Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 10 May 2016

Status halal mi segera Ramyeon Samyang dari Korea

Status Halal Ramyeon Samyang
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan mi segera jenama Samyang dari Korea itu halal. Melalui Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halal Jakim, tidak mengandungi bahan meragukan seperti didakwa sebelum ini. “Berdasarkan makluman siasatan, Korea Muslim Federation (KMF) terhadap produk mi segera itu, didapati bahawa produk tersebut tiada mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil (KMF) halal yang sah sehingga kini.
“Pihak syarikat patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan oleh KMF dan pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF,” katanya dalam satu kemas kini status di Facebook, sebentar tadi. Bulan lalu, Jakim mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap mi segera itu yang diragui status halalnya. Sebelumnya, paparan skrin yang menunjukkan perbualan tentang status halal mi segera dari Korea itu menjadi viral kerana didakwa mengandungi unsur syubhah gara-gara menggunakan mesin sama dengan produk yang mengandungi unsur babi.
Status Halal Ramyeon Samyang
Status Halal Ramyeon Samyang
Dalam pada itu, Jakim menasihatkan pengguna agar tidak menyebarkan maklumat palsu berkenaan mi segera itu. “Sila semak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim,” katanya. Sebelum ini, mi segera Samyang tersebut menjadi popular akibat ramai yang menyahut cabaran untuk mencuba tahap kepedasannya. -SH
http://www.lulu-pages.com/2016/05/status-halal-mi-segera-ramyeon-samyang-dari-korea.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...