Gagasan Malaysia Baharu 13 Mei 2018

Imagine Dragons - Mad World (Lyrics + Terjemahan)

Monday 13 June 2016

Jangan biar Islam dipijak

Jangan biar Islam dipijak (Sinar Harian 13.6.16)

Apa hak ultra kiasu untuk campurtangan atau menentukan cara hidup dan hal ehwal Melayu Islam sedangkan Melayu Islam adalah pribumi di tanah air ini, manakala mereka adalah penghijrah?

Kita tidak pernah menyekat ultra kiasu mahu hidup mengikut cara apa? Hatta, memakai pakaian sesingkat dan sependek-pendeknya. Kenapa bila tiba bab berkaitan kehidupan orang Islam mesti ditentang? Atas alasan apa mereka mahu mengarahkan Melayu mesti buat itu, mesti buat ini.

Malah jika ada orang Melayu Islam cenderung kepada Arabisasi sekali pun itu adalah hak dia? Mengapa ultra kiasu gatal punggung?

Kenapa apabila pemimpin Melayu berpakaian Cina atau Kurta (India) atau makan bersepit, semasa berkunjung 'meraikan' hari raya mereka, tidak pula dikatakan proses Cinanisasi atau Indianisasi, malah dipuji dengan kata-kata inilah 1Malaysia?

Pernahkah terlintas di hati pemimpin MCA, Gerakan dan ultra kiasu untuk untuk memakai baju Melayu dan bersongkok ketika berhari raya di rumah kita?

Namun, bila ada orang Melayu berpakaian ala Arab, ultra kiasu berkata ini Arabisasi. Apakah cenderung kepada budaya Arab itu satu kehinaan? Ingat! kita ada Raja-Raja berketurunan Arab. Sebenarnya ultra kiasu mahukan Melayu jadi apa?

Justeru, sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan ultra kiasu dalam mencampuri hal ehwal Islam mesti dibenamkan supaya mereka tidak boleh bangun lagi. Mereka ini seperti parasit.

Inilah tindakan yang perlu dilakukan oleh umat Islam dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak lama lagi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada PAN dan PH kerana ini akan menjadi mereka semakin bongkak.  

Strategi ini mesti dirancang jika benar Pas dan Umno mahu mengamalkan politik matang. Apa yang boleh dilakukan? Jika dalam tempoh berkempen ini, Umno dan Pas merasakan bahawa kemenangan bukan milik salah satu daripada mereka, cadangan saya, korban satu. Sama ada Pas atau Umno yang menang. Benamkan PAN buat selama-lama.

Jika resepi politik matang ini berjaya. PRU akan datang, pasti milik umat Islam. Kita mesti bertindak untuk mengecutkan telur ultra kiasu. Jika tidak, pengaruh Pas dan Umno akan semakin terhakis. Pertarungan dua PRK menentukan corak politik akan datang.

Ya, saya tidak nafikan, menang atau kalah, PAN dan PH pasti akan beri berbagai-bagai alasan bagi menutup maruah mereka. Namun, jika mereka kalah, sekurang-kurang PH tidak boleh mendabik baba atau berkokok.

Hari ini, PH amat bongkak kerana mereka terlalu yakin semua Cina yang lebih kurang 30 peratus akan mengundi mereka. Dengan sedikit tambahan undi Melayu, hasil usaha PKR dan IKRAM, mereka yakin boleh menang.

Justeru, kepada Pas dan Umno saya merayu. Pertama, hadamkan politik matang itu apa? Kenali siapa sebenar musuh kita? Negara ini mesti diselamatkan daripada perancangan busuk ultra kiasu. Jika ultra kiasu merancang untuk membenam kita, apakah kita perlu berdiam diri dan terus bersangka baik?

Sepatutnya MCA lebih fokus menyerang DAP, bukan saya. Saya tidak pernah mendengar MCA bertegang leher dengan seorang speaker wanita ultra kiasu yang berkahwin dengan lelaki India. