Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday, 15 May 2016

BUTIR-BUTIR TUNTUTAN : PELANGGAN MENENTANG ASTRO



23 Feb 2016
Saya telefon Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya diberitahu perlu menjelaskan bayaran 1 Bulan Notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.

24 Feb 2016
Saya menyelesaikan bayaran notis 1 bulan itu menggunakan perkhidmatan perbankan internet (Cimbclicks) sebanyak RM46.20 (bererti saya boleh lagi menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac).
*Rujuk lampiran

6 @ 7 Mac 2016
Wakil Astro menelefon saya untuk bertanya :
i) Adakah saya masih menerima bil astro?
Saya jawab TIDAK (ketika ini saya tidak menerima bil)
ii) Adakah saya pasti ingin menamatkan langganan Astro?
Saya jawab YA.
**Panggilan ini dibuat ketika saya masih berada di pejabat.

- Sebaik saya pulang ke rumah, saya dapati servis seperti sudah ditamatkan kerana tv gelap seperti tidak menerima apa-apa isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu decoder menyala. (Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis). Tetapi saya diamkan sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan masa saya menelefon call centre.
- Saya terus mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder. (Saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro)

3 April 2016
- Tiba-tiba saya menerima kembali bil bagi bulan April daripada Astro (*nota: Bil Mac tidak diterima) berjumlah RM 39.45
- Saya telefon Astro untuk bertanyakan status akaun saya.dan mereka menyatakan status akaun saya AKTIF. Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menelefon saya untuk tujuan kepastian menamatkan servis langganan. Pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut menyatakan akan menyemak kembali dakwaan saya mengenai panggilan (6 @ 7 Mac) wakil Astro kepada saya. Beliau menyatakan akan menelefon saya kembali dalam masa 48 jam dan jika dakwaan saya salah, saya perlu melunaskan juga bil.
- Selepas 48 jam, tiada wakil Astro yang menelefon saya.

28 April 2016
Saya menelefon Astro. Mereka mengesahkan tentang panggilan yang telah saya buat pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya jawab TIADA. Sekali lagi mereka berjanji untuk menghubungi saya dalam masa 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Tetapi selepas 48 jam, tiada panggilan balas daripada Astro.

5 Mei 2016
Saya menerima bil bulan Mei berjumlah RM 81.80.

11 Mei 2016
- Saya memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasa telah dianiaya oleh Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.
- Saya dengan ini , memohon agar saya diberi pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini selesai.
(** Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil)

********************************************************************

11 Mei 2016
- Setelah menyerahkan borang tuntutan ke Tribunal Pengguna, saya juga menghantar 1 salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).
- Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016. Dimana saya akan bersemuka dgn wakil Astro.

12 Mei 2016 (24 hours after report)
- Saya mendapat panggilan daripada wakil Astro, mereka menyatakan akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan (erase).

ALHAMDULILLAH..

**********************************
Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini, supaya jika ada mereka yg sedang mengalami situasi seperti saya ini, tolong jangan biarkan kita dianiaya & dibuli oleh syarikat yang ternama hanya kerana takut (ada macam2 jenis takut..takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut bnyk kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pd akhirnya kita juga yg terkena balik & mcm2 jenis takut lg).

Kita ada hak kita sebagai pengguna walaupun saya amik pakej yg plg murah. Fight for your right. Bawa semua bukti & halakan kekecewaan kita kepada pihak yg betul. Insya Allah..jika rezeki kita Alhamdulillah.tp jika tiada rezeki, tidak mengapa..sekurang-kurangnya kita berusaha membela diri kita & tidak membiarkan mereka berterusan 'merompak' kita.


p/s :  Assalamualaikum w.b.t. dan selamat pagi semua kepada para pembaca setia yang mengikuti blog Mencari Keredhaan Ilahi.  Saya Norman Hafizi bin Alfan juga adalah pengguna setia Astro sejak 2009.  Seperti apa yang dimaklumkan oleh pengadu tersebut dan kes itu telah pun dibawa ke Tribunal Pengguna, maka saya rasa terpanggil untuk berkongsi serba sedikit pengalaman saya sendiri dengan pihak Astro sebagai tatapan, renungan dan juga pengajaran kepada anda semua.

