Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 7 May 2016

(Foto) Mayat pertama nahas helikopter dipercayai Noriah dijumpai dan (Foto) Serpihan helikopter bawa 6 penumpang termasuk timbalan menteri ditemui


Posted: 05 May 2016 11:12 PM PDT

BATANG LUPAR 6 Mei - Pasukan mencari dan menyelamat helikopter yang dilaporkan hilang di Sebuyau di sini, petang semalam, berjaya menemukan mayat seorang daripada enam mangsa yang dilaporkan terlibat dalam nahas tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat seorang wanita itu dijumpai di tebing sungai oleh pasukannya pada pukul 12 tengah hari ini.

"Pihak bomba menemukan mangsa pertama iaitu seorang wanita tidak jauh dari lokasi serpihan pesawat dijumpai.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Klinik Kesihatan Sebuyau di sini, untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini.
Farhan Sufyan walau bagaimanapun tidak mengesahkan bahawa mayat ditemukan itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon.

Namun, dipercayai mangsa adalah Noriah, memandangkan hanya beliau penumpang wanita menaiki helikopter berkenaan semasa kejadian. - UTUSAN ONLINE



- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nahas-bencana/mayat-pertama-nahas-helikopter-dipercayai-noriah-dijumpai-1.318994#sthash.t7WWUO3x.dpuf
Posted: 05 May 2016 08:57 PM PDT

KUCHING 6 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) helikopter membawa enam penumpang termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon yang dilaporkan hilang petang semalam, telah dijumpai serpihannya di kawasan berhampiran Sungai Batang Lupar di Sebuyau pagi ini.

Menurut Perdana Menteri, antara serpihan pesawat jenis AS350 yang sudah ditemukan pada pukul 9.50 pagi ini ialah alat pemutar (rotation device), kerusi, sebahagian serpihan badan pesawat dan pintu.
Katanya, usaha sedang dilakukan bagi mengesan rangka utama pesawat tetapi usaha itu berdepan dengan kesukaran ekoran kawasan Sungai Batang Lupar yang luas.

"Kita masih belum dapat memastikan nasib keenam-enam penumpang kerana usaha mengesan mereka sedang dijalankan dengan menggerakkan seramai mungkin anggota penyelamat ke lokasi kejadian," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini hari ini.

Najib turut mengesahkan penumpang pesawat yang hilang itu ialah Noriah bersama suaminya, Asmuni Abdullah.

Penumpang lain termasuk, Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Dr. Sundaran Annamalai; pengawal peribadi, Ahmad Sobri Harun dan juruterbang warga Filipina, Kapten Rudolf Rex Ragas. - UTUSAN ONLINE



http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/05/berani-membuat-pilihan_6.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...