Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Thursday, 19 May 2016

Khai Bahar kini lebih yakin tampil selepas membetulkan struktur giginya yang jarang

Gambar Khai bahar
Penyanyi yang popular menerusi aplikasi karaoke simule, Khai Bahar yang pernah diejek kerana bergigi jarang tidak lagi berasa malu selepas dia mendapatkan rawatan di sebuah klinik pergigian untuk membetulkan struktur giginya. Khai atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharudin, 22, berkata, ia berjaya membentuk keyakinan dirinya kerana kelemahan itu seringkali menjadi bahan usikan rakan-rakan dan peminat. “Hasrat nak betulkan gigi saya tu sebenarnya dah lama iaitu sebelum dikenali lagi tetapi baru dua hari lepas saya nekad untuk melakukannya, tanpa paksaan sesiapa.
“Yalah, bila dah bergelar artis, saya perlu berhadapan dengan ramai orang dan situasi ini sedikit-sebanyak menimbulkan rasa segan dan kurang yakin dalam diri apatah lagi bila ada yang memperkatakan tentangnya di ruang komen Instagram. “Justeru, saya ambil keputusan untuk membuat rawatan tersebut di Klinik Pergigian Raihan,” katanya. Ujar Khai, proses rawatan itu mengambil masa selama empat jam di mana gigi hadapannya perlu ditampal bagi mengelakkan ia nampak jarang dan tentu sekali ia dapat menghilangkan rasa malu,” katanya sambil bergurau dia berasa seperti mahu sentiasa tersenyum.
Dalam pada itu, Khai yang sebelum ini dilihat sering menyanyi tanpa memperlihatkan giginya di mana-mana video di laman sosial mengakui itu antara caranya untuk menutup kekurangan tersebut. Pun begitu, dia mengakui tidak pernah tersinggung tentang usikan mana-mana pihak selain menyifatkan kekurangan itu jugalah membawa tuah kepadanya. Sementara itu dalam perkembangan sama, Khai menjelaskan selepas hasil rawatan giginya itu dikongsi di laman Instgram, dia menerima banyak komen daripada peminat yang menyokong dan ada juga menentang tindakannya itu.
“Selepas memuat naik hasil rawatan gigi saya di Instagram, banyak komen daripada peminat yang saya terima. Ada yang suka dan ada yang gemar dengan gigi yang dulu kerana kata mereka di situlah keunikan saya. “Apa-apa pun pandangan mereka, saya hargai dan berharap tiada yang mempertikaikan lagi setelah saya jelaskan di sini,” katanya. Bercerita tentang kehidupannya setelah dikenali ramai, kata Khai semuanya tidak banyak berubah dan dia masih melakukan rutin hariannya seperti biasa. “Kalau berbeza mungkin dari aspek kesibukan kerana jadual kerja seni saya sentiasa penuh diaturkan pihak syarikat rakaman. Namun daripada aspek kehidupan peribadi, saya masih bebas ke mana-mana sahaja tanpa perlu rasa rimas ditegur peminat.
Gambar terkini Khai bahar
“Ini kerana sehingga saat ini, tak ramai yang perasan dengan kelibat saya. Jadi, tiada sebab untuk saya katakan selepas dikenali saya harus letakkan value dalam kehidupan saya sehingga perlu membataskan pergerakan sepertimana artis-artis popular yang lain. Khai Bahar masih seperti yang dulu, jangan risau,” katanya. Khai Bahar yang kini bernaung bawah syarikat rakaman NAR Records menjadi popular selepas lagu duetnya menerusi aplikasi simule bersama Siti Nordiana dengan lagu Memori Berkasih menjadi viral di Internet. Lagu nyanyiannya itu juga mendapat lebih sejuta tontonan di YouTube. -Mstar
http://www.lulu-pages.com/2016/05/khai-bahar-kini-lebih-yakin-tampil-selepas-membetulkan-struktur-giginya-yang-jarang.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...