Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 14 May 2016

FBI Dedah Hanya 6 peratus keganasan di Amerika dilakukan oleh muslim ekstremis


WASHINGTON, Sabtu – Laporan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan bahawa hanya 6 peratus keganasan yang berlaku di Amerika Syarikat dilakukan oleh umat Islam ekstremis.
Laporan yang diterbitkan pada 2013 itu juga mendedahkan, dalam tempoh 25 tahun, iaitu sepanjang tahun 1980 hingga 2005, ekstremis Yahudi lebih banyak melakukan serangan keganasan berbanding umat Islam.
Laporan itu menunjukkan tindakan ganas di Amerika Syarikat lebih kerap dilakukan oleh penduduk Latin dan berketurunan Yahudi.
Kajian itu mendapati 94 peratus serangan pengganas di Amerika Syarikat sejak 1980 dilakukan penduduk bukan beragama Islam.
Selain itu, laporan FBI itu juga menyebut bahawa tidak sampai dua peratus daripada 1,000 serangan pengganas di Eropah sejak lima tahun lalu membabitkan penjenayah beragama Islam.
Bahkan, 99.6 peratus serangan ganas di Eropah dilakukan oleh kelompok-kelompok bukan Islam. Ia menunjukkan 84.8 peratus dari semua serangan bermula mereka yang tiada kaitan dengan Islam.
Kelompok ekstrem kiri dilaporkan melakukan 16 kali serangan lebih banyak dari kelompok Islam. Jadi, hanya 0.4 peratus serangan ganas dari tahun 2006-2008 dilakukan oleh ekstremis Islam.
Berdasarkan kajian Keganasan Islam-Amerika 2013 oleh Universiti Carolina Utara, ia mendapati bahawa pembunuhan membabitkan penganut Islam tidak sampai 0.0002 peratus dari jumlah rakyat Amerika sejak tragedi 11 September 2001.
Sejak kejadian 11 September itu, keganasan Islam-Amerika meragut 37 nyawa di Amerika daripada 190,000 pembunuhan yang dilakukan pada tempoh itu. – Agensi
http://celahgelegar.blogspot.my/2016/05/fbi-dedah-hanya-6-peratus-keganasan-di.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...