Pendaftaran pengguna Astro 2009

Sewaktu saya menetap di Nilai, Negeri Sembilan saya tinggal di Pangsapuri Rakyat.  Di sana memang ada ejen Astro yang datang dari pintu ke pintu untuk promosi pendaftaran pengguna Astro yang baharu.  Saya dengan senang hatinya terus berdaftar dengan ejen tersebut untuk dapatkan khidmat satelit penyiaran yang esklusif.  

Masalah mula timbul apabila dalam tempoh 6 bulan saya menggunakan khidmat Astro, saya dapati surat daripada pihak Astro sendiri bahawa saya ada bil tunggakan yang banyak dan perlu dijelaskan segera.  Bil-bil tersebut saya dapati bahawa telah 3 bulan tidak pun berbayar.  Lalu saya terus hubungi khidmat pelanggan untuk urusan bil tertunggak.  Selepas menghubungi pihak Astro saya dapati nama saya adalah sama, akan tetapi alamat yang dinyatakan bil tertunggak itu terletak di Seremban, Negeri Sembilan.  Saya telah pun membuat pengesahan sekali lagi pada pihak Astro bahawa itu bukanlah alamat penginapan saya.....

6 Bulan Kemudian....

Saya masih lagi mendapat bil tunggakan yang sama disertai dengan surat daripada mahkamah untuk dijelaskan.  Saya hubungi semula pada pihak Astro untuk menjelaskan perkara yang sebenar.  Kali ini saya terus buat ugutan akan buat laporan pada pihak polis di atas khidmat ejen Astro yang menggunakan nama saya dengan menjualnya pada pihak lain dan beban pada tunggakan bil itu dikenakan kepada saya.  Alhamdulillah, amin.  Selepas itu tiada lagi dapat surat daripada pihak mahkamah ataupun Astro tentang isu bil tunggakan.

Promosi Yang Mengelirukan

Kes mengelirukan mengenai pakej promosi Astro bukannya sekali tetapi banyak kali.  Akan tetapi saya faham apabila operator yang berurusan daripada pihak syarikat kepada pihak pengguna bukanlah orang yang sama.  Oleh itu kena ada sikap berhati-hati pada anda semua agar tidak terjerat demi kepentingan syarikat yang mengaut keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kepentingan daripada segi pihak pengguna perkhidmatan.

Sebelum daripada kes pendaftaran saya pada 2009 itu timbul, ibu dan bapa saya sendiri ada juga melanggan pada pihak Astro.  Kes yang berlaku pada ibu saya ini apabila pihak Astro 'gila-gila' promosi dekorder baru mereka 'Beyond'.  Ibu saya tidak terkecuali daripada terkena daripada perangkap promosi tersebut.  Ini adalah kerana pendaftaran pakej Astro adalah di atas nama ibu saya dan juga nombor telefon juga atas nama ibu saya sendiri.  Pihak syarikat yang telah pun ada rekod nombor telefon pelanggan akan berusaha sedaya upaya untuk promosi pakej mereka yang pada saya 'tah apa hapa entah' itu sehingga pelanggan setuju untuk melanggan Astro.

Ibu saya setuju dan bersedia untuk menukar dekorder lama dengan yang baharu iaitu dekorder 'Beyond'.  Selepas pasang dekorder itu di rumah, saya dapati tiada pun perkhidmatan untuk merakam seperti Personal Video Recorder (PVR).  Saya bertanya pada ibu saya, adakah sewaktu mereka buat promosi di talian telefon mereka menyatakan dapat dekorder baru 'Beyond' dengan set rakaman sekali.  Ibu saya membalas dengan jawapan ye.  Saya beritahu pada ibu saya bahawa dekorder yang dipasang adalah dekorder baru 'Beyond', akan tetapi tiada set untuk rakaman seperti PVR.  Selepas itu, ibu saya telefon semula pada pihak perkhidmatan pelanggan dan memarahi mereka kerana promosi tidak serupa dengan apa yang pihak mereka tawarkan.

Selepas  daripada itu juga, saya menutup dekorder saya yang saya daftarkan sejak 2009 pada tahun 2011 dan juga set dekorder baharu mak saya saya tukarkan telefon atas nama saya.

2015

Setelah menutupkan perkhidmatan saya dengan Astro disebabkan oleh 2 kes sebelum ini melibatkan saya dan keluarga saya, rupa-rupanya promosi mereka datang kembali.  Saya tidak tahu bahawa walaupun kita telah menamatkan perkhidmatan dengan Astro nombor bekas pelanggan mereka tetap mereka simpan.  Cuma pada tahun ini saya baru dapat memadamkan nombor telefon saya daripada senarai panggilan khidmat pelanggan daripada Astro.

Pakej yang paling baharu ini paling menarik.  Saya ditawarkan untuk menggunakan perkhidmatan Astro selama 6 bulan secara percuma bermula pada Januari 2016 hingga Jun 2016.  Dapat panggilan pun hari Jumaat.  Tanpa berfikir panjang saya terus buka semula dekorder lama yang saya simpan dalam almari untuk dipasang semula.  

Rupa-rupanya tak boleh terus pasang.  Kena telefon balik khidmat pelanggan untuk mengaktifkan semula pakej saya daripada dekorder lama.  Selain itu dekorder baharu ibu saya pun saya bayarkan bil bulanan sehingga sekarang (2015, nampak tamak bukan Astro ini).  Lepas berjaya dipasang, tidak berapa lama selepas itu dapat tawaran channel semua percuma dengan set dekorder baru sekali dengan set PVR.  Bayaran bulanan untuk semua perkhidmatan itu hanya RM146 sahaja (mereka umumkan itu pakej paling murah dengan semua channel yang ada).

Saya pun setuju dengan pakej itu.  Tidak berapa lama selepas saya dekorder baru itu dipasang, rupa-rupanya dah kena perangkap dengan pakej promosi itu.  Sudahlah 6 bulan pakej percuma dah luput, lagi tambah bil lagi adalah.  Selepas itu pula kontrak dengan Astro kalau nak tutup pun dalam tempoh 2 tahun (dijangka tamat pada 2018).  Allahu Akbar !  Pening kepala aku dengan pihak Astro ni wei !!!! (Kadang-kadang macam promosi daripada Maxis/Hotlink je.  Nasib saya dah lama tinggalkan!)

Pengajaran dan intipati daripada kisah saya untuk renungan dan tatapan anda :-

a)  Berhati-hati dengan pakej promosi daripada panggilan telefon pihak Astro.  Kalau boleh selidik betul-betul sebelum anda setuju dengan pakej tersebut.  Kalau tak minat, anda boleh minta khidmat padamkan nama anda daripada mendapat promosi daripada pihak mereka dalam panggilan telefon (kadang-kadang rasa semak dapat panggilan bila kita tengah buat kerja !)

b)  Cuba ambil perkhidmatan yang lain selain Astro.  Dah ada pesaing baru seperti Unifi (TM), MyTV (akan dilancarkan tidak lama lagi.  Saluran percuma daripada Jutawan Melayu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.  Anda cuma perlu bayar untuk harga dekorder.  Bulanan tak perlu bayar sebab percuma !).Lagi bagus kalau anda masih minat nak guna Astro ada pesaing baru macam Openbox, Skybox.  Kalau anda bernasib baik dapat saluran Astro dengan servis itu bayaran bulanan sebanyak RM30 dan ada juga bayaran sebanayak RM100 untuk setahun !?

c)  Buat sahaja tuntutan anda melalui Tribunal Pengguna daripada KPDNKK seperti yang saya kongsikan di dalam maklumat di atas.

Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...