Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 27 April 2016

Kisah Pasangan Suami Isteri Bukan Islam Mencari Kotak Kosong di sekitar Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan.....





Pasangan cina yg sering dilihat merayau mencari kotak menaiki basikal roda tiga telah meninggal dunia ptg tadi akibat kena langgar lori. Suami isteri yg setia hingga ke hujung nyawa. Penduduk t.intan cukup sinonim dengan pasangan ini. Esok dah xde lg kelibat mereka di bandar t. Intan. Takziah diucapkan buat anak mendiang.

p/s: Dikhabarkan melalui mesej di WhatsApp mereka telah pun menemui ajal pada 26 April 2016 bersamaan dengan hari Selasa yang lepas.....

https://www.facebook.com/norman.h.alfan/posts/10207059676665935?ref=notif&notif_t=like&notif_id=1461719831254575

Teluk Intan kehilangan 'guru' paling berharga.
Saya tak kenal mereka berdua tapi saya tahu mereka. Mereka berbangsa cina dan dikenali oleh semua kaum. 


Mereka sentiasa berada di tepi jalan raya sekitar Bandar Teluk Intan mengutip kotak dan tin. Suaminya mengayuh. Isterinya membonceng. Setiap kali ada tin ditepi jalan..isteri akan turun mengutip dan menyimpan dalam plastik. Kembara mereka berterusan hingga ke belakang pasaraya dan kedai kedai..mengutip kotak kotak dilipat dan diletakkan dalam basikal roda tiga. Mereka terus kembara..kadangkala isteri ketawa bila mendengar suaminya membebel. Mereka sebenarnya OKU kategori masalah akal. Tapi mereka tak gila. Mereka tak ganggu orang. Mereka cuma tenggelam dalam dunia mereka sendiri. Mereka mungkin autistic atau autisme. Mereka ada sepasang anak lelaki..kemungkinan kembar yang juga agak lembam ( mungkin autistic spectrum disorder) seorang sudah meninggal. Tinggal seorang. Semalam kedua uncle dan auntie ini meninggal dunia akibat dilanggar lori di simpang lampu isyarat kampung banjar teluk intan. Mayat mereka amat sayu. Dikatakan berpelukan. Mayat isteri diatas suami berpelukan. Seolah olah sebelum lori melenyek mereka, isteri cuba memeluk suaminya supaya terselamat namun kedua duanya mati di tempat kejadian. Sejak detik itu kami warga teluk intan kehilangan ' guru ' paling unik di pekan ini. 

Kenapa saya gelar mereka guru?. Mari saya ceritakan sedikit pengajaran tentang mereka kepada kita. 

Mereka uncle dan auntie ini OKU tapi tak pernah meminta malah sudi memberi.

Mereka pasangan setia sepanjang masa bersama. Diatas basikal roda tiga itulah tempat mereka berdua. Penduduk teluk intan begitu tersentuh bila melihat auntie ini mengelap peluh suaminya yang berkayuh. Mereka dilihat kerap berpanas dan berhujan bersama. Pernah yang ada orang bercerita tentang saat uncle berhenti di station minyak untuk mandi dia memberikan wang pada isterinya..isterinya menunggu suaminya habis mandi dan isteri menghulurkan air mineral pada suami utk diminum dan isteri mengelap rambut suaminya. Selepas itu isterinya minum air dari botol yang sama. Ternyata perbuatan itu sangat menyentuh hati warga. 

Pasangan yg oku tapi cinta mereka sempurna. Berkongsi sekecil kurnia dan rezeki Allah beri. Berpuashati dengan apa yang ada. Pernah diceritakan bahawa uncle ini pernah berkata dia tiada wang untuk pengkebumian anaknya yang mati dilanggar kereta beberapa tahun lepas. Dia membawa jenazah anaknya menggunakan basikal roda tiga ini sebelum dikebumikan. Dia juga pernah memberi kotak kotak secara percuma pada guru guru yang nak balik kampung. Diberi wang dia menolak. Akhirnya guru tersebut membelikan sedikit keperluan dan minuman lalu diletak dalam basikalnya.Pernah satu hari dia memberi wang kepada seorang anak pasangan melayu dan iban bila anak pasangan itu nak beli jajan di kedai.

Semalam dia pergi selama lamanya dalam keadaan tragis. Selepas ini teluk intan tak akan melihat kelibat uncle dan auntie ini bersama basikalnya berkembara disekitar bandar ini. Tiada lagi lambaian tangan setiap kali mendengar hon dari pemandu yang beramah mesra dengannya. Damailah uncle dan auntie. Damailah bersama cinta mu yang sejati. Damailah.

Gambar ihsan sahabat fb saya Escar Ong dari FB Teluk Intan My Hometown
https://www.facebook.com/745778838803455/photos/a.758865627494776.1073741829.745778838803455/1007538642627472/?type=3
p/s:  Masa saya kecil lagi memang biasa lihat kelibat uncle cina itu kayuh basikal roda 3.  Masa saya besar sikit meningkat remaja, nampak uncle cina itu bersama pasangannya menaiki basikal roda 3.  Apabila masuk universiti dan apabila pulang ke kampung halaman, sekali sekala nampak kelibat mereka berdua bersama-sama anak mereka......Cuma dengan takdir Allah s.w.t. mereka dah pergi dan selepas ini tiada lagi kelibat mereka di mana-mana sahaja di sekitar Teluk Intan.....semoga kisah mereka boleh dijadikan pengajaran dan iktibar dalam kehidupan kita sebagai insan yang beragama Islam demi mencari Keredhaan Ilahi.  Wallahu alam.....

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...