"300 Ketua Cawangan dari 481 Cawangan Bahagian Semporna letak jawatan, dan turut mengambil tindakan sama ialah Naib Ketua UMNO Bahagian serta 3 Ketua sayapnya sebagai protes Ds Shafie Afdal digantung dari UMNO"
Pendapat saya kalau sekadar pemimpinnya letak jawatan ianya tidak membawa sebarang makna kerana UMNO bukan hak milik sesiapa tetapi sebuah parti Warisan Melayu, dan kepimpinannya sering bertukar ganti, tambahannya jarak pilihanrayanya 2 tahun lagi dan masih mempunyai banyak masa untuk diperbaiki.
Dan lagi, UMNO sudah ada perbagai pengalaman dan pahit jerihnya.
Dan paling terbesar adalah pada PRU 13 yang mana PAS, PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat dimasa itu paling terkuat dan gemilang sehinggakan PRU 13 dikatakan IBU SEGALA PILIHANRAYA, tapi sebaliknya kerusi Parlimen UMNO bertambah 8 kerusi, dan KEDAH/PERAK berjaya ditawan balik, Dun banyak meningkat dan diKelantan dari 6 kepada 12 dan Parlimen diKelantan dari 2 kepada 5.
PRU 14 dijangkakan lebih kurang 60 kerusi Parlimen Pembangkang menang bawah 2000 undi mejoriti kebawah akan dapat ditawan habis, tambahan pula kaum Cina sudah mula kembali untuk bersama Barisan Nasional.
Dan buktinya ini boleh dilihat di PRN Serawak meningkat 7% dan di PRK Sg. Besar dan Kuala Besar meningkat dari 38% kepada 52% yaitu 14%.
http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/insya-allah-pm-ada-cara-dan-kaedahnya.html
No comments:
Post a Comment