Arkib : 29 Mei 2016
Lepas SPM Kena Masuk Kolej Atau Universiti?
- Universiti
Universiti ialah destinasi puncak bagi semua pelajar. Namun tidak semua pelajar layak masuk ke universiti. Pelajar yang berjaya masuk ke universiti selepas SPM ialah pelajar yang cemerlang. Lepasan SPM memohon kemasukan ke universiti melalui UPU.
- Kolej Matrikulasi
Matrikulasi menawarkan aliran sains (sains hayat & sains fizik), perakaunan dan kejuruteraan. Seperti juga Asasi, selepas Matrik, pelajar boleh mohon kemasukan ke IPTA melalui UPU. Program matrikulasi adalah selama setahun atau dua tahun bergantung kepada keputusan SPM pelajar. Matrikulasi adalah under kerajaan. Namun memang susah nak masuk ke matrikulasi melainkan keputusan SPM sangatlah baik. Kelebihan matrikulasi ialah pengajian boleh ditamatkan dalam masa yang singkat. Sekiranya pelajar gagal mendapat pointer yang baik, pelajar akan ditendang keluar dari matrikulasi. Apabila telah ditendang keluar dari matrikulasi, pelajar akan hanya mempunyai SPM untuk meneruskan kerjayanya. Kalau pun lulus matrikulasi namun gagal masuk ke IPTA, matrikulasi tersebut tidak laku untuk memohon pekerjaan.
- Politeknik
Politeknik menawarkan program teknikal dan latihan untuk peringkat sijil atau diploma. Difahamkan ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya. Harus diingat bahawa taraf sijil adalah sama dengan SPM cuma gaji permulaan lebih sikit. Diploma sama dengan STPM, tapi gaji permulaan lebih sikit.
- Kolej swasta (IPTS)
Ada beratus kolej swasta di Malaysia sekarang. Hampir setiap hari ada iklan kolej swasta di akhbar-akhbar. Kolej menawarkan program sijil dan diploma. Ada kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA lain di Malaysia. Misalnya Kolej Teknologi Timur dan UNikop menawarkan program diploma UiTM. Banyak kolej yang menawarkan program berkembar dengan universiti luar negara. Misalnya, Kolej Islam Antarabangsa menawarkan program berkembar dengan Teesside Universiti, UK. Dari beberapa segi, diploma lebih praktikal dari matrikulasi atau tingkatan enam. Walaupun masa belajar adalah lebih panjang (hampir 3 tahun, berbanding hanya dua tahun di matrikulasi atau Tingkatan 6) namun pemegang diploma mempunyai lebih peluang pekerjaan. Dari segi yang lain, pemegang diploma menimba lebih banyak ilmu dari pelajar matrikulasi atau Tingkatan 6. Tambahan pula, berbeza dengan pengajian di matrikulasi atau Tingkatan 6, bidang yang diambil di peringkat diploma adalah lebih menepati keperluan industri dalam dunia perkerjaan.
- STPM
Lepasan SPM masuk Tingkatan 6 untuk menduduki peperiksaan STPM. Namun Tingkatan 6 kurang popular terutamanya di Kuala Lumpur. Ini kerana pelajar akan merasakan yang mereka masih lagi 'pelajar sekolah'. Mereka masih memakai seragam sekolah, perlu ke sekolah setiap hari, dan masih berada di 'sekolah' dan bukan institusi pengajian tinggi. Tambahan pula, peperiksaan STPM dianggap sebagai peperiksaan yang paling sukar di seluruh Asia. Biasanya pelajar memilih tingkatan 6 setelah gagal memasuki mana-mana IPTA. Jika mendapat keputusan yang baik dalam STPM, pelajar akan terus ke ijazah pertama di IPTA. Namun STPM lebih bernilai dari matrikulasi. Ini kerana tidak seperti pemegang matrikulasi, pemegang STPM boleh memohon pekerjaan.
