Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 7 May 2016

El Nino – Buruk Untuk Kita, Baik Untuk Orang Lain?

cuaca panas

Boleh saya tahu di mana anda tinggal? Tempat tinggal saya di Shah Alam hari-hari panas terik. Sudah agak lama hujan tidak turun. Bahang panas cukup terasa sejak beberapa minggu yang lalu lagi. Dan saya cukup terkesan dengan cuaca panas ini.

Seawal pukul 11 pagi dah mula terasa bahang panasnya. Kipas selalu full blast. Mandi pun agak kerap. Sebab badan terasa tak selesa. Bila dapat mandi, terasa segar sikit. Pokok yang saya tanam dalam pasu, kalau tak disiram sehari, dah macam nak mati pokok tu. At least kena siram 2 kali sehari. Kalau dulu, sehari sekali pun dah ok. Tempat anda bagaimana?

“Bestnya kalau hujan… sejuk sikit.”

Kekadang terkeluar juga dari mulut. Bila difikir balik, beristighfar panjang saya. Segala yang terjadi adalah dengan ketentuan Allah. Ada kebaikan yang Allah nak tunjukkan kepada hamba-hambanya yang berfikir. Allah yang tentukan hujan di tempat yang Dia kehendaki. Dan Allah jualah yang tentukan panas terik di tempat yang Dia kehendaki. Yakinlah cuaca panas yang melanda kita sekarang ini dan El-Nino yang bakal kita hadapi nanti ada hikmahnya jika kita lihat dari sudut yang positif.

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya kekadang mengeluh dengan cuaca panas ini. Tetapi saya semakin sedar, kadang-kadang buruk untuk kita, tidak semestinya buruk untuk orang lain. Ada kalanya, apa yang kita rasa buruk, sebenarnya cukup baik untuk orang lain. Seperti cuaca panas terik ini, bagi saya mungkin tak berapa selesa dengan bahang panas seharian. Tetapi bagi peniaga-peniaga terutamanya yang menjual air, mereka sangat bersyukur dengan cuaca panas ini. Dengan cuaca panas inilah yang menyebabkan orang ramai terasa haus dan ingin membeli air minuman daripada mereka. Tidak hairanlah jika keuntungan menjual air menjadi berlipat kali ganda ketika musim panas ini.

Peniaga-peniaga lain juga turut gembira dengan cuaca panas ini. Bayangkan peniaga-peniaga pasar malam atau penjaja di tepi jalan jika hari hujan. Selalunya jualan mereka akan merosot. Dengan cuaca baik, panas seharian dan tidak hujan ini seolah-oleh memberi rezeki lebih untuk mereka.

Pengusaha bisnes cuci kereta juga mendapat manfaat daripada cuaca panas ini. Peratusan orang ramai untuk mencuci kereta ketika cuaca baik dan panas adalah lebih tinggi berbanding hari hujan dan musim tengkujuh. Ini kerana membasuh kereta ketika cuaca baik (panas) adalah lebih tinggi value for money kepada pengguna. Kekadang basuh 2 minggu sekali je. Tapi kereta masih bersih dan cantik.

Sekolah atau taska sangat gembira kerana dapat melaksanakan hari sukan dan aktiviti kokurikulum pada cuaca yang baik begini. Bayangkan jika hari hujan, pasti banyak acara yang terpaksa dibatalkan.

