Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi; 
(d) Dipecat daripada parti; 
(e) Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.
Yang pastinya, UMNO dan Barisan Nasional hanya ada kurang daripada 30 minggu untuk memastikan partinya kembali fokus dan memperkuatkan barisan terutamanya media sosial mereka. 

http://novandri.blogspot.com/2016/02/buang-pecat-tembelang-dap.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=feed:+blogspot/jcvmw+(dr+mim)

Umur 25 tahun sudah muflis...Berhati hati lah kita berbelanja



PUTRAJAYA – Sebanyak 276,753 individu diisytihar bankrap sehingga Disember tahun lalu membabitkan mereka seawal usia 25 tahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, keba­nyakan punca individu berkenaan mengalami bankrap adalah disebabkan kegagalan membayar balik pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman perumahan, peribadi serta kad kredit dan pinjaman perniagaan.

Beliau berkata, berdasarkan data daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI), kes-kes kebankrapan dikesan seawal usia 25 tahun dan majoriti kes bankrap membabitkan usia 25 hingga 44 tahun.

“Keghairahan berbelanja mewah, keinginan untuk memiliki kereta dan rumah di sam­ping mudahnya mendapatkan kad kredit menyebabkan semakin ramai belia yang muflis iaitu seawal usia 25 tahun.

“Pada usia ini, mereka tidak tahu lagi bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dan ber­belanja di luar kemam­puan. Gara-gara itu mereka menanggung beban hutang sehingga akhirnya menyebabkan muflis,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan sistem e-Insolvensi.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/umur-25-tahun-sudah-muflisberhati-hati.html

Ustaz Kazim menangis lihat wajah di televisyen



IPOH 26 Feb. – Pendakwah terkenal, Datuk Mohd. Kazim Elias mengalir air mata sebaik sahaja melihat rakaman videonya berceramah dalam satu program di televisyen, malam tadi.

Kazim Elias (kiri) ditemani Noriza Abu Bakar menerima kunjungan Mohd. Najmuddin di Pusat Perubatan KPJ Ipoh, semalam. utusan/SYEFRY MONIZ

Abang beliau, Datuk Mohd. Naj­muddin berkata, Ustaz Kazim yang ketika itu sedang berbual secara tiba-tiba sebak dan menangis sejurus melihat siaran semula program yang disertainya dua tahun lalu itu.

“Malam tadi dia (Ustaz Kazim) mengalirkan air mata apabila melihat dirinya sedang berceramah di Program Forum Perdana (Forum Perdana Hal Ehwal Islam) yang sebenarnya adalah rakaman yang dibuat dua tahun lalu tetapi disiar semula.

“Saya rasa barangkali kesedihan itu akibat keinginannya yang melonjak-lonjak untuk kembali aktif berceramah semula. Sebagai seorang pendakwah yang sudah biasa berceramah, tempoh 10 hari di dalam wad itu membuat keinginan tidak dapat dibendung selain rindu bertemu dengan peminat-peminatnya. Itu sebab dia menangis,’’ katanya dalam sidang akhbar di Pusat Pendidikan Al- Barakah di sini hari ini.

Mengulas mengenai perkembangan kesihatan adiknya itu, Mohd. Najmuddin berkata, selepas 40 jam selamat menjalani dua prosedur angiogram di Pusat Perubatan KPJ Ipoh petang kelmarin, adiknya itu dilihat semakin pulih dan sihat.

Malah, katanya, Ustaz Kazim juga dijangka dibenarkan keluar dari hospital tersebut esok berikutan perkembangan yang sangat positif yang ditunjukkan.

“Selepas menjalani pembedahan, perkembangan yang ditunjukkan Ustaz Kazim sangat positif. Pagi tadi beliau sudah mula dibawa berjalan-jalan di sekitar bilik wad dengan dipimpin isterinya, Datin Noriza Abu Bakar dan kakitangan Al-Barakah bagi mengaktifkan pergerakan jantungnya.

“Selain boleh makan dan bercakap, demam yang dialaminya semalam juga telah sembuh, malah beliau juga sudah dipindahkan ke wad biasa sejak awal malam tadi.

“Ini semua pada saya hasil daripada doa, sembahyang hajat, bacaan Yasin yang telah dilakukan oleh semua pihak termasuk keluarga, kakitangan, pelajar dan peminat

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/ustaz-kazim-menangis-lihat-wajah-di.html

Friday, 26 February 2016

Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah

Arkib : 26 Februari 2016


[BUKAN PROVOKASI TETAPI REALITI FAKTA SEJARAH] Kembalikan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah

SAYA dan profesor kajian alam Melayu, A. Murad Merican mempunyai kepercayaan yang sama. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada kerajaan Kesultanan Kedah. 

Bukanlah kerana saya orang Kedah dan Murad orang Pulau Pinang, maka kami bersetuju dengan cadangan itu. 

Tapi ia adalah berdasarkan fakta sejarah.

Asal cadangan itu datangnya dari Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Datuk Wan Shamsuddin Mohd. Yusof melalui kenyataannya kepada Bernama 1 Disember lalu.

Berita itu bertajuk: Kedah dicadang tuntut semula Pulau Pinang: 

‘‘PSMCK mencadangkan supaya Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah kerana negeri tersebut padaasalnya kepunyaan Kedah.

Pengerusi PSMCK, Datuk Wan Shamsudin Mohd. Yusof berkata, cadangan itu ditimbulkan kerana Pulau Pinang adalah hak milik Kedah sebelum berlakunya perjanjian antara Sultan Kedah dan British pada 1786.

“Setelah negara kita merdeka pada 1957, Pulau Pinang yang dijajah sepatutnya dikembalikan kepada Kedah sepertimana Dinding dan Pangkor dikembalikan kepada PerakTetapi Pulau Pinang tidak dikembalikan kepada Kedah dan terus dijadikan sebuah negeri yang berasingan,” ujarnya kepada pemberita.

Dalam perjanjian yang dibuat antara Sultan Kedah ketika itu, Sultan Dhiauddin Mukarram Shah dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Leith Baronet pada tahun 1800, Pulau Pinang dipajak untuk menampung keperluan ekonomi pada masa itu.

Pada ketika itu, Pulau Pinang dipajak dengan harga 6,000 manakala Seberang Prai dipajak dengan harga 4,000 dan pihak British membayar wang tersebut kepada Sultan Kedah dengan menggunakan mata wang Sepanyol.

Menurut Wan Shamsudin, Pulau Pinang dan Seberang Perai disifatkan masih hak milik Kedah kerana duit pajakan masih dibayar oleh Kerajaan Pusat dengan nilai RM10,000 setiap tahun kepada kerajaan negeri Kedah pada masa ini.

“Pembayaran pajakan masih wujud sehingga kini dan ini bererti, keadaan tersebut masih wujud dan tidak salah untuk Kedah membuat tuntutan,” jelasnya.

Tambahnya, pihaknya akan mengadakan satu seminar dengan pakar-pakar sejarah untuk mengumpulkan fakta-fakta dan bukti yang berkaitan dengan sejarah Pulau Pinang yang dahulunya di bawah naungan Kesultanan Kedah.

“Kami juga akan menyerahkan bukti dan fakta tersebut kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab dan terserah kepada mereka untuk menuntut semula Pulau Pinang atau tidak,” katanya.

Tanpa menjelaskan siapa pihak yang bertanggungjawab itu, Wan Samsudin berkata, tugas PSMCK ialah untuk menyuarakan kembali perkara itu memandangkan ramai pihak mula terlupa tentang sejarah sebenar negeri Pulau Pinang.

“Sama ada pihak tersebut mahu menuntut semula Pulau Pinang atau tidak itu terserah kepada mereka.

“Kami suarakan perkara ini kerana tidak mahu sejarah negeri Kedah dan Pulau Pinang terus dilupakan,” katanya.

