Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 10 May 2016

Hadi pertahan keputusan pecat Husam…ini bukan perkara pelik



Sekalipun Datuk Husam Musa ‘memprotes’ pemecatannya dari ahli PAS,Presiden parti itu Datuk Seri Haji Hadi Awang tetap mempertahankan keputusan Jawatankuasa Tatatertib.

Pada satu ceramah di Dataran Jeli Jumaat malam beliau menilai tindakan itu bukan sesuatu yang pelik.

“Ini bukan lagi perkara pelik dan bukan hanya berlaku sekarang. PAS memecat ahli yang melanggar disiplin parti”,katanya.

Beliau berkata seorang Ahli Parlimen PAS pernah dipecat kerana hadir program anjuran Barisan Nasional (BN) yang melibatkan majlis tari-menari sebelum ini.

Pada Jumaat, Jawatankuasa tatatertib PAS mengeluarkan kenyataan bahawa Husam dipecat kerana melakukan tindakan bersalahan dengan Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), perlembagaan parti.

Jenis kesalahan bagaimanapun tidak disebutkan secara khusus.

Husam antara pemimpin kanan PAS yang tewas beramai-ramai sewaktu pemilihan PAS, Jun tahun lalu dan sejak itu sentiasa lantang melontar kritikan terhadap PAS dan Hadi.

Malah beliau juga secara terang-terangan beberapa kali melanggar arahan PAS Pusat dengan cara bersekongkol dengan PKR dan DAP, umpamanya berkongsi pentas politik untuk menghentam kepimpinan PAS.

Sementara itu Parti Amanah Negara (Amanah) sekali lagi menawarkan jawatan Pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata beliau sedia berundur daripada jawatan itu bagi memberi laluan kepada Husam untuk menerajui parti itu di peringkat negeri.

"Amanah Kelantan bukan setakat mengalu-alukan kehadiran Husam sebagai anggota amanah, bahkan seperti yang saya sebut dahulu, saya pegang jawatan itu untuk Husam.

"Jadi sebaik sahaja dia (Husam) hadir (sertai Amanah) saya akan memberikan kepimpinan Amanah Kelantan kepada beliau," katanya pada satu majlis parti itu yang turut dihadiri Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad di Kota Bharu, Sabtu.

Februari lepas, Wan Abdul Rahim dipetik sebagai berkata beliau akan memberi laluan kepada Husam untuk menjawat jawatan Pengerusi Amanah Kelantan jika Husam dipecat daripada PAS.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/hadi-pertahan-keputusan-pecat-husamini.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...