Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday, 16 May 2016

Dialog PM Bersama NGO - BUKTI PENGAKUAN TONY PUA MENGATAKAN BAHAWA NAJIB TIDAK TERLIBAT DALAM 1MDB

BUKTI PENGAKUAN TONY PUA MENGATAKAN BAHAWA NAJIB TIDAK TERLIBAT DALAM 1MDB
1. Ahli Parlimen Dap Petaling Jaya, Tony Pua telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib ke atas dirinya di atas alasan plaintif (Najib) tidak mempunyai LOCUS STANDI untuk memulakan tindakan saman terhadapnya. Tony mendakwa saman itu bertujuan untuk menyusahkan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.
2. "Tiada locus standi" bermaksud "bukan dalam kapasiti" atau "tiada kapasiti" untuk memulakan tindakan saman ke atasnya atau dalam bahasa mudah, Najib tidak boleh menyaman Tony Pua kerana Najib tiada kaitan dengan 1MDB atau tiada berjawatan di dalam 1MDB.
3. Ianya sama seperti hujah bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh dipersalahkan dalam skandal Bumiputera Malaysia Finance (BMF) suatu ketika dulu kerana dia tidak memegang jawatan dalam bank tersebut.
4. Contoh kes yang "tiada locus standi" yang paling popular ialah apabila Penasihat DAP, Lim Kit Siang gagal menghalang kerajaan pimpinan Tun M dari menyerahkan PLUS kepada syarikat UEM (sebuah syarikat rugi) pada 2002 kerana Kit Siang tidak ada locus standi untuk menghalang penyerahan tersebut, malah Kit Siang juga tiada mempunyai sebarang kepentingan dalam UEM atau PLUS.
5. Justeru, tindakan Tony Pua memfailkan permohonan untuk membatalkan saman Najib ke atas dirinya adalah bukti 'pengakuan'nya bahawa Najib TIADA perkaitan langsung dengan 1MDB seperti yang didakwa oleh Tun M dan pemimpin pembangkang selama ini.
6. Jelas, dakwaan bahawa Najib terlibat secara langsung dengan 1MDB hanya suatu permainan persepsi yang terancang dalam plot untuk 'menjenayahkan Najib'. Hakikatnya, pembangkang sendiri mengakui bahawa dakwaan ini tiada asas sama sekali dari segi undang-undang.

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...