Yang mengadakan jamuan rumah terbuka, kenduri kahwin, kenduri kesyukuran atau apa sahaja keraian pasti tersenyum lebar kerana majlis berjalan lancar dan dapat meraikan para tetamu yang hadir. Jika saya sendiri yang menjadi tuan rumah, pasti saya juga akan berdoa kepada Tuhan agar cuaca sentiasa cerah sepanjang hari. Betul kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Saya mula belajar sesuatu daripada cuaca panas ini. Harap anda juga begitu. Jika ada sesuatu yang kurang baik terjadi kepada kita, cuba cari sesuatu yang positif daripadanya. Pasti kita tidak akan mengeluh lagi. Seperti cuaca panas El-Nino ini, sebenarnya ada juga kebaikan. Ada suatu hari tu saya terlewat mencuci pakaian. Agak banyak juga cucian saya pada hari tu. Saya hanya mula menjemur pakaian saya selepas solat Zuhur. Tetapi alhamdulillah, kerana cuaca panas terik ini, kesemua pakaian saya kering ketika saya kutip pada sebelah lewat petang. Nampak tak? Ada kebaikannya kan?

Begitu juga ketika awal pagi. Jika sebelum ini, setiap kali nak mandi mesti kita menggunakan water heater.  Maklumlah sejuk nak mandi awal pagi. Tetapi tidak lagi sekarang ini. Dengan cuaca yang panas menjadikan air paip di rumah kita seperti sedikit suam. Mandi awal pagi tak ON water heater pun tak apa. Sebab air dah suam-suam camtu. Best kan?

Buruk untuk kita, baik untuk orang lain.

Begitulah jadinya kalau kita memandang sesuatu itu daripada sudut yang positif. Meski pun yang datang kepada kita itu ternyata sesuatu yang buruk. Tidak kisah apa pandangan kita terhadap sesuatu yang buruk itu, kerana apa yang lebih penting adalah  bagaimana kita memandang sesuatu keadaan tersebut. Dan ini yang akan memberikan impak yang lebih baik kepada kita.

Teringat suatu kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz suatu masa dahulu di televisyen. Ada sepasang suami isteri yang mempunyai 2 orang anak lelaki. Si suami seorang yang kaki judi dan kaki botol. Kerana tabiat buruk ini, dia selalu memukul si isteri kerana dah lupa tanggungjawabnya. Perbuatan si suami ini diperhatikan oleh 2 orang anak lelaki mereka. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, akhirnya si suami menemui ajal kerana masalah kesihatan. Tidak lama selepas itu, si isteri juga telah kembali kepada Yang Maha Pencipta. Kini tinggal anak lelaki mereka yang yatim piatu.

Dua anak kecil ini membesar. Kini mereka telah dewasa. Seorang daripadanya menjadi ketua samseng dengan menjalankan aktiviti kongsi gelap. Hidupnya penuh dengan dosa dan noda. Bila ditanya kepadanya mengapa dia menjadi sebegini, dia berkata ini disebabkan pengaruh ayahnya yang dilihat sejak kecil. Semua yang buruk itu telah mempengaruhi hidupnya hingga beliau dewasa.

Manakala seorang lagi membesar menjadi seorang peguam yang berjaya. Bila ditanya mengapa beliau menjadi peguam, katanya ini adalah kerana pengalaman semasa kecil melihat ibu mereka dipukul oleh si ayah. Penganiayaan tanpa belas kasihan ini menyebabkan beliau nekad untuk membantu lebih ramai orang di luar sana daripada terus ditindas dan dianiaya apabila beliau dewasa kelak. Itulah yang menjadi faktor pendorong terkuat hingga beliau berjaya mencapai cita-citanya.

Jika kita lihat daripada kisah ini, dua personaliti berbeza telah wujud kesan daripada pengalaman buruk masa silam yang sama. Di sini jelas menunjukkan bahawa bagaimana seseorang itu memandang masalah yang berlaku di depannya akan mempengaruhi kehidupan untuk masa kini dan masa akan datang. Dalam konteks ini, tak penting apa yang dipandang, tetapi yang lebih penting adalah bagaimana ianya dipandang.

Maaf jika entri ini terlalu panjang. Semoga kita bersama mendapat manfaat. InsyaAllah.

sumber http://www.wazirmalik.com/

http://detikislam.blogspot.my/2016/05/el-nino-buruk-untuk-kita-baik-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/UHQdyX+(Detik+Islam)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...