KUALA LUMPUR: Bekas teman wanita penulis blog seks kontroversial, Alvin Tan Jye Yee telah dikenakan hukuman penjara enam bulan kerana memuatnaik posting bak kut teh Ramadan menerusi laman Facebook.
Hakim Mahkamah Sesyen, Abdul Rashid Daud membacakan keputusan penghakiman selepas mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes terhadap Vivian Lee May Ling, 27.
Hukuman itu bermula Jumaat.
Bagaimanapun, Abdul Rashid membenarkan permohonan peguam bela untuk mengurangkan tempoh hukuman penjara kepada lima bulan dan 22 hari selepas mengambil kira tempoh reman lapan hari May Ling sebelum ini.
Hakim juga memutuskan jaminan dinaikan daripada RM10,000 kepada RM20,000,
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/padan-mukanyakes-bak-kut-teh-ramadan.html
No comments:
Post a Comment