Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Sunday 12 June 2016

Gaji RM900 TAPI bahagia, Gaji RM50ribu Tidak Bahagia, Kenapa?


Gaji RM900 tak bahagia?

***
KEBAHAGIAAN 

Alhamdulillah, dalam hidup saya, saya dah pergi mengembara ke negeri di Malaysia termasuk sabah sarawak dan labuan, juga saya dah pergi beberapa buah negara Eropah, Timur Tengah serta Asia Tenggara.

Dan kembara ni akan terus menerus insyaAllah sampai akan datang. Sepanjang saya kembara ke negeri dan negara orang lain, antara perkara penting yang saya belajar adalah, KEBAHAGIAAN itu BUKAN datang dari DUIT.

Saya pernah menyaksikan depan mata saya sendiri, pasangan suami isteri bekerja yang mana suami kerja gaji RM30,000 sebulan, dan isteri gaji RM20,000 sebulan (plus minus), akhirnya masing-masing bercerai. Sebab apa? Sebab TAK BAHAGIA.

Saya juga pernah menyaksikan depan mata saya sendiri, pasangan yang hidup miskin, gaji kais pagi makan pagi, kais petang makan petang (ini serius), tinggal di kawasan bandar besar, tetapi hidup bahagia, anak ada 5 orang, 3 orang masih sekolah dan yang selebihnya dah masuk universiti.

Bahkan ibu saya sendiri, dulu kerja kilang, gaji RM700 (beberapa tahun lalu) setiap bulan, nak menyara kami sekeluarga (sebab ayah tiri saya dah meninggal dunia), alhamdulillah bahagia juga keluarga kami.

Masa saya di Eropah, saya menyaksikan sendiri memang ramai orang kaya, kerja biasa gaji tinggi, TETAPI nilai kemanusiaan dan ketamadunan manusia hancur. Duduk serumah sampai bertahun-tahun tapi tak berkahwin pun (hancur institusi kekeluargaan), gay lesbian dah jadi macam biasa, dan banyak lagi. Mereka membangun dari segi materialism, tetapi hancur nilai rohani.

Begitu juga masa saya pergi ke Mesir dan Indonesia, saya menyaksikan orang yang miskin dan kaya, tetapi ada yang bahagia, ada yang menderita. Bahagia walaupun papa kedana, dan derita walaupun kaya!

KEBAHAGIAN BUKAN DATANG DARI DUIT 

Saya bukan bercakap tentang agama. Tetapi akhirnya kebahagiaan itu BUKAN datang dari DUIT. Selama-lamanya bukan datang dari duit. Saya datang dari keluarga yang susah, bukan kaya raya. Tapi saya tetap bahagia.

Tapi hari ni bila saya ada "duit" sikit saja, saya dah mula rasa "gelisah". Gelisah kalau duit hilang, gelisah kalau kereta saya dirosakkan, gelisah kalau saya kena rompak, gelisah kalau kena tipu beribu-ribu, dan sebagainya.
Saya ada duit, tetapi saya tetap masih gelisah.

Saya fikir panjang, akhirnya baru saya faham, kebahagiaan itu bukan datang dari duit atau kewangan. TETAPI bukan bermaksud tak payah cari duit, atau serahkan duit kita pada orang lain. Bodohlah kalau siapa yang faham macam tu.

Apa saya nak beritahu, perbaiki mindset atau cara fikir kita. Its all about mindset. Sama ada kita minda kalah, atau minda menang. Kita yang tentukan. Dan cukuplah menyalahkan orang lain, kemudian mulalah cari kebahagiaan tu. Tetapi yakinlah, kebahagiaan selama-lamanya tidak datang dalam bentuk wang ringgit. Habis tu kebahagiaan tu datang dari mana?

Sebenarnya kita sendiri ada jawapannya.

Tetapi kita EGO untuk mengaku. Sebab kita merasa kagum dengan Barat yang sebenarnya kosong dari nilai. Kebahagiaan datang dari sejauh mana kita dekat dengan Tuhan.

Dan satu lagi, sebagai Muslim, cukup-cukuplah menyalahkan pihak zakat, baitulmal, JAKIM, jabatan agama dan seumpamanya. Kalau kita tak pernah berada di tempat mereka, tak pernah merasai susah payah mereka, tak pernah fikir seperti apa yang mereka fikir, tak pernah jumpa pegawai di sana dan bertanya, tak pernah kaji sistem yang mereka laksanakan, dan seumpamanya, diam saja. Atau kalau tak nak diam, pergilah kaji dan studi. Kalau tak, kita akan nampak bodoh dan hodoh kritik tanpa ilmu.

Omputih kata,
Seek to understand then to be understood.

Wallahu'alam

Shukery Azizan,
6 Ramadhan 1437 H.
Batang Kali, Selangor.

p/s : 1. saya bukan tak memahami keluarga yang hidup miskin, saya faham sangat. Alhamdulillah. Tapi itu bukan alasan untuk kita terus berkeluh kesah dengan apa yang takda.

Saya faham penat kerja overtime, balik lewat malam, keluarga macam terabai. Faham, sebab arwah ayah tiri saya kerja security guard 12 jam sehari. Tapi ketahuilah, kebahagiaan rumah tangga akan datang sejauh mana kita taat perintah Allah dan jauhi larangan Allah sungguh2 dan ikut sunnah Nabi semampu yang mungkin.

2. Saya bukan nak backup jabatan agama, atau seumpamanya. Tapi just to be fair. Yang salah laku, kita buat laporan. Bukannya mengadu domba di media sosial. Ikutlah saluran.

3. Jangan salah faham, saya tak kaya mana pun. Nak beli rumah pun tak mampu.

peace 

oleh: Shukery Azizan

http://celahgelegar.blogspot.my/2016/06/gaji-rm900-tapi-bahagia-gaji-rm50ribu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+celahgelegarblogspotcom+(CELAH+GELEGAR)

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...