Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Wednesday 8 June 2016

Biar Betul Ni....Selepas pemutihan... Ahli PAS susut 200,000



Jika sebelum ini PAS mewar-warkan ahli mereka lebih sejuta... tapi pergolakan politik dalaman yang membawa kepada penubuhan Parti Amanah nasional (PAN) menyebabkan PAS hilang banyak ahli.

keahlian PAS menyusut hampir 200,000 daripada sejuta keahlian seperti yang diumumkan sebelum ini, kata Setiausaha Agungnya Datuk Takiyuddin Hassan.

Menurut Takiyuddin jumlah terkini itu selepas PAS mengenalpasti status setiap ahli, yang mana ada di antara ahli parti meninggal dunia dan keluar parti.

Pada Mac tahun lalu, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di Facebook, PAS mempunyai 1,000,300 ahli.

"Kita akan adakan proses pemutihan keahlian, sebagaimana saya sebut sebelum ni, kita kena telus. Kita akui, PAS pernah umumkan keahlian PAS cecah satu juta.

"Tapi bila kita buat pemutihan, ada ahli kita yang meninggal dunia dan meninggalkan parti. Kita sekarang ini punyai keahlian sekitar 800,000," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar Tahunan PAS kali ke-62, Jumaat.

Ujarnya, PAS akan menubuhkan lebih banyak cawangan bagi meningkatkan lagi jumlah keahlian parti.

"Jadi kita nak ramaikan ahli kita dengan perbanyakkan cawangan dan juga InsyaAllah kalau Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) jadi ramai, insyaAllah (makin bertambah)," katanya.

Dalam pada itu, Takiyuddin turut menegur kebanyakan ahli yang tidak mengetahui perlembagaan parti.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan usaha membudayakan perlembagaan PAS perlu diterapkan kepada semua anggota parti.

"Sebab walaupun kita dah lama jadi ahli PAS, masih ada tak baca perlembagaan atau jarang-jarang baca.

"Nak dekat pemilihan parti atau mesyuarat agung baru nak tengok perlembagaan sedangkan perlembagaan ini digubal oleh pimpinan kita sebelum ini cukup elok, cukup sempurna," katanya.

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/biar-betul-niselepas-pemutihan-ahli-pas.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...