- Kolej-kolej Islam pilihan
Kolej Universiti Islam Azlan Shah di Kuala Kangsar, Perak Kolej Islam Antarabangsa kolej di bawah Universiti Islam Antarabangsa Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) di Bachok, Kelantan
Kolej Universiti Islam Melaka Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB) di Georgetown, Pulau Pinang Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) di Johor Bahru, Johor Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) di Bandar Sri Putra, Kajang, Selangor Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri, Kota Bharu, Kelantan
Senarai IPTA dan IPTS di Malaysia
Universiti Awam (IPTA)
- UM - Universiti Malaya, KL
- UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
- UPM - Universiti Putra Malaysia, Selangor
- USM - Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
- UTM - Universiti Teknologi Malaysia, Johor
- UMP - Universiti Malaysia Pahang, Pahang
- UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Selangor
- UUM - Universiti Utara Malaysia, Kedah
- UNIMAS - Universiti Malaysia Sarawak, Sarawak
- UMS - Universiti Malaysia Sabah, Sabah
- UPSI - Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak
- USIM - Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan
- UiTM - Universiti Teknologi MARA, Selangor
- UMT - Universiti Malaysia Terengganu, Terengganu
- UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Johor
- UTeM - Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Melaka
- UniMAP - Universiti Malaysia Perlis, Perlis
- UniSZA - Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu
- UMK - Universiti Malaysia Kelantan, Kelantan
- UPNM - Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, KL
Universiti Swasta
- AIMST - Universiti AIMST, Kedah
- Perdana University - Universiti Perdana, Selangor
- IMU - Universiti Perubatan Antarabangsa, Kuala Lumpur
- LUCT - Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing, Selangor
- MUST - Universiti Sains dan Teknologi Malaysia, Selangor
- MSU - Universiti Pengurusan dan Sains, Selangor
- MMU - Universiti Multimedia, Selangor
- Universiti Taylor's, Selangor
- OUM Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur
- UTP - Universiti Teknologi Petronas, Perak
- UNITEN - Universiti Tenaga Nasional, Selangor
- UniRazak - Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
- UTAR - Universiti Tunku Abdul Rahman, Selangor
- UniKL - Universiti Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
- UNISEL - Universiti Industri Selangor, Selangor
- Universiti Sunway, Selangor
- WOU - Universiti Terbuka Wawasan, Pulau Pinang
- UCSI - Universiti UCSI, Kuala Lumpur
- MEDIU - Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Selangor
- AIU - Universiti Antarabangsa Albukhary, Kedah
- INTI IU - Universiti Antarabangsa INTI, Negeri Sembilan
Universiti luar negara kampus Malaysia
- Universiti Teknologi Curtin, Sarawak
- Universiti Monash Malaysia, Selangor
- Universiti Teknologi Swinburne Malaysia, Sarawak
- Universiti Nottingham Malaysia, Selangor
- Universiti Perubatan Newcastle Malaysia, Johor
Kolej Universiti
- Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman, KL
- Kolej Universiti Selatan, Skudai, Johor
- Kolej Universiti SEGi, Kuala Lumpur
- Kolej Universiti Teknologi & Inovasi Asia Tenggara (UCTI), KL
- Kolej Universiti Binary, Selangor
- Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint (CiUC)
- Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS), Selangor
- Kolej Universiti HELP, KL
- Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), KL
- Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Selangor
- Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah
- Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC), Selangor
- Kolej Universiti Linton (KUL), Negeri Sembilan
- Kolej Universiti Nilai, Negeri Sembilan
- Kolej Universiti TATI (TATiUC), Terengganu (dulu TATI)
- Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim), Melaka
- Kolej Universiti Darul Quran Islamiah (KUDQI), Terengganu
- Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU), KL
- Kolej Universiti Shahputra (SHAHPUTRA), Pahang
- Kolej Universiti KDU, Selangor
- Kolej Universiti Hospitaliti Berjaya, KL
- Kolej Universiti Sains Perubatan Allianze (AUCMS), Pulau Pinang
- Kolej Universiti Sains dan Teknologi City (CUCST), Selangor
- Kolej Universiti Mahsa (MAHSA), KL
- Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill, Selangor
- Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan, Selangor
- Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS), Perak
Kolej Swasta / IPTS
Kolej-kolej swasta yang beroperasi di Malaysia dan disahkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan pengajian dalam peringkat sijil, pra-diploma, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah kedoktoran, kursus professional atau diploma lanjutan yang telah ataupun akan mendapat akreditasi samada provisional atau penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia.
- Akademi Digital Animasi Dan Media
- Akademi HELP
- Akademi IMH
- Akademi Kejururawatan Gleneagles
- Akademi Kejururawatan Tung Shin
- Akademi Kewartawanan & Komunikasi Hanxing
- Akademi Kreatif
- Akademi Latihan Penerbangan Asia Pacific
- Akademi Laut Malaysia (ALAM)
- Akademi Perbankan Malaysia
- Akademi Seni & Muzik Yamaha
- Akademi Seni Equator
- Akademi Seni Komunikasi The One
- Akademi Seni Lukis Dasein
- Akademi The One Penang
- Akademi YES
- G. Institute of Real Estate
- Institusi Pengajian Tinggi PRIME
- Institut Akauntan KTC
- Institut Antarabangsa IQRA
- Institut Assyifa' & Sains Kesihatan Bersekutu
- Institut Bahasa Teikyo
- Institut Bakeri Malaysia
- Institut CECE
- Institut Citipro
- Institut De La Salle
- Institut Eksekutif
- Institut EU
- Institut FMM
- Institut Goon
- Institut Hospitaliti YPJ
- Institut I-Systems
- Institut Insuran Malaysia
- Institut J & L
- Institut Jati
- Institut Kejuruteraan Audio SAE
- Institut Kesihatan Sains dan Kejururawatan Pantai Melaka
- Institut Kojadi
- Institut KOMPAS
- Institut Latihan & Pembangunan
- Institut Latihan dan Pendidikan RANACO (RETI)
- Institut Makanan Malaysia
- Institut Malaysia-German
- Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
- Institut Megatech
- Institut Mentari
- Institut Methodist Pilley
- Institut Moden Montessori
- Institut Nasional Sains Oftalmik
- Institut Nirwana
- Institut Omega
- Institut Optopreneur
- Institut Pelaburan PNB
- Institut Pengajian Global (GIS)
- Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
- Institut Pengurusan & Teknologi Utara (IPTURA)
- Institut Pengurusan dan Teknologi Antarabangsa
- Institut Pengurusan Dinamik
- Institut Pengurusan Global
- Institut Pengurusan Maxcel
- Institut Pengurusan MIM-INTI
- Institut Pengurusan Yelex
- Institut Perkembangan Awal Kanak-Kanak (i-PAK)
- Institut Perniagaan PAAC
- Institut Prima Bestari
- Institut Profesional Axismatics
- Institut Profesional Baitulmal
- Institut Quantum
- Institut Sains & Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
- Institut Sains dan Pengurusan
- Institut Sains Kesihatan Bersekutu Bukit Merah Laketown (BMLIAHS)
- Institut Sains Kesihatan DSH
- Institut Sains Perubatan Mantin
- Institut Seni Lukis Malaysia
- Institut Seni Neo-Art
- Institut Seni PIA
- Institut Seni Sabah
- Institut Sinaran, Sabah
- Institut Teknologi & Pengurusan Leboh Victoria
- Institut Teknologi Audio Ocean
- Institut Teknologi Bandaraya Antarabangsa
- Institut Teknologi Butterworth
- Institut Teknologi Cybertek
- Institut Teknologi Ibnu Sina
- Institut Teknologi Imperia
- Institut Teknologi Info-Sains Mahir
- Institut Teknologi Kreatif LimKokWing
- Institut Teknologi Maklumat Asia
- Institut Teknologi Maklumat Nusantara
- Institut Teknologi Maritim Netherlands (NMIT)
- Institut Teknologi MIDAS
- Institut Teknologi Pasifik
- Institut Teknologi Perak
- Institut Teknologi Perindustrian YPJ
- Institut Teknologi Pertama
- Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP)
- Institut Teknologi RIAM
- Institut Teknologi Sarawel
- Institut Teknologi Silicon
- Institut Teknologi Suria
- Institut Teknologi TMC
- Institut Perdagangan Kapar
- Kolej ACE
- Kolej Aesthetik Antarabangsa Clara
- Kolej Al Sinnar
- Kolej ALC
- Kolej Alfa
- Kolej Aman Batu Pahat
- Kolej Antarabangsa Almacrest
- Kolej Antarabangsa Automotif
- Kolej Antarabangsa Bandaraya
- Kolej Antarabangsa Crescendo
- Kolej Antarabangsa Cyberjaya
- Kolej Antarabangsa Cyberlynx
- Kolej Antarabangsa Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
- Kolej Antarabangsa Etica
- Kolej Antarabangsa Excelpolitan
- Kolej Antarabangsa FAZLEY
- Kolej Antarabangsa Flamingo
- Kolej Antarabangsa FTMS
- Kolej Antarabangsa Genting Inti
- Kolej Antarabangsa Geomatika
- Kolej Antarabangsa Granada
- Kolej Antarabangsa Greencity (dahulu dikenali: Kolej Antarabangsa Oren)
- Kolej Antarabangsa Hospitaliti dan Pelancongan LEGEND
- Kolej Antarabangsa IKIP
- Kolej Antarabangsa Impiana
- Kolej Antarabangsa Inovatif
- Kolej Antarabangsa KBU
- Kolej Antarabangsa Kejururawatan Dan Sains Kesihatan KPJ
- Kolej Antarabangsa Kemajuan Pelancongan
- Kolej Antarabangsa KFCH
- Kolej Antarabangsa Langkawi
- Kolej Antarabangsa Malvern
- Kolej Antarabangsa Metro Prima
- Kolej Antarabangsa Nightingale
- Kolej Antarabangsa Oakland
- Kolej Antarabangsa Pengurusan Hotel YTL
- Kolej Antarabangsa Plaza
- Kolej Antarabangsa Putra
- Kolej Antarabangsa Putra Intelek
- Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi Melaka (MICOST)
- Kolej Antarabangsa Sains Kesihatan (ICHS)
- Kolej Antarabangsa Seafield
- Kolej Antarabangsa Sedaya Sarawak
- Kolej Antarabangsa TAJ
- Kolej Antarabangsa Teknologi dan Profesional
- Kolej Antarabangsa Teknologi Inovasi Mutiara
- Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak
- Kolej Antarabangsa Travex
- Kolej Antarabangsa Victoria
- Kolej Antarabangsa Victoria Bandar Tasik Puteri
- Kolej Antarabangsa Westminster
- Kolej Antarabangsa Windfield
- Kolej Antarabangsa Windfield
- Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka
- Kolej ASA
- Kolej ATC
- Kolej ATI (Institut Pelancongan ASIA)
- Kolej Automotif TEKAT
- Kolej Bandar
- Kolej Bayu
- Kolej Bersepadu Sains Kesihatan Nasional
- Kolej Binary
- Kolej Bostonweb
- Kolej Brickfields Asia
- Kolej Consist
- Kolej Cyber Putra
- Kolej Dar Al-Hikmah
- Kolej DiKA
- Kolej Disted
- Kolej Eastern
- Kolej Edu Train
- Kolej Elitejaya
- Kolej Excel (Pusat Pengurusan TL)
- Kolej Fajar
- Kolej FTMS
- Kolej Gemilang
- Kolej Han Chiang
- Kolej Hillciti
- Kolej I-Systems
- Kolej IACT (International Advertising, Communication and Technology)
- Kolej IBS MIRI
- Kolej IJN
- Kolej Informatics Kuala Lumpur
- Kolej Integrasi Kejururawatan dan Kesihatan Bersekutu
- Kolej Internexia
- Kolej INTI
- Kolej Islam Antarabangsa (International Islamic College)
- Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS)
- Kolej Islam Darul Ridzuan (sekarang, Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah)
- Kolej Islam Johor
- Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Kipsas)
- Kolej Islam Sains Dan Teknologi
- Kolej Islam Teknologi Antarabangsa (KITAB)
- Kolej ITA
- Kolej ITJ
- Kolej Jamiah Islamiah Putra (Kolej JAIPUTRA)