Namun bukan semua orang menyenangi dengan cadangan itu. Ada yang mengatakan jika itulah pandangannya maka Tanah Melayu harus dikembalikan kepada Orang Asli? 

DAP sudah tentu tidak mahu menyerahkan Pulau Pinang kepada Kedah. 

Mereka juga sudah tentu tidak bersetuju dengan pandangan dan cadangan itu. Pulau Pinang bagi DAP ialah kubu terkuatnya (sekarang). 

Sejarah Pulau Pinang, sudah tentu mereka 100 peratus bersetuju, hanya bermula dari kolonial Inggeris, Francis Light. Bukannya dari kesultanan Melayu Kedah. Mereka juga percaya Raffleslah yang membuka Singapura. Bukan kesultanan Melayu.

Namun, cadangan Wan Shamsuddin itu mesti dipertimbangkan dengan wajar dan serius. Patik – Ahli Mahkota Kedah ini – berharap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dapat meneliti perkara ini sedalam-dalamnya. 

Umumnya komen-komen yang diutarakan dalam siber bagi mencantas cadangan itu jelas memperlihatkan kedangkalan sejarah dan persejarahan di kalangan rakyat Malaysia. Pemikiran dan sikap mereka dalam hal ini bersifat kebudak-budakkan sehingga ada mengatakan bahawa jika kita hendakkan yang asal, mengapa tidak kembalikan Tanah Melayu kepada orang asalnya, Orang Asli.

Beberapa lagi komen menjurus kepada mencabar kedaulatan Malaysia – dari segi mengembalikan negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, Thailand dan Sabah kepada Filipina.

Wan Shamsudin telah membangkitkan satu isu penting dalam sejarah dan persejarahan negara, bukan hanya kaitan Kedah dan Pulau Pinang. Ini adalah kerana sekian lama, sejarah dan persejarahan Malaysia, sama ada sengaja atau tidak, wujud dalam keadaan pelbagai kelompongan.

Saranan Wan Shamsuddin perlu disokong lalu diteliti dan dihalusi implikasinya dari segi sejarah dan persejarahan pasca kolonial. Kita bukan menolak kedatangan Inggeris dan kuasa barat ke Alam Melayu. Apa yang penting ialah usaha berterusan memberi tafsiran dan konteks yang lebih wajar kepada alam dan geopolitik kesultanan Kedah.

Murad juga dalam kenyataan akhbarnya menyebut, perjanjian memajak Pulau Pinang antara Sultan Kedah dan British pada 1786 dan 1800 tidak pernah menyebut bahawa ia tidak boleh dimansuhkan atau akan tamat pada tempoh tertentu.

Oleh itu, katanya tidak mustahil jika Pulau Pinang dikembalikan kepada Kedah jika ia dituntut sekarang. ‘‘Pulau Pinang boleh dijadikan satu daerah atau wilayah khas dalam Kedah jika ia dikembalikan kepadanya.”

Kata Murad, selama ini rakyat Malaysia hanya menganggap sejarah kewujudan Pulau Pinang berlaku pada 1786 iaitu apabila British mula sampai ke negeri itu. ‘‘Namun sebenarnya sejarah Pulau Pinang dan orang Melayu telah terpendam. Jika Kedah mengambil semula Pulau Pinang, ia sama sekali akan mengubah sejarah negeri itu,” jelas beliau. 

Bagi menjelaskan lagi senario sejarah ini, saya menyarankan Persatuan Sejarah Malaysia dapat mengadakan seminar seperti cadangan Wan Shamsuddin itu seberapa segera. Pulau Pinang harus dikembalikan kepada hak kesultanan dan tamadunnya yang asal. 

Kerajaan Pusat juga harus mengikuti perkembangan ini dengan teliti.

Bagi mendapatkan ruang bicara mengenai cadangan dan pandangan ini, Prof. Murad yang juga Ketua Kluster Penyelidikan Kajian Oksiden di Alam Melayu, Universiti Teknologi Petronas memberi analisis impirikal ringkasnya mengenai hal ini. 

