Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Saturday, 14 May 2016

"Pakar mengesahkan bahawa serpihan hampir pasti dari MH370" - Liow Tiong Lai #MH370

KENYATAAN MEDIA
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI
MENTERI PENGANGKUTAN, MALAYSIA

Liow: Pakar mengesahkan bahawa serpihan hampir pasti dari MH370

Pemeriksaan ke atas kedua-dua serpihan yang ditemui di Afrika Selatan dan pulau Mauritius di Rodrigues, yang masing-masing terdiri daripada sekeping enjin cowling dengan separa logo Rolls-Royce dan sekeping panel dalaman dari kabin pesawat telah selesai dijalankan oleh pasukan pakar antarabangsa di Australia.

Setelah pemeriksaan dan penilaian terperinci, Pasukan Penyiasatan Keselamatan ICAO Annex 13 Malaysia untuk MH370 (Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370) telah membuat kesimpulan bahawa kedua-dua keping serpihan adalah konsisten dengan panel pesawat Malaysia Airlines Boeing 777.

Justeru itu, pasukan itu telah mengesahkan bahawa kedua-dua keping serpihan dari Afrika Selatan dan Pulau Rodrigues tersebut hampir pasti berasal dari MH370. Ini adalah selari dengan hasil pemeriksaan pada bulan Mac lalu di mana pasukan tersebut juga telah mengesahkan serpihan yang dijumpai di Mozambique juga berkemungkinan besar berasal dari MH370.

Kami ingin memberikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), Geosains Australia dan Boeing di atas komitmen yang tidak berbelah-bagi serta bantuan yang telah diberikan sepanjang proses pemeriksaan dan penilaian ini berjalan.

Ucapan terima kasih juga diberikan kepada Kerajaan Mozambique, Mauritius dan Afrika Selatan di atas usaha dan kerjasama yang diberikan kepada Malaysia dalam hal ini.

Kerajaan Malaysia, Australia dan China terus komited dalam usaha pencarian MH370. Sehingga kini, lebih daripada 105,000 kilometer persegi kawasan pencarian telah diliputi oleh pasukan pencarian.

[TAMAT] 
Khamis, 12 Mei 2016
UNTUK SIARAN SEGERA


http://daengselili.blogspot.my/2016/05/pakar-mengesahkan-bahawa-serpihan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/vMNZX+(%D8%AF%D9%85%D9%8A+%D9%85%D9%84%D8%A7%D9%8A%D9%88+%D9%84%D9%88%DA%A4%D8%A7+%D9%87%D8%A7%D8%B1%D9%8A+%D8%A7%D9%8A%D9%86%D8%8C+%D8%A7%D9%8A%D8%B3%D9%88%D9%82+%D8%A8%D9%84%D9%88%D9%85+%D8%AA%D9%86%D8%AA%D9%88)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...