Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 11 May 2016

Amanah sedia bincang dengan Pas



KOTA BHARU – Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik cadangan supaya Pas dan parti itu berbincang untuk pastikan satu lawan satu di PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar nanti.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad berkata, sejak dahulu lagi Amanah membuka ruang seluas-luasnya untuk sebarang bentuk kerjasama bagi memastikan kekalahan BN dalam pilihan raya.

“Tiada masalah, dengan siapa sahaja kami boleh bincang, Pas sekalipun dalam hal ini,” katanya.

Khalid menyambut baik cadangan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar supaya kedua-dua parti itu duduk semeja mencari kata sepakat untuk mengelak pertembungan sesama sendiri pada PRN nanti.

Pun begitu, Khalid mencadangkan supaya perbincangan bersama Pas itu diketuai presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri agar setiap keputusan yang dicapai akan dipegang bersama.

“Takut orang lain datang cakap lain, apa yang diputuskan akan dipegang tidak mahu berubah-ubah selepas habis mesyuarat,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid bagamanapun berkata, setakat ini pihaknya masih belum membuat sebarang perbincangan mengenainya memandangkan pengosongan kerusi masih belum diumumkan lagi.

“Kita tidak mahu dilihat tergopoh-gapah. Beri ruang speaker umum dahulu. Lagipun kita perlu menghormati ahli keluarga yang terlibat,” katanya.

PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar hampir pasti berlaku apabila kedua-dua penyandangnya, Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Noriah Kasnon dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Anuar terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu.

-Sinar Harian

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/muka-yang-tahu-maluuuuamanah-sedia.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...