Asas penting perjuangan Umno sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan yang sering kali dikaburi faktanya oleh pihak pembangkang ialah Umno parti yang pertama meletakkan Islam pada martabat tertinggi.
Agenda Islam ini dizahirkan dalam Perlembagaan Umno Fasal 3.3 yang menyebutkan secara jelas bahawa asas dan matlamat perjuangan Umno antara lainnya adalah “Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama”.
Manakala bagi Pembangkang parti yang paling banyak mendapat undi mereka pastinya Dap mari sahabat pm lihat asas penting perjuangan Dap ini
Adakah DAP memberikan keuntungan kepada islam?
Sebagai seorang yg beragama ISLAM, setiap tindakan atau keputusan yang kita buat mestilah memberikan keuntungan kepada islam.
Keuntungan itu bukan bererti dinilai dari segi kewangan mahupun kedudukan tetapi dilihat dari aspek peningkatan kefahaman dan penghayatan islam dikalangan masyarakat.
Jika masyarakat menjadi semakin keliru dan penghayatan semakin lemah maka adalah salah jika kita teruskan tindakan atau keputusan kita. Untuk itu sesuatu tindakan atau keputusan yang dibuat mestilah disandarakan kepada hujah syarak yang jelas
Untuk menilai samada DAP boleh memberi menafaat kepada orang islam atau tidak, kita harus melihat asas perjuangan mereka dan ideology yang dibawa. Terdapat banyak faktor tentang DAP yang harus menjadi pertimbangan kita semua antaranya :-
Memperjuangkan ideology sosialis
Memperjuangakn Malaysian Malaysia yg secara otomatiknya menghapuskan perjuangan bangsa Melayu
Kesemua wakil rakyat mereka adalah kristian
Mahu menjadikan bahasa2 lain setaraf dengan bahasa Melayu
Menyokong tuntutan IFC dan kebebasan LGBT atas asas Human Rights
Menyerang sekolah agama dengan menganggap sekolah berkenaan seperti “the ticking time bomb”.
Semua fakta2 diatas termaktub dalam perlembagaan, ucapan mahupun tindakan mereka. Ia bukan satu kata2 yg pm reka reka dengan kata lain yang sengaja diada-adakan demi untuk memecahkan Pakatan Rakyat. Tetapi reality yang tidak disedari oleh pejuang islam.
Keghairahan untuk menang dalam pilihanraya dan kebencian yang amat sangat dengan UMNO menyebabkan semakin ramai umat islam hari ini bukan saja telah menyertai DAP malah mempertahankannya sekali contohnya pemimpin melayu yang pernah suatu ketika dahulu mengatakan yang guan eng akan masuk Islam bagi mengaburi mata kita.
Ada yang mendakwa DAP kini sudah mula memahami islam namun sehingga hari ini masih tidak ada lagi pimpinan DAP masuk islam. Beberapa kali LGE, LKS dan KP secara terbuka menolak islam.
Sebenarnya ramai yang mengharapkan Pas dan Umno bersatu demi memertabatkan Islam,buang yg keruh ambil yang jernih
Adakah DAP memberi sumbangan kepada islam?
Persoalannya;
- Adakah kemenangan pilihanraya dan mendapat kuasa menjadi asas pertimbangan ?
- Ataupun melihat dari segi maslahat umum masyarakat islam supaya mereka lebih yakin dengan nilai perjuangan?
- Adakah tahaluf dgn DAP menyebabkan masyarakat semakin jelas atau semakin keliru dgn islam?
- Kalau dilihat dari segi asas perjuangan DAP spt diatas, bolehkah kita mempertaruhkan nasib kita kpd mereka yg mustahil akan mempertahankan islam? Kalau begitu apakah sumbangan yang DAP boleh beri seperti yang diharapkan oleh kita?
Secara peribadi saya tidak nampak bagaimana DAP boleh memberi sumbangan kpd islam . Jangan kita mempertaruhkan nasib bangsa dan agama kepada orang yang jelas memusuhi islam. Jangan kita memberi saham dalam meruntuhkan islam hanya semata-mata kerana kebencian kita kepada sesuatu pihak.
Bagi saya penyelesaian hanya ada satu; PAS harus kembali berunding dgn UMNO. Lupakanlah sengketa lama.
No comments:
Post a Comment