Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Tuesday, 28 June 2016

Jadi Lim Kit Siang Macam Hina Pada Orang Islam? Jawapan kepada komen negatif Kit Siang terhadap doa Najib...



Lim Kit Siang in his blog mocked PM Najib's faith in Allah's benevolence over BN's wins in Kuala Kangsar and Sungai Besar.

"On Saturday night, Najib claimed he had turned to God, by asking if he was on the right path, or whether he had really strayed, and BN's thumping victories in the Kuala Kangsar and Sungai Besar by-elections was God's answer to his prayers.

"This must be the first time that the Umno president has beaten the Pas president in claiming divine intervention for an electoral victory.

"It will not be long before there will be claims that Najib's RM55 billion 1Malayia Development Bhd and RM2.5 billion donation, have received God's blessings as well."....

1. Komen negarif Lim Kit Siang terhadap doa Najib kepada Allah adalah satu penghinaan kepada Islam. Ternyata dia seorang rasis dan tidak sensitif terhadap amalan beragama kepada setiap orang di Malaysia. Bayangkan kalau ada orang memperlekehkan amalan berdoa di kalangan penganut Budha, Kristian dan Hindu di negara ini. Maka apakah perasaan mereka? Sudah tentu Lim Kit Siang akan mempolitikkannya. Justeru Orang Islam wajar merasa terhina dengan komen Lim Kit Siang itu dan dia perlu meminta maaf.

2. Lim Kit Siang perlu mula belajar berdoa kepada Tuhan pada usianya yang lanjut dan bukan mempertikaikan keyakinan sorang Muslim terhadap Tuhannya.

3. Bagi seorang Muslim, doa adalah senjata. Muslim berdoa kepada Allah bukan hanya ketika berhadapan dengan kesukaran, tetapi berdoa ketika menerima nikmat dan kemenangan.

3. Bagi seorang Muslim, segalanya datang daripada Allah, baik atau buruk. Bagi seorang Muslim yang berdoa kepada Allah, wajar bersyukur dan bergembira bila doanya dimakbulkan Tuhan. Dalam hal ini, Dato Seri Najib Razak telah berdoa agar Allah memberi BN kemenangan dalam kedua-dua pilihan raya kecil dan alhamdulillah Allah telah memakbulkan doa beliau.

4. Kita tidak tahu sama ada Lim Kit Siang percaya kepada Tuhan dan ada berdoa kepada Tuhannya agar PAN diberikan kemenangan di dalam kedua-dua pilihan raya. Malah Lim Kit Siang dengan bongkak berkata Pas tidak akan mendapat undi lebih baik dari PAN. Mungkin Lim Kit Siang juga ada berdoa agar Pas kalah teruk dalam kedua-dua PRK ini.

5. Jika Lim Kit Siang percaya kepada Tuhan dan ada berdoa untuk kemenangan PAN, jelas sekali doanya tidak dimakbulkan Tuhan. Jika dia memang tidak pernah berdoa kepada Tuhannya, maka sahlah Lim Kit Siang amat bongkak kepada Tuhannya, sehingga tidak mahu berdoa kepadaNya. Jika Lim Kit Siang seorang yang tidak mempercayai kewujudan Tuhan, maka tidak perlu dia membuat komen tentang sesuatu perkara yang dia tidak percaya dan tidak mampu memahaminya.

6. Sebaliknya jika Lim Kit Siang ada berdoa kepada Tuhannya agar memberi kemenangan kepada PAN dalam PRK yang lepas, pastinya Tuhan Lim Kit Siang tidak mengabulkan doanya dan lebih teruk lagi memalukannya kerana membenarkan Pas mendapat undi yang lebih tinggi daripada PAN di Kuala Kangsar.

Mohd Puad Zarkashi

http://siemens-melayumaju.blogspot.my/2016/06/jadi-lim-kit-siang-macam-hina-pada.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...