Katanya cadangan itu membuka perbincangan yang penting bukan hanya dari segi kedaulatan kesultanan Kedah (yang tertua di dunia dan Malaysia), tetapi juga usaha berterusan mengeluarkan sejarah dan persejarahan Malaysia dari kepompong kolonial Inggeris.

Ikuti tulisan beliau:

DARI sudut Perlembagaan Persekutuan, cadangan Datuk Wan Shamsuddin itu tidak bercanggah dengan undang-undang negara. 

Mengubah sempadan sesebuah negeri diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam Bahagian 1, Artikel 2, tertakluk kepada persetujuan Dewan Undangan Negeri terbabit dan Majlis Raja-Raja Melayu.

Kita juga seharusnya tidak mengenakan sekatan pemikiran dan pergerakan untuk meluruskan masa lalu demi generasi masa depan. Kita maklum bahawa apabila Inggeris dan Belanda bertapak di Kepulauan Melayu, mereka melakarkan sempadan geopolitik. Ini membawa maksud mencampur tangan dalam hal ehwal masyarakat dan kerajaan Melayu.

Apa yang berlaku pada hakikatnya ialah pihak Inggeris telah campur tangan dalam hal-ehwal kesultanan Kedah. Dan campur tangan ini bermula lebih awal daripada Perjanjian Pangkor 1874.

Maka wujudlah nama-nama seperti Light, Scott dan Leith yang dikaitkan dengan sejarah Pulau Pinang dan seterusnya Malaysia. Maka pelbagai buku dan bahan tentang sejarah Pulau Pinang mengandaikan bahawa Pulau Pinang hanya mempunyai sejarah selepas mendaratnya Francis Light di Tanjung Penaga pada 11 Ogos 1786, dan seterusnya perjanjian pada tahun yang sama dan pada tahun 1800.

Akibat dari perjanjian-perjanjian tersebut, alam Melayu mula dikotak-katikkan – khususnya jajahan Kesultanan Kedah, kerajaan Melayu yang tertua di Malaysia dan kerajaan beraja yang tertua di dunia.

Jika kesedaran umum bahawa ‘segala-galanya’ bermula dari Melaka, maka kita memesongkan sejarah. Ini tidak semestinya kita mengetepikan Melaka yang merupakan asas kepada institusi dan sistem kerajaan di Malaysia kini.

Namun demikian, kesedaran ruang dan masa yang lebih awal dari itu amat kritikal sekali dalam penulisan sejarah negara dan perlu diketengahkan pada tahap akademik dan popular.

Dan apabila kita baca penulisan tentang sejarah Pulau Pinang, Kedah hanya dirujuk dalam konteks Sultan Kedah membuat perjanjian dengan Francis Light. Lebih dari itu, Kedah hilang dalam persejarahan Pulau Pinang.

Begitu juga dengan pelbagai penulisan tentang sejarah Kedah. Apa yang saya perhatikan ialahpersejarahan Kedah setakat ini tidak memberi penekanan kepada Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada Kesultanan Kedah. 

Persejarahan Kedah juga menjadi mangsa kepada perspektif kolonial, yakni, menerima sebagai hakikat bahawa sejarah Pulau Pinang asing dan berbeza dengan sejarah Kedah.

Persejarahan Kedah memandang sepi penempatan Melayu Pulau Pinang dan warisan Kedah di pulau itu kecuali salah satu kertas kerja Datuk Wan Shamsudin beberapa tahun lalu yang ada menyebut penempatan Melayu sebelum kedatangan Inggeris.

Malah akibat daripada perjanjian dalam tahun-tahun tersebut, perhubungan Kedah dengan wilayah-wilayah di Sumatera pun tidak ditonjolkan seolah-olah tidak ada kesepaduan tradisi, bahasa, agama dan budaya di antara Kedah dan wilayah-wilayah tersebut.

