Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday 14 June 2016

Inilah mentol yang berusia lebih 100 tahun dan pernah digunakan di Masjid An-Nabawi

mentol
Sebiji mentol berusia lebih 100 tahun dan dipercayai pernah digunakan di Masjid An-Nabawi pada 1325 Hijrah mendapat perhatian ramai apabila gambar mentol tersebut tersebar secara meluas dalam laman media sosial. Kebanyakan pengguna teruja dengan ‘penemuan’ mentol itu untuk mendalami lebih lanjut sejarah Masjid An-Nabawi.
Menurut laporan Arab News, berdasarkan maklumat yang tertulis pada mentol tersebut, tarikh pemasangannya adalah tarikh yang sama apabila bekalan elektrik memasuki Semenanjung Arab, kira-kira 112 tahun lalu. Merujuk kepada laman web Majlis Perbandaran Madinah, kerja-kerja pembinaan untuk membesarkan masjid itu ketika era Uthmaniyyah di bawah pemerintahan Sultan Abdul Majid berlaku antara 1265 dan 1277 Hijrah.
Lampu minyak digunakan pada masa itu manakala bekalan elektrik ‘dibawa masuk’ oleh Sultan Abdul Majid selain penggunaan mentol yang dipasang di masjid berkenaan buat pertama kali pada 25 Syaaban 1326 Hijrah. Sementara itu, kerja-kerja membesarkan masjid ketika pemerintahan Raja Abdul Aziz berlaku antara 1370 dan 1375 Hijrah. Dalam tempoh itu, ste­sen kuasa khas dibina untuk pencahayaan apabila sebanyak 2,427 biji mentol dan lampu dipasang di masjid berkenaan. Seorang penulis, Mohammad al-Sayyid al-Wakeel dalam bukunya The Holy Mosque of Madinah menceritakan mengenai sejarah pencahayaan Masjid An-Nabawi.
Ketika Tameem al-Dari datang dari Palestin pada 9 Hijrah, beliau menukar ‘sistem’ pencahayaan masjid menggunakan lampu mi­nyak. Sesetengah ahli sejarah menyatakan individu pertama menyalakan lampu di dalam Masjid An-Nabawi adalah Khalifah Umar al-Khattab. -AP
http://www.lulu-pages.com/2016/06/inilah-mentol-yang-berusia-lebih-100-tahun-dan-pernah-digunakan-di-masjid-an-nabawi.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...