Sudah tiga bulan semenjak berlangsungnya majlis persandingan Dhiya (bukan nama sebenar), 35, di sebuah taman perumahan di Ipoh, Perak. Entah macam mana pertemuan berlangsung semula dalam suasana yang tidak terduga di sebuah kompleks membeli-belah ketika berkunjung di situ kerana tugasan luar.
Pertemuan yang pada mulanya berlangsung dalam keadaan ceria bertukar suasana sebaik Dhiya ditanyakan perkhabarannya setelah berkahwin. Bagi yang bergelar pengantin baharu, pertanyaan seperti itu akan menjadikan perbualan lebih seronok memandangkan Dhiya baharu sahaja menerima pengalaman manis bergelar isteri.
Namun sebaliknya berlaku apabila dia hanya mendiamkan diri dan menundukkan wajah sebaik pertanyaan dilontarkan.
"Aku dah bercerai," sepatah Dhiya menjawab menjadikan satu berita yang amat memeranjatkan.
Dhiya menambah dia hanya sempat bergelar isteri selama tiga hari sebelum diceraikan suami.
"Kau pun tahu, Khalid (bukan nama sebenar), bekas suami aku tu bukannya sukakan aku pun. Sebelum bernikah kami sebenarnya tidak pernah berkenalan. Hanya waktu nikah itu sahaja baharu aku melihat wajahnya. Selebihnya gambar dia sahaja aku ada.
"Kami bertunang pun tidak lama, hanya empat bulan sebelum bernikah," kata Dhiya.
Katanya, dia dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya atas faktor usia yang agak lanjut, manakala Khalid baharu berusia 30 tahun.
Ibu dan ayah Dhiya memang berkawan rapat dengan ibu bapa Khalid, menyebabkan mereka membuat keputusan menjodohkan kedua-duanya atas alasan untuk menguatkan hubungan rakan menjadi saudara berbesan.
Dhiya menambah, biarpun kedua-dua ibu bapa dan mentua memang berkawan rapat, namun dia sendiri tidak pernah bertemu dengan Khalid atas kekangan waktu dan jarak yang memisahkan kerana lelaki itu bekerja di daerah lain.
"Biarpun rasa pelik tetapi aku harungi juga. Mungkin lepas kahwin nanti kami boleh berkenalan dengan rapat. Aku pun akur dengar cakap-cakap orang yang mengatakan adalah lebih bahagia bercinta selepas kahwin kerana cinta boleh dipupuk.
"Sampai tarikh yang dicadangkan aku pun bernikah dengan Khalid. Majlis yang dibuat memang besar-besaran. Kerana aku adalah anak perempuan akhir yang masih belum berkahwin. Semasa majlis berlangsung aku melihat sekilas wajah Khalid, tidak ada sekelumit senyum pun terukir pada bibirnya. Orangnya memang segak, rasanya tidak padan dengan aku. Hanya kedua ibu bapa dan ibu bapa Khalid yang kulihat sangat gembira.
"Begitu juga waktu bersanding, Khalid aku lihat seperti terpaksa sahaja melakukan apa yang diperintah oleh si pengapit. Mungkin lelaki ini tidak suka dengan acara bersanding, fikirku bersangka baik," jelasnya.
Selepas itu menurut Dhiya, usai majlis persandingan, dia ke dapur untuk melihat apa-apa yang boleh dibantu manakala Khalid berada di dalam bilik leka dengan telefon bimbitnya.
Sepatah kata pun tidak dilontarkan kepada Dhiya, apa yang Dhiya ucapkan tidak dibalas oleh Khalid. Dhiya terasa kecil hati.
Apabila menjelang malam, Dhiya menjemput Khalid untuk makan tetapi ditolak oleh Khalid dengan mengatakan dia ingin keluar ke suatu tempat. Hampir dinihari baharu Khalid muncul dan mengemas bajunya. Dia berkata hendak tidur di sebuah hotel di kawasan itu.
"Aku terkejut dan bertanya mengapa dia hendak melakukan seperti itu. Apa kata ibu dan bapaku nanti. Apa kata saudara-mara. Mana hendak letakkan muka. Malu besar aku nanti kerana pada malam pertamaku suami lari pergi tidur di hotel.
"Lama kami berbisik di dalam bilik kerana enggan pertengkaran kami itu didengari oleh ahli keluarga lain sebelum Khalid memberitahu, dia sebenarnya memang tidak ingin memperisterikan ku kerana sudah mempunyai teman wanita dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. Malangnya hubungan berkenaan tidak direstui oleh ibu bapanya dan mendesak Khalid berkahwin dengan aku," katanya.
Dhiya menambah bagi memastikan hajat ibu dan bapanya tercapai, Khalid bersetuju untuk menikahi dan kemudian mengambil keputusan untuk menceraikanku dalam masa terdekat.
Bagaikan petir apabila mendengar kata-kata Khalid, tambahan dia mengatakan kekasihnya itu juga telah melarang Khalid daripada memakan apa jua makanan di rumah itu mahupun menyentuh Dhiya. Apatah lagi berbual mesra dengan keluarganya.
Keesokan harinya satu perjumpaan tergempar diadakan di antara kedua belah pihak. Khalid dipujuk oleh ibu bapanya untuk tidak menceraikanku. Keadaan menjadi gamat dan gawat.
Bagaimanapun, Dhiya reda dan mengalah kerana baginya daripada bersuamikan orang yang memang tidak mahukannya lebih rela dia diceraikan.
"Akhirnya kami pun bercerai. Setelah beberapa hari baharu aku mengetahui sebenarnya ibu dan bapa Khalid tidak mahu anak lelaki mereka itu berkahwin dengan teman wanitanya itu kerana dia merupakan seorang yang suka mengamalkan imu hitam.
"Aku diberitahu Khalid juga telah diguna-gunakan oleh teman wanitanya sehingga dia tidak lagi boleh berfikir dengan waras. Itu sebab aku dinikahkan dengan Khalid secepat mungkin untuk mengekang permainan jahat wanita itu. Tapi apa yang mereka tidak tahu ialah anak mereka sendiri telah termakan ubat guna-guna yang sukar untuk diubati," katanya.
Kata Dhiya, Khalid kini sedang dalam proses berubat dan pemikirannya juga tidak berapa waras kerana sudah terkena ilmu hitam wanita berkenaan agak lama,
"Kalau kau dengar cerita aku ni mesti kau rasa macam mengarut. Dalam zaman ini pun ramai yang main ilmu hitam untuk membuat aniaya kepada orang atau hendak 'mengikat' orang.
"Masalahnya sekarang aku yang menjadi mangsa keadaan. Mereka hendak melarikan anak daripada menjadi mangsa ilmu hitam, aku yang kena bahananya.
"Mungkin bila kau dengar cerita aku ni macam drama TV. Tetapi selalunya drama di televisyen itu berakhir dengan kebahagiaan, namun aku menderita di hujungnya," katanya.
Namun bagi Dhiya, apa yang berlaku kepadanya itu diterima dengan dada terbuka. Dia tahu pasti ada hikmah di sebalik segala perkara yang berlaku.
Dia hanya mendoakan agar bekas suaminya itu pulih dan dapat menjalankan kehidupan seperti biasa.
Sumber

http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/02/berani-membuat-pilihan_5.html
No comments:
Post a Comment