Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Wednesday 17 February 2016

Pengedar dadah disebat hingga berdarah



DONESTSK OBLAST - UKRAINE. Rakaman seorang lelaki yang didakwa pengedar dadah dan disebat sehingga berdarah viral di laman sosial, hari ini.

Menurut laporan Dailymail, kejadian tersebut berlaku di bandar Communar yang didiami oleh pemberontak pro-Rusia.

Dalam video tersebut, lelaki berkenaan dilihat merayu supaya dilepaskan namun seorang lelaki lain yang memakai pakaian askar menyebat beliau menggunakan wayar elektrik.

Rakaman jelas menunjukkan bahagian belakang lelaki tersebut yang berdarah.

"Ini adalah hukuman kepada pengedar dadah," kata satu suara di dalam rakaman tersebut.

Mangsa dirakam merayu supaya dilepaskan dan berjanji memberikan maklumat pengedar dadah yang lain.

"Tolong berhenti! Saya akan beritahu semua yang anda mahu tahu. Saya akan panggil penagih dadah lain!" kata mangsa tapi tidak diendahkan.

"Kita tidak perlukan mahkamah atau undang-undang. Inilah yang kita perlukan," kata lelaki berpakaian askar yang dikenal pasti bernama Olkhon.

Olkhon juga memberitahu bahawa mangsa akan 'disembelih seperti anjing'.

Mangsa kini dipercayai sudah meninggal dunia.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/02/pengedar-dadah-disebat-hingga-berdarah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...