Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 10 May 2016

Pemuda PAS gembira... penganalisis puji keberanian pecat Husam



Tindakan PAS memecat bekas Naib Presidennya Datuk Husam Musa mendapat sokongan penuh daripada Pemuda PAS Kelantan dan penganalisis politik.

Dalam satu kenyataan media Ketua Pemuda PAS Kelantan Ahmad Fadhli Shaari menyatakan kelegaannya atas keputusan dibuat parti Islam itu yang akhirnya memutuskan memecat Husam.

Menurutnya pihaknya menyokong penuh keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS itu.

“Pemuda PAS Kelantan bersyukur kerana kemelut yang melanda parti dan kerajaan negeri akibat tindakan salah seorang wakil rakyat PAS di negeri ini, Datuk Husam Musa yang sering mengkritik parti dan kerajaan berakhir dengan tindakan pemecatan seperti yang diumumkan oleh Jawatankuasa Tatatertib PAS,” katanya.

Pada Jumaat, Jawatankuasa Tatatertib PAS mengesahkan memecat Husam setelah meneliti aduan salah laku terhadap Adun Salor itu dan mendapati beliau telah melakukan tindakan serta perbuatan yang menyalahi Fasal 82(1)(b), (c), (d), (e) dan (f), Perlembagaan PAS.

Husam sebelum ini dilihat lantang menyerang parti dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terutamanya dalam isu dakwaan kerjasama antara PAS dan UMNO.

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli mengajak semua ahli PAS untuk bekerja dan memperkukuhkan jentera parti di semua peringkat di Dun Salor.

“Tindakan ini juga tentunya merupakan satu pembebasan terhadap Datuk Husam Musa untuk bergerak melalui wadah yang dipilihnya sendiri,” katanya.

Sementara itu, keputusan Jawatankuasa Tatatertib PAS memecat Husam adalah tindakan berani yang berjaya memulihkan imej parti dari diperkotak-katikkan.

Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, tindakan ini juga satu tamparan kepada pelbagai pihak yang mendakwa Pas tidak akan mengambil tindakan ke atas Husam kerana bimbangkan pengaruhnya.

"Keputusan PAS memecat Husam memang sangat wajar dilakukan kerana terlalu banyak kenyataan dan tindakan yang dibuat olehnya sejak kalah dalam pemilihan parti pada tahun 2015 yang bercanggah dengan tatatertib parti.

"Husam secara terbuka mengkritik Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din, selain mendesak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hasan meletakkan jawatan.

"Begitu juga pelbagai kenyataan dan tindakan lainnya yang bercanggah dengan arahan atau kepentingan parti, khususnya kerana bersekongkol dengan DAP dan Amanah di dalam mengkritik parti,” katanya.

Menurutnya, apabila tindakan tidak diambil oleh PAS kepada Husam, maka banyak pihak termasuk Pengerusi PAN Kelantan, Datuk Wan Rahim Abdullah menyebut PAS takut kepada Husam.

Beliau juga berkata, apabila Husam dipecat maka terbuktilah ketegasan PAS di dalam menguruskan parti, bahawa ia tidak takut walaupun kononnya 10 wakil rakyat akan keluar parti jika Husam dipecat.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/pemuda-pas-gembira-penganalisis-puji.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...