Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 28 May 2016

Jambatan Atau Terowong, RM 305 Juta Dah ‘Terbang’ Dulu Dah!!



AGAK hairan kenapa kerajaan DAP Pulau Pinang tidak terlebih dahulu merujuk kepada kerajaan persekutuan sebelum buat keputusan untuk membina terowong dasar laut yang ‘kos kertas’nya pun dah beratus juta ringgit – lebih tepat RM 305 juta.

Kalau awal-awal tanya kerajaan persekutuan nak bina jambatan ketiga hari tu kan senang, taklah beratus juta duit rakyat terbang untuk benda yang sila-silap tak berbuat.

Ni, kalau jadi buat jambatan ketiga, tak jadilah buat terowong bawah laut tu kang walaupun beratus juta mungkin dah lesap dulu.   Macam mana DAP ni memerintah, kata handal sangat?



Itupun masih nak temberang kata kerajaan pusat tak bagi bina jambatan – sebab itu dia kena buat terowong yang kosnya 2 kali ganda lebih besar.  Rupanya, tak wujud pun permintaan itu (nak buat jambatan ketiga), Guan Eng gebang saja merata.

Perkara ini sepatutnya diangkat setaraf skandal sebab dari permukaan cerita pun sudah banyak tak kena.  Kalau betul bagai dikata, Guan Eng tidak perlu berbohong konon kerajaan persekutuan tidak benar bina jambatan ketiga dan dia TERPAKSA’ bina terowong bawah laut.

Mesti ada sebab kenapa dia nak  push juga buat terowong disebalik adanya alternatif yang jauh lebih murah – dengan membina jambatan ketiga.  Betul ke bayar banyak tu untuk kerja-kerja yang dinyatakan, atau ada benda lain yang dia taknak rakyat tahu?

Penulis taknak berspekulasi tapi pihak-pihak yang berkenaan perlu buat lebih banyak ‘pemeriksaan rutin’ ke rumah atau pejabat Guan Eng untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.  Tunggu lagi lama, bimbang lagi banyak berubah cerita.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/jambatan-atau-terowong-rm-305-juta-dah.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...