- Kolej Jaya Bakti
- Kolej KDU
- Kolej Kejururawatan Adventist
- Kolej Kejururawatan dan Kesihatan Nilam
- Kolej Kejururawatan Dan Sains Kesihatan Berjaya
- Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Seri Manjung
- Kolej Kejururawatan dan Sains Kesihatan Sime Darby
- Kolej Kejururawatan Hospital Fatimah
- Kolej Kejururawatan Lam Wah Ee
- Kolej Kejururawatan Murni
- Kolej Kejururawatan PUSRAWI
- Kolej Kejururawatan Tun Tan Cheng Lock
- Kolej Kemahiran Minda Isbauk
- Kolej Kepimpinan Eksekutif Limkokwing
- Kolej Keris
- Kolej Kesihatan Sains Dan Kejururawatan Pantai
- Kolej Ketengah
- Kolej KIST
- Kolej Komersial Kinabalu
- Kolej Laila Taib
- Kolej Legenda
- Kolej Life
- Kolej Lincoln
- Kolej Majujaya
- Kolej Mantissa
- Kolej Masa
- Kolej Maxwell Ipoh
- Kolej Methodist Kuala Lumpur
- Kolej Metropoint
- Kolej Metropolitan
- Kolej Multimedia
- Kolej Multimedia Antarabangsa
- Kolej Multimedia InHouse
- Kolej Mutiara
- Kolej Muzik Antarabangsa (ICOM)
- Kolej Negeri
- Kolej New Era
- Kolej Oasis
- Kolej Olympia
- Kolej Optima
- Kolej Otomotif TOC
- Kolej Pacific Kuantan
- Kolej Pendidikan Perdana (KOPEDA)
- Kolej Penerbangan Admal
- Kolej Penerbangan Antarabangsa GGIFA
- Kolej Pengajian Siswazah Segi
- Kolej Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH)
- Kolej Pengajian Tinggi Raffles
- Kolej Pengurusan Astin
- Kolej Pengurusan Penerbangan
- Kolej Pengurusan Perniagaan Kotaraya
- Kolej Perdana
- Kolej Pergigian Antarabangsa Pulau Pinang
- Kolej Perubatan Komplementari Melaka
- Kolej Perubatan Melaka-Manipal
- Kolej Perubatan Pulau Pinang
- Kolej Poly-Tech Mara (KPTM)
- Kolej Portman
- Kolej Pratique Asia
- Kolej Presiden (Kolej Lincoln Asia Pasifik)
- Kolej Profesional dan Pengurusan KLIA
- Kolej Profesional Mara (KPM)
- Kolej PSDC
- Kolej PTPL (Pusat Teknologi dan Pengurusan Lanjutan)
- Kolej Putra
- Kolej Ranger Melaka
- Kolej Reach (Institut Teknologi Informasi)
- Kolej Reliance
- Kolej Reliance Pulau Pinang
- Kolej Renaissance
- Kolej Restu
- Kolej Rima
- Kolej Risda Melaka
- Kolej Sacred Heart Sibu
- Kolej Sains Kesihatan Aseana
- Kolej Saito
- Kolej SAL
- Kolej SATT
- Kolej Sedamai
- Kolej SEGI
- Kolej Seni dan Reka PJ
- Kolej Seni dan Teknologi HELP
- Kolej Seni Kreatif Snips
- Kolej Sentral
- Kolej SIDMA (Institut Pengurusan Dinamik, Sabah)
- Kolej Sinar
- Kolej Sri
- Kolej Sri Ayu
- Kolej Stamford
- Kolej Strategy
- Kolej Sunway
- Kolej Suria
- Kolej Surya
- Kolej Syuen
- Kolej TAFE
- Kolej Taylor's Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan
- Kolej Taylor's Sri Hartamas
- Kolej Teknologi Alpha
- Kolej Teknologi Antarabangsa Cosmopoint
- Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics
- Kolej Teknologi Bestari
- Kolej Teknologi Dan Senireka RENG
- Kolej Teknologi Darulnaim
- Kolej Teknologi MEA
- Kolej Teknologi Park Malaysia
- Kolej Teknologi Pulau
- Kolej Teknologi SEGI
- Kolej Teknologi Sentral Pulau Pinang
- Kolej Teknologi Timur
- Kolej Teknologi Unifield
- Kolej Teknologi YPC-ITWEB
- Kolej Tertiari Lanjutan Kemayan
- Kolej TESDEC (Kolej Sri Iman)
- Kolej Timur Barat
