Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 28 May 2016

AGENDA MAHATHIR NAK JATUHKAN NAJIB. AGENDA DAP NAK JATUHKAN KE SEMUA KUASA MELAYU!!



Kerana nak jatuhkan Najib, Mahathir tak sedar dia juga dihina dalam Flyers DAP. Adakah berbaloi Tun Dr Mahathir Mohamad bersekongkol dengan pembangkang terutamanya DAP semata-mata mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak ?

Inilah yang menjadi persoalan ketika ini apabila DAP secara terang-terangan menikam bekas perdana menteri itu dalam kempen mereka menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-11.

Menerusi risalah kempen yang diedarkan kepada orang ramai ketika hadir mengikuti ceramah DAP, Tun Mahathir dihina konon pada mulanya mengamalkan Amanah, Bersih, Cekap (ini pun salah sepatutnya Bersih, Cekap, Amanah).

Tetapi kemudian pada kolum sebelah kanan di risalah politik DAP itu dengan jelas menyatakan Tun Mahathir selepas beberapa tahun didakwa mengamalkan skandal penyelewengan di Malaysia yang melebihi berbilion-bilion ringgit.

Adakah ini balasan DAP ketika mana mereka sanggup terima Tun Mahathir menjayakan Deklarasi Rakyat termasuk demonstrasi haram Bantah GST di ibu negara baru-baru ini, pada masa sama menghina Tun Mahathir.

Pengedaran risalah DAP itu jelas menyerlah sifat hipokrit parti tersebut sanggup berbuat apa sahaja termasuk tikam sekutunya sendiri yang bekerja keras menggulingkan Najib dengan dijadikan bahan kempen PRN kali ini. Inilah wajah sebenar DAP apabila rakan sesama Pakatan Harapan pun sanggup ditikamnya inikan pula Tun Mahathir.

Malah tak sedar dek untung apabila Tun Mahathir sanggup bekerjasama dengan mereka demi mengusahakan Deklarasi Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/agenda-mahathir-nak-jatuhkan-najib.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...