SERDANGBEDAGAI, Sumatera Utara -Seorang warga emas dari Desa Silau Rakyat mukim Sei Rampah di daerah ini mendakwa dia tidak pernah masuk ke hospital meskipun usianya sudah menjejak 94 tahun. Tribunnews.com melaporkan, pengakuan Asiah, itu melayakkannya mendapat pujian kerana masih sihat di sebalik raut wajahnya yang semakin dimamah usia. “Ya, pelbagai kerja saya lakukan pada setiap hari seperti memasak, mencuci pakaian termasuk menyapu. Semuanya saya lakukan.
“Setakat hari ini, saya belum pernah masuk ke hospital. Jika sakit, saya akan menemui bidan sahaja,’’ kata Asiah baru-baru ini. Malah Asiah yang merupakan ibu kepada 12 orang anak dan nenek kepada 28 cucu serta 16 cicit itu tidak ada pantang yang diamalkannya. “Ya…,umur sudah 94 tahun, saya makan apa sahaja termasuk daging,’’ katanya. Malah ketika ditemubual, Asiah didapati langsung tidak berdepan masalah pendengaran yang didapati masih baik. Begitu juga dengan penglihatan wanita itu yang masih dapat melihat dengan baik. -AP
http://www.lulu-pages.com/2016/05/inilah-keadaan-warga-emas-yang-mendakwa-tidak-pernah-masuk-hospital-walau-usianya-kini-94-tahun.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment