Cetakan nombor ekor di atas salinan ayat al-Quran yang didakwa ditemui di sebuah kedai makan, di sini, awal pagi semalam kini menjadi viral di laman sosial. Difahamkan, maklumat berkenaan dikongsi oleh seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai pembantu kedai makan yang terkejut apabila menemui tiket nombor ekor yang dicetak di atas salinan ayat al-Quran sebaik ingin membersihkan meja di kedai makan berkenaan.
Menurut sumber, maklumat mengenai kejadian itu kemudiannya dimuat naik di beberapa laman grup Facebook, antaranya Den Orang Tampin, Kelab Info Malaysia dan juga Anak-anak Negeri Sembilan sehingga mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, sehingga jam 2 petang semalam, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis berhubung kes berkenaan dan berharap agar individu terbabit tampil membuat laporan di balai polis terdekat.
“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diharap membuat laporan bagi membantu siasatan,” katanya. Sementara itu, viral yang dimuat naik grup Facebook Den Orang Tampin telah dikongsi oleh 65 pengguna dan mendapat lebih 75 komen sehingga jam 2.30 petang, semalam. Seorang pengguna Facebook mencadangkan agar badan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi memastikan pihak bertanggungjawab lebih sensitif terhadap isu berkaitan agama. Malah, seorang lagi berpendapat, pemilik kedai cetakan tidak sensitif kerana mengitar semula kertas salinan ayat al-Quran itu untuk kegunaan kedai nombor ekor. -SH
http://www.lulu-pages.com/2016/06/cetakan-nombor-ekor-pada-kertas-al-quran-mula-jadi-viral-di-laman-sosial.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment