KAJIAN sikap Melayu telah dibuat oleh DAP selepas 13 Mei 1969. Kajian ini adalah bertujuan mencari ruang-ruang kelemahan Melayu untuk diperkudakan. Mereka membaca sejarah kejatuahan empayar-empayar Islam di seluruh dunia.
DAP melihat keutuhan perpaduan Melayu pada masa itu adalah merupakan satu benteng yang perlu dirobohkan. Kebencian Melayu kepada komunis amat tebal sekali. DAP berpandangan fahaman dan kekuatan perjuangan Melayu perlu dilumpuhkan dengan apa cara sekali pun.
Hasil kajian yang dibuat bertahun-tahun, sedikit demi sedikit DAP terus memasuki jarum-jarum kelemahan sikap Melayu yang mana mereka percaya bahawa jika dipraktikkan maka Melayu secara beransur-ansur akan lemah dan terus berpihak kepada ideologi mereka.
Kelemahan yang paling ketara dikaji oleh DAP ialah mengenai perangai dan sikap semula jadi orang Melayu yang amat suka kepada perkara perkara yang bersifat gosip dan negatif. Perkara yang sedemikian adalah dikaji dengan melihat struktur kehidupan Melayu itu sendiri.
Berita-berita yang tidak benar disebarkan dan dalam masa yang sama mereka terus melakukan pujian kepada Melayu yang menceritakan hal-hal yang tidak benar dan DAP sanggup mengeluarkan wang untuk menyatakan penghargaan dan keberanian Melayu ini.
Pujian dan memberikan gelaran yang baik baik seperti “tuan” “bos” “taukeh” “Banyak baik” “ dan sebagainya disusuli pula dengan pujukan DAP dengan memberikan peluang kepada Melayu ini untuk bersama dengan mereka atau terperangkap dengan pemberian mereka.
Hasil daripada ini, sedikit demi sedikit Melayu akan terus memuji sikap yang diamalkan oleh DAP kepada mereka. Sikap baik tersebut disebarkan maka lebih banyak lagi Melayu yang terperangkap dengan jawatan yang diberikan serta imbuhan yang ditawarkan.
Hari ni setelah 50 tahun perancangan DAP terhadap orang Melayu, DAP hari ini sudah tidak segan silu atau malu alah bila mereka menyerang institusi Raja, kedudukan istimewa orang-orang Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan lain-lain lagi.
DAP berselindung disebalik dua tiga kerat Melayu yang semakin lupa diri serta asal usul mereka dengan menubuhkan Sekolah Demokrasi DAP yang ditunjang oleh orang-orang Melayu sendiri. Mereka (Melayu) ini sanggup jadi alat, jadi barua, jadi perkakas dan tali barut DAP demi memungkinkan cita-cita DAP untuk berkuasa di Malaysia terlaksana.
Kini dengan beraninya DAP melakukan apa sahaja dengan sokongan Melayu yang dahulunya amat benci kepada perjuangan komunisme. Mereka mengambil kesempatan sepenuhnya dengan apa yang sedang melanda bangsa Melayu.
Melayu hari ini sudah terlalu jauh dengan mempunyai keberanian luar biasa menyerang kedudukan orang-orang Melayu serta agama Islam di negara ini atas sokongan dan bantuan yang disalurkan oleh DAP.
Dikalangan pemimpin Melayu pula mereka seakan telah hilang kekuatan dan taring untuk mengukuhkan lagi kekuatan Melayu dengan asakan-asakan isu yang tidak benar untuk dinyatakan kebenarannya. Malah ada sebilangan dari pemimpin Melayu kini seakan sudah bersetuju dengan corak serangan yang dilakukan oleh DAP terhadap bangsa Melayu.
Melayu yang dikatakan tuan kepada negara ini sudah tidak mempedulikan soal kedaulatan dan kerana itu mereka mula mencorakkan politik mereka apatah lagi bila ada sebahagian kelompok Melayu yang turut serta mempersetujui segala gerakan yang sedang mereka lakukan ketika ini.
Corak serangan DAP ini bagaikan mahu mengundang secara sukarela penentangan orang-orang Melayu terhadap gerakan mereka dan mereka bagaikan bersedia untuk menerima apa sahaja balasan dari apa yang sedang mereka usahakan ini.
Sekarang DAP tidak pernah takut dengan apa yang mereka perkatakan, ini adalah kerana mereka akan menggunakan sokongan Melayu sebagai benteng dan alasan untuk mereka mengatakan itu adalah kehendak Melayu keatas negara ini.
Kita pasti kemelut ini akan turut dicampur oleh kuasa-kuasa besar lain yang akan datang ke negara ini untuk menjarah kembali dan pasti kepimpinan negara akan bertukar tangan apabila negara-negara luar campurtangan dengan kemelut yang sengaja dicetuskan oleh parti chauvinis Cina DAP ini.
Perkara ini telah dan secara jelasnya sudah kita lihat secara nyata bagaimana setiap isu yang dibangkitkan kepada pihak kerajaan, DAP telah menggunakan berbagai saluran media luar negara untuk meminta pertolongan.
Orang Melayu pada masa ini sedang terlalu ghairah menyuarakan isu yang dibangkitkan oleh DAP dan menyokong tindakan DAP mempersilakan negara luar untuk mencampuri urusan negara ini. Segala apa yang terancang melalui kajian yang telah dibuat, kini DAP sedang menuju kejayaan agenda mereka.
Kita percaya gerakan yang sedang mereka lakukan ini bukan kerana mereka DAP semata-mata tetapi amat yakin gerakan yang sedang dirangsang ghairah oleh DAP ini bersumberkan daripada negara luar yang tidak senang dengan pemerintahan yang ada sekarang ini.
DAP melihat PAS serta PKR adalah satu-satunya parti yang mereka boleh perkudakan demi memecahbelahkan Melayu dan memberi jaminan sekiranya timbul penentangan terhadap gerakan ini hingga terjadi peristiwa berdarah, mereka bersedia pada bila-bila masa untuk membantu DAP mencapai cita-cita menubuhkan kerajaan sebagaimana di Singapura.
Ketika itu Melayu sudah hilang bisanya dan Melayu akhirnya menjadi seperti Pak Kadok yang menang sorak tapi kampungnya tergadai. Gerakan DAP ini lebih kurang sama dengan gerakan Yahudi yang mahu menawan Palestine dan atas sifat bangsa pendatang.
Melayu harus sedar bahawa DAP bukan sebuah parti yang menjamin satu kedamaian untuk semua kaum, Penindasan dan kezaliman DAP telah kita lihat, dan ianya kini menjadi satu sesalan yang tidak sudah bagai Melayu yang telah terperangkap dengan pujuk rayu sebelum ini.
- PRU14.tv
http://www.pru14.tv/2016/05/26/dap-sedang-menikmati-kejayaan-hasil-kajian-sikap-melayu-yang-dilakukan-50-tahun-lalu/
No comments:
Post a Comment