- Kolej Unikop
- Kolej UNITI
- Kolej Vision
- Kolej WIM
- Kolej WIT
- Kolej Yayasan Sabah (KYS)
- Kolej Yayasan UEM
- Kolej Maahad Hafiz Klang
- Pusat Bahasa Antarabangsa ELS
- Pusat Pembangunan Kemahiran Pulau Pinang (PSDC)
- Rima Secretarial Finishing College
- Sekolah Perniagaan AMC
7 Fakta yang anda perlu tahu untuk memilih IPTS
- IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi
- Kursus pengajian yang ditawarkan itu masih sah laku
- Kursus pengajian diakreditasi oleh MQA (kalau dulu LAN)
- Struktur yuran diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi
- Kemudahan dan infrastuktur yang lengkap dan bersesuaian
- Kursus pengajian diiktiraf oleh JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam)
- Disenaraikan dalam SETARA '09 Rating (untuk IPTS bertaraf kolej universiti atau universiti) atau MyQuest (untuk kolej swasta)
Semua saranan di atas adalah tips yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengajian Tinggi, kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi juga menyarankan supaya pelajar meneliti perkara-perkara berikut untuk memilih IPTS yang paling sesuai :
- Semak dan fahami terma dan syarat yang ditetapkan oleh IPTS berkenaan.
- Melawat IPTS tersebut terlebih dahulu untuk melihat keadaan yang sebenarnya.
- Hindari dari terpengaruh dengan macam-macam tawaran dan iklan-iklan yang disiarkan di akhbar (seperti pinjaman wang, wang saku, komputer riba percuma dan sebagainya).
Pautan-pautan lain :-
- Laman utama UPU
- Bahagian pengurusan kemasukan pelajar Jabatan Pendidikan Tinggi Kementerian Pendidikan Tinggi
- Facebook UPU
- Facebook rasmi UPU online
- Politeknik Malaysia
- Permohonan kemasukan ke program diploma / diploma lanjutan / pra-diploma sepenuh masa di politeknik
- IKBN
- Permohonan kemasukan ke Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- CIAST
- Pusat latihan pengajar dan kemahiran lanjutan, Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia
- Kolej Komuniti Melahirkan Juara
- Permohonan ke kolej-kolej komuniti
- E-Kemahiran
- Permohonan online kemasukan ke IKM / KKTM / MJII ambilan 2016 (ataupun yang terkini sekiranya permohonan terkini telah dibuka)
- Unit Pusat Institusi MARA
- Borang permohonan kemasukan ke institusi pendidikan MARA (IPMa)
19 Jun 2021 : Sebuah Perkongsian Daripada Pak Lan Mengenai Hala Tuju Anak-anak Selepas SPM
Assalamualaikum...
Hari ini Pak Lan ingin berkongsi dengan para kaunselor di sekolah tentang pintu-pintu di bawah pendidikan Mara. Pintu-pintu ini, insya Allah berupaya menjadi laluan kejayaan untuk anak-anak bumiputera memperoleh kerjaya yang diimpikan. Kunci kepada pintu-pintu kejayaan ini tidak semestinya keputusan SPM semata-mata, sebaliknya yang penting ialah semangat dan keyakinan yang tinggi. Masih ramai kaunselor yang hanya tahu pintu-pintu tertentu sahaja sedangkan MARA telah mencipta pelbagai pintu lain dengan sifatnya untuk semua pelajar tidak kira keputusan SPM mereka cemerlang, baik, sederhana, gagal atau yang tidak mengambil SPM langsung.
MRSM - Pintu kejayaan yang dimulakan di peringkat pendidikan menengah.
Kolej MARA - Pintu kejayaan bagi pelajar cemerlang pada peringkat asasi
KKTM, MJII & IKM (IPMa)
Pintu kejayaan bagi pelajar yg memilih pengajian peringkat sijil & diploma dalam bidang teknikal untuk kerjaya. Pintu ini terbuka luas untuk lulusan SPM sama ada cemerlang, baik, sederhana atau sekadar lulus SPM.
GiatMARA - Pintu kejayaan bagi lepasan yang gagal SPM atau tidak pernah menduduki SPM.
UniKL, KUPTM, KPTM & GMI (IPTS di bawah MARA)
Pintu kejayaan pada peringkat diploma dan ijazah
Pintu-pintu kejayaan ini sentiasa dibuka oleh MARA untuk memberi peluang kejayaan kepada anak-anak bumiputera. Mana-mana pelajar yang memasuki pintu ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja. Sebaik sahaja pelajar melangkah masuk melalui mana-mana pintu ini, maka setiap derap menuju kejayaan akan diatur dan dibantu oleh MARA sehingga anda berjaya. Itu adalah pasti.
Masih ramai kaunselor tidak tahu bahawa KKTM menawarkan Diploma MQA dalam pelbagai kluster bidang pengajian teknikal. Malah ada bidang-bidang teknikal yang ditawarkan di KKTM, tidak ditawarkan oleh mana-mana IPTA/IPTS di Malaysia. Ada pula diploma di KKTM yang bukan sahaja diakredit oleh MQA tapi turut diakredit oleh Lembaga Kejuruteraan Malaysia (BEM) dan Malaysia Board Of Technologists (MBOT).
Masih ramai kaunselor tidak tahu bahawa IKM kini menawarkan 4 jenis diploma iaitu, Diploma MQA, Diploma Indusri, Diploma Kompetensi & Diploma Teknousahawan. Ada diplomanya turut diiringkan dengan Sijil Kompeten pelbagai tahap yang menjadikan pemegangnya sentiasa menjadi rebutan oleh pemain-pemain industri dalam sektor swasta sehingga sanggup membayar gaji lebih daripada pemegang ijazah.
GiatMARA ialah pintu kejayaan yang sering dipinggirkan. Masih ramai kaunselor tidak tahu bahawa GiatMARA ialah pintu kejayaan bagi anak-anak yang gagal SPM atau sudah tidak berminat untuk bersekolah. Laluan mereka adalah 100% kemahiran sehinggalah ke peringkat tertinggi yang mereka mahu. Sijil kemahiran di GiatMARA (sehingga Tahap 2 & 3) membolehkan mereka meneruskan pengajian kemahiran ke peringkat diploma. Selepas diploma mereka boleh terus ke peringkat ijazah dan sarjana (jika mahu) dalam bidang yang mereka pilih.
Pasti ramai di luar sana yang berasa janggal dan pelik akan kenyataan Pak Lan ini. Namun itulah hakikatnya. Yang berasa pelik ialah kerana anda tidak tahu dan tidak pernah mahu mengambil tahu. Dunia pendidikan sudah jauh berubah, tapi masih ada yang pemikirannya ditakuk lama. Ibu bapa pula masih memaksa anak-anak ke sekolah walhal minda mereka sudah jumud untuk menerima pendidikan akademik. Guru-guru pula pening kepala untuk menguruskan pelajar-pelajar yang sebegini.
Tahniah kepada anak muda yang berjumpa Pak Lan ketika Pak Lan membuka kaunter konsultasi pendidikan MARA di Pejabat MARA Gerik, Perak. Sanggup datang dari Pulau Pinang berjumpa Pak Lan di Gerik, demi mengejar cita-cita. Mereka berdua tidak mengambil SPM tapi memiliki Sijil Kemahiran Automotif Tahap 2 dari GiatMARA. Alhamdulillah kini mereka berada dalam semester 4 di IKM Jasin meneruskan pengajian Diploma Automotif. Pak Lan sekadar melorongkan kejayaan buat kalian berdua. Sebelum berpisah, Pak Lan lontarkan kata-kata semangat supaya mereka meneruskan pengajian ke peringkat ijazah di UniKL MSI, Kulim, Kedah. Kami berpisah kemudiannya dengan penuh rasa kasih.
Sekian dulu kisah awal pintu-pintu kejayaan melalui pendidikan di bawah MARA. Maaf andai bicara mengusik jiwa, melukakan sukma. Tiada terniat demikian. Sekadar berkongsi pengalaman sepanjang 30 tahun dalam dunia pendidikan.
TvetMara We Care. Hidup Mara!!!
Pak Lan, KKTM Lenggong
Sekian.
-------------------------------------------------------------------------------------------
Mencari peluang menyambung pengajian secara praktikal dalam bidang tvet; berbagai pilihan kursus tersedia mengikut bidang yang anda minati di 14 buah Kolej Komuniti Seluruh Perak. Jom bertindak sekarang, hubungi Kolej Komuniti pilihan anda 😊
#kolejkomunitinegeriperak #kolejkomunititelukintan #proudkkti #ourpride #joinkkti
Soalan : "Salam tuan, saya baru sahaja habis SPM dan ingin menyambung sains komputer atau IT. Tapi bila saya lihat rakan-rakan lain ramai yang ingin sains komputer dengan IT menyebabkan saya takut untuk ambil course tersebut kerana ramai yang ingin ambil course tersebut? Any opinion?"
Sumber daripada Dr. Aid Fawzal
Adik ni kata beliau baru beliau SPM dan sedang mencari jurusan/kursus/course untuk sambung belajar. Jadi beliau tanya pendapat saya macam mana nak pilih jurusan yang relavant?
Ni jawapan saya...
-----
Waalaikumussalam. Tahniah kerana selesai habis SPM dengan jayanya.
Saya suka lihat jurusan/course nak sambung belajar ni macam nak berniaga.
Ada perniagaan yg lagi ramai orang jual, lagi tak laku sebab tak setara dengan permintaan. Yang ini perniagaan yang bergantung kepada 'supply & demand' (free market).
Ada pulak, perniagaan yang lagi ramai orang jual, lagi rancak jadinya. Contohnya hal² makanan ruji (Giffen goods), atau barang branded (Veblen goods).
Sama lah macam jurusan/course di universiti.
Ada jurusan yang lagi ramai amik, lagi kurang nilai/value dalam pasaran kerja.
Ada pulak jurusan yang lagi ramai amik, hampir kesemua yang belajar tu dapat kerja.
Kene semak lah hal ni.
-----
Cara nak semak adalah
1) Tengok website universiti yang kita nak sambung belajar tu & cari berkaitan kebolehkerjaan (employability).
2) Buka laman² iklan kerja dan cari ada tak yang perlukan jurusan tersebut. Berapa banyak? Apa lagi skill tambahan yang diperlukan.
3) Buka LinkedIn & tengok mereka² yang dah graduate daripada universiti pilihan kita dengan jurusan yang kita nakkan tu. Tengok mereka sekarang kerja selari tak dengan apa yang mereka belajar.
Apa pun, ilmu ni tak pernah rugi. Kalau dah tersalah ambil jurusan yang tak laku, perlu pandai olah ilmunya untuk lari ke bidang² yang lain. Ini yang dipanggil transferable skills.
-----
Kemudian beliau bertanya lagi. Kali ni dia nak tau pendapat peribadi saya.
Saya kata, "Secara personal, saya pilih kursus yang 'rare' sebab saya tau, kalau tak dapat kerja, saya biiznillah (dengan izin Allah) berani cipta jalan kerjaya sendiri."
Anda pilihlah mengikut minat, kesesuaian (dengan peribadi) & jalan kerjaya impian anda.
Memilih jurusan ni hanya permulaan bagi satu² kejayaan & bukan penentuan.
Dr Aid Fawzal
Middlesbrough UK
*Saya ambil kursus Master dalam Computational Fluid Dynamics (CFD) di Cranfield University, UK tahun 2011. Waktu tu di Malaysia hanya ada 4 syarikat sahaja yang perlukan kepakaran ni. Kebanyakan universiti² lokal (di Malaysia) belum mengajar subjek ini secara wajib. Saya pilih untuk amik dengan niat nak jadi Subject-Matter-Expert. 7 tahun kemudian saya capai apa yang saya nak. Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment