Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Friday, 13 May 2016

FENOMENA EL NINO BAKAL BERAKHIR MASALAH KAWASAN TADAHAN AIR BILA AKAN BERAKHIR?





Fenomena pemanasan lautan atau disebut El Nino dijangka akan berakhir pada bulan Jun 2016 untuk tahun ini.

Kesan pada fenomena tersebut telah menyebabkan suhu meningkat. Di Malaysia fenomena Great El Nino pernah berlaku tahun 1997 dan 1998 dengan Perlis mencatat suhu tertinggi pada skala 40.1 Celcius pada tahun 1998.

Tahun ini kesan el nino menyebabkan kematian, sekolah ditutup dibeberapa buah negeri, kebakaran dan sebagainya.

Paling terkesan khususnya di Perak ini ialah Kolam Tadahan Bukit Merah menjadi hampir kering dan nyaris-nyaris diisytiharkan kawasan darurat.

Namun 3 hari  lepas Exco Perak Dato Zainol Fadzi menyatakan tiada catuan air dan bermakna tiada lagi darurat.
Zainol Fadzi berkata peningkatan paras air sejak beberapa hari lepas memberi kelegaan kepada penduduk sekitar Kerian, Kamunting, Taiping serta kawasan perindustrian. Berdasarkan kajian, kalau paras air turun sehingga 17 kaki (5.18 meter) kita memerlukan 23 hari untuk mencapai paras 20 kaki (6.09 meter)," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri mempertimbang kemungkinan menyalurkan lebih banyak air ke kawasan pertanian di daerah Kerian jika paras air di Empangan Bukit Merah mencecah 7.01 meter atau 23 kaki ke atas.

 Air dari kolam Bukit Merah menjadi sumber utama untuk bekalan air bersih yang diuruskan oleh Lembaga Air Perak untuk minuman dan juga industri, manakala air untuk pertanian diuruskan oleh Jabatan Pengairan Perak. 

Cuma air yang disedut oleh kolam-kolam ikan arowana sahaja yang tidak tahu diuruskan oleh siapa. Ini kerana JBA sememangnya melarang orang ramai mengambil air terusan.

Hampir 20 tahun sungai-sungai yang mengalir ke kolam Bukit Merah dari Banjaran Bintang mengalami perubahan demi perubahan.  Kebanyakan sungai semakin cetek dan air mengalir lesu berbanding tahun-tahun 60an. Air juga semakin berkelodak, keruh dan tidak lagi sesuai untuk kegunaan harian dan aktiviti riadah.

Segala-galanya berpunca daripada aktiviti manusia yang tamak meneroka hutan untuk aktiviti pembalakan haram, membuka ladang kelapa sawit, ladang buah-buahan seperti durian, pisang dan sebagainya.

Pencerobohan tanah resab hutan simpan kekal, resab sungai dan kawasan tadahan semakin berleluasa. Hari ini pencerobohan bukan dibuat secara kecil-kecilan, tetapi ia berskala besar. Sindiket sanggup mengupah orang tempatan untuk menjadi tonto untuk mengawal dan mengawas kedatangan pihak-pihak berkuasa.

Dalang pencerobohan rizab Kolam Bukit Merah, Bagan Serai perlu segera diusir dan didakwa sebagai bukti kerajaan negeri tidak tolak ansur terhadap sebarang kegiatan pencerobohan rizab kolam itu dan kawasan tadahan hujan.

Selain dari itu kerajaan juga perlu mewartakan kawasan tadahan air sebagai kawasan simpan kekal terutama di sekitar kawasan Kolam Bukit Merah. Walaupun proses ini sememangnya rumit tetapi ia terpaksa di lakukan untuk masa akan datang.

Amaran oleh Datuk Seri Najib Razak ketika beliau berjawatan Timbalan Perdana Menteri supaya kerajaan negeri mewartakan semua semua hutan simpan kekal yang dijadikan kawasan tadahan air di seluruh negara mengikut ketetapan Majlis Tanah Negara juga dipandang sepi dan tidak diberi perhatian sejak sekian lama.


Adakah dengan berakhirnya fenomena El Nino., maka berakhir juga segala gimik dan polimik kawasan tadahan tersebut? 

Jawapannya kita tunggu fenomena akan datang. 

http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/05/taipingmali-tm_12.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...