Kumpulan arkeologi di Taiwan menemukan sebuah kubur besar berusia 4,800 tahun yang mengandungi tulang-tulang manusia termasuk rangka dipercayai seorang ibu memeluk bayinya. Menurut portal Daily Mirror, penemuan di kawasan Taichung itu merupakan sebahagian usaha Muzium Sains Semula Jadi Taiwan untuk mencari bukti penempatan awal manusia di kawasan tengah Taiwan.
Kurator jabatan antropologi muzium berkenaan, Chu Whei-lee berkata, usaha terbabit telah bermula sejak Mei 2014 dan mengambil masa setahun untuk selesai. “Sebaik sahaja selesai menggali, semua ahli arkeologi dan kakitangan muzium yang terlibat terkejut apabila melihat rangka seorang ibu sedang memeluk anaknya. “Rangka ibu serta bayi itu masing-masing setinggi 160 sentimeter dan 50 sentimeter,” jelasnya.
Antara rangka lain yang ditemukan termasuk lima kanak-kanak dan usianya ditentukan menerusi ujian karbon. – REUTERS
http://www.lulu-pages.com/2016/04/arkeologi-menemukan-rangka-seorang-ibu-memeluk-bayinya.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment