Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday, 11 May 2016

Saya tidak akan keluar parti sekalipun ada masalah dengan penganti - Najib


Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengharapkan ahli UMNO berpegang kepada prinsip kesetiaan sepanjang hayat kepada UMNO kata beliau sekali-kali tidak akan keluar parti sekiranya beliau ada masalah dengan pengantinya.

Katanya tidak kira apa samaada kecewa atau sekalipun pengantinya gagal beliau tetap akan kekal dalam UMNO.

Perdana Menteri menegaskan demikian dalam interbiu khas sempena hari ulangtahun UMNO ke 70 di TV1 Selasa malam.

Baginya kesetiaan adalah segalanya.

Sekalipun tidak menyebut nama sesiapa namun beliau dipercayai merujuk kepada tindakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritiknya dan keluar parti.
"Tindakan pengasas UMNO Datuk Onn Jaafar keluar UMNO pada 1951, krisis UMNO diharamkan dan perpecahan parti kepada Team A dan B pada pertengahan 1980-an dahulu tidak menjejaskan UMNO...itu sebabnya, penting setiap anggota UMNO perlu cinta dan setia kepada parti," kata beliau.

Najib berkata UMNO ialah sebuah parti yang berdaya tahan dan ia tetap tenang setiap kali diserang pembangkang.

Ditanya mengenai harapan beliau,Perdana Menteri meminta dalam arus media sosial sekarang rakyat tidak mudah cepat percaya dengan apa jua yang disebarkan.

Mereka sepatutnya siasat dulu sebelum membuat apa-apa kesimpulan.

Mengenai 1MDB,Perdana Menteri menjelaskan, kegagalan syarikat itu menerbitkan tawaran awam permulaan (IPO) akibat "diserang" adalah faktor utama syarikat itu berdepan masalah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, ini berikutan pendekatan 1MDB menggunakan kaedah pembiayaan hutang bagi perniagaannya yang memerlukan penerbitan IPO dalam masa singkat.

"Pada masa itu, kita cuba pendekatan yang berbeza sebab kita tidak mahu menggunakan dana kerajaan. (Ini kerana) dana kerajaan boleh digunakan untuk projek atau program lain.

"Bagi 1MDB, kita gunakan 'debt funding' (pembiayaan hutang) tetapi dengan syarat kita boleh buat IPO secara cepat. Namun tidak dijangka bahawa 1MDB akan diserang sebegitu sekali.

"Apabila diserang, IPO tidak dapat dilakukan, maka timbullah masalah aliran tunai," katanya.

siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/05/inilah-yang-tabik-sekalisaya-tidak-akan.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...