Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday 28 May 2016

Ibu lega 'janin' dikandung anak lelaki berjaya dikeluarkan

BALING, 24 MEI - Hasmah Ahmad, 38, menunjukkan ketumbuhan yang menumpang perut Mohd Zul Shahril Saidin, 15, yang lengkap dengan organ manusia normal seakan-akan seorang bayi. Anaknya selamat menjalani pembedahan membuang ketumbuhan janin yang menumpang di dalam perut selama 15 tahun di Hospital Sultan Abdul Hamid, Sungai Petani pada 17 Mei lalu. - Foto BERNAMA
BALING 24 Mei - Seorang ibu melahirkan perasaan lega apabila ketumbuhan yang didakwa sebagai janin yang dikandung selama 15 tahun oleh anak lelakinya berjaya dikeluarkan pada Selasa lepas.

Hasmah Ahmad, 38, berkata, walaupun terkejut dengan apa yang dialami oleh anak kelimanya Mohd. Zul Shahril Saidin, 15, beliau reda dengan ketentuan Ilahi jika benar ketumbuhan itu adalah janin iaitu kembar kepada anaknya itu.

"Janin yang dikeluarkan daripada perut anak saya ini lengkap organnya seperti seorang bayi cuma hidung dan mulut tidak sempurna," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Charuk Kangar di sini, hari ini.

Isu remaja berkenaan yang dikatakan perutnya membesar kerana janin kembarnya 'menumpang hidup' selama 15 tahun menjadi viral di laman sosial yang mana kes berkenaan tidak pernah berlaku di negara ini.

Janin yang dikeluarkan daripada perut Mohd Zul Shahril yang sudah tidak bersekolah itu dikatakan boleh dilihat dengan mata kasar iaitu mempunyai rambut selain kaki dan tangan termasuk alat sulit yang sudah terbentuk.

Hasmah berkata janin berkenaan bagaimanapun diuruskan seperti jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Amanjaya, Sungai Petani.

Katanya sebelum itu, anak kelima daripada lapan beradik itu menderita sakit sejak empat bulan lalu dan dimasukkan ke Hospital Baling sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Abdul Hamid (HSAH), Sungai Petani untuk membuang ketumbuhan itu.

"Semasa umurnya setahun, doktor ada mengesyaki ada ketumbuhan dalam perut yang berbentuk seperti kepala dan meminta membawa Shahril ke hospital sekiranya mengadu sakit namun keadaannya nampak normal sehinggalah empat bulan lalu dia kerap muntah dan mengadu sakit," katanya.

Beliau berkata benjolan di perut akibat ketumbuhan itu bagaimanapun jelas kelihatan yang menimbulkan perasaan tanda tanya keluarga.

"Pemakanan dia macam biasa dan pernah bergurau makan lebih sikit kerana ada kandungan dalam perutnya," katanya.

Hasmah bagaimanapun mendakwa doktor di hospital berkata janin berkenaan kemungkinan masih hidup sekiranya anaknya itu dirujuk lebih awal ke hospital.

Sementara itu Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen atas sebab-sebab tertentu.

Usaha wartawan untuk bertemu remaja yang masih dirawat di HSAH juga tidak berhasil kerana enggan ditemui. - BERNAMA


http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/05/berani-membuat-pilihan_25.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...