Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 10 May 2016

Guru diberi kuasa penuh, hukuman rotan pelajar dilaksana 2017



PUTRAJAYA, Selasa – Pengetua atau guru akan diberi kuasa penuh untuk melaksanakan hukuman rotan terhadap pelajar yang melakukan kesalahan disiplin di sekolah.

Bercakap perkara itu, Timbalan Menteri Pendidikan, Chong Sin Woon berkata, cadangan tersebut adalah antara penambahbaikan peraturan disiplin pelajar yang bakal dilaksanakan bermula sesi persekolahan 2017.

Bagaimanapun katanya, hukuman tersebut tidak dibenarkan dilakukan di depan khalayak ramai semasa perhimpunan, sebaliknya di dalam bilik.

“Kementerian sedang melakukan kajian terhadap garis panduan sedia ada iaitu Peraturan-Peraturan Disiplin Pelajar 1959 yang terkandung dalam Ordinan Pendidikan 1957 sebelum draf penambahbaikan itu dibawa ke Jabatan Peguam Negara untuk diperhalusi.

“Usaha penambahbaikan ini bertujuan menjadikan peraturan disiplin di sekolah lebih komprehensif supaya pihak sekolah dapat mengawal tingkah laku pelajar dan murid dengan lebih teratur,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai masalah displin dalam kalangan pelajar beliau berkata, selepas ini pihak kementerian akan bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk melaksanakan ujian air kencing dengan lebih kerap.

Katanya, kita akan adakan pemeriksaan mengejut di sekolah bagi mengesan pelajar yang mengambil dadah.

“Selain itu, pihak PDRM diminta merangka program di sekolah dalam memberi kesedaran kepada pelajar mengenai ancaman dan bahaya pengaruh kumpulan militan IS,” katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/apa-pandangan-anda-guru-diberi-kuasa.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...