Beberapa tahun lalu dalam syarahan saya pada PSMCK di Alor Setar, saya menganjurkan bahawa sejarah dan persejarahan Pulau Pinang mesti lari dari sudut kolonial lalu mencadangkan bahawa ia dilihat dari perspektif negeri dan Kesultanan Kedah.

Cadangan Datuk Wan mempunyai implikasi kepada sejarah negara. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh luruskan persejarahan. Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh mengubah geografi alam kita sendiri demi menerokai satu ruang lapisan sejarah yang telah disisih.

Asal usul negara bangsa Malaysia perlu dihalusi dan dibincangkan secara terbuka. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggambarkan hakikat hendaklah ditangani sewajarnya demi masa depan. 

Sebagai contoh, sebuah buku yang diterbitkan pada tahun 2007 dengan tajuk Malaysian Chinese and Nation-Building: Before Merdeka and Fifty Years After (Penerbit: Centre for Malaysian Chinese Studies, Kuala Lumpur) telah menyatakan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara bangsa bermula dengan pembukaan (founding) Pulau Pinang pada tahun 1786.

Bab satu buku itu yang bertajuk “State and Nation: An Overview and Malaysian Perspective,” menyatakan bahawa dari situ, perkembangan seterusnya telah menjurus kepada pembentukan satu politik.

Dalam perbincangan pembentukan Malaysia, buku itu menekankan kepada warisan undang-undang dan pentadbiran British sebagai asas kesamaan wilayah-wilayah di Malaysia (ms.10).

Wacana-wacana sebeginilah yang memesongkan sejarah dan persejarahan Malaysia. Apakah ia mengandaikan bahawa Malaysia tidak ada sejarah sebelum 1786?

 Oleh Zaini Hassan

Artikel ini diterbitkan pada 15/12/2010

http://celahgelegar.blogspot.my/2015/10/bukan-provokasi-tetapi-realiti-fatka.html

Persidangan Freemason di Pulau Pinang dihentikan setelah dibantah NGO Islam


GEORGE TOWN, Khamis – Persidangan International Scottish Masonic 2016 di sebuah hotel di Batu Ferringhi di sini, dihentikan serta-merta selepas mendapat bantahan kira-kira 50 anggota daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini.

Persidangan anjuran sebuah pertubuhan dikenali sebagai Freemason yang sering dikaitkan dengan Yahudi, dan teori konspirasi terhadap orang Islam itu bermula semalam dan sepatutnya berakhir esok (26 Feb).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah yang mewakili NGO terlibat, berkata tindakan pertubuhan berkenaan mengadakan persidangan di Malaysia dilihat sebagai tidak menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

“Terima kasih kepada pihak polis yang membenarkan kami masuk ke dalam hotel itu dan melihat sendiri sama ada persidangan itu diteruskan atau sebaliknya,” katanya kepada pemberita di sini.

Terdahulu, Azwanddin bersama semua NGO terlibat mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan hotel itu bagi membantah persidangan berkenaan. Beliau bersama tiga wakil NGO kemudian memasuki hotel itu dengan diiringi polis.

Perhimpunan selama sejam itu bersurai selepas polis mengarahkan mereka meninggalkan perkarangan hotel berkenaan.

Presiden Pertubuhan Pembela Nasib Melayu Malaysia (Gerakan Merah) Mohd Ali Baharom yang turut menyertai perhimpunan bantahan itu, berkata beliau difahamkan seramai 600 peserta dari 21 negara menghadiri persidangan itu.

“Dewan dalam hotel itu yang dijadikan tempat persidangan, kosong ketika kami masuk melihatnya dan kami Gerakan Merah sekali lagi memberi amaran kepada pihak-pihak berkenaan supaya tidak menganjurkan program atau persidangan seumpama itu pada masa hadapan.

“Selain itu, kami juga akan memantau persidangan itu sehingga esok untuk melihat sama ada mereka akan meneruskan atau sebaliknya,” kata beliau. – Bernama

http://celahgelegar.blogspot.my/2016/02/persidangan-freemason-di-pulau-pinang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...