Kemunculan pocong di RT 39, Kampung Manggar Baru, mukim Balikpapan Timur yang datang dan mengetuk pintu rumah penduduk pada setiap malam sejak kebelakangan ini mengakibatkan penduduk berasa bimbang. Portal Tribunnews.com melaporkan, selain penduduk di RT 39, hantu itu turut mengganggu penduduk RT 02 dan RT 32 yang kini membuatkan kawasan itu agak sunyi pada waktu malam.
“Setelah dibuka, ternyata tidak ada orang. Adakalanya bila pintu dibuka, pocong itu sudah berdiri di hadapan rumah. “Difahamkan pocong itu datang dari atas gunung. Semasa urusan pengebumiannya, tali kain kapan seorang penduduk yang meninggal dunia tidak dibuka,’’ kata seorang penduduk RT 32 yang mahu dikenali sebagai M. Tambah M, ketika ini, apabila hari malam, semua penduduk bertindak menutup pintu rumah masing-masing.
“Terus sunyi, tidak ada yang berani keluar,’’ katanya. Ketua RT 39, Ambo Kajeng berkata, baru-baru ini, ada seorang penduduk yang meninggal dunia dikebumikan di tanah perkuburan di kawasan itu. Ambo berkata, tali pocong itu secara sengaja dibuka atau mungkin tidak sengaja dilepaskan. “Namun menurut saya, sebab itu tidak boleh dijadikan alasan kerana tidak ada hadis atau al-Quran yang mengatakan orang yang mati boleh hidup kembali kerana tali kain kapannya tidak dibuka. Sehingga kini, saya masih mencari individu yang menimbulkan isu tersebut,’’ katanya.
Sementara itu, seorang penduduk RT 39, Bustari Effendi berkata, isu pocong di kampungnya adalah tidak benar sama sekali. “Sekali lagi, itu tidak benar. Bahkan cucu saya yang masih kecil sekitar pukul 9.00 malam masih bermain di luar rumah. “Dalam agama Islam, tidak ada orang yang telah meninggal dunia boleh bangkit dari kubur kecuali pada hari kiamat nanti,’’ kata Bustari yang juga Imam di Mushala Assalam Manggar Baru. -AP
http://www.lulu-pages.com/2016/05/penduduk-dedah-ada-pocong-muncul-ketuk-rumah-setiap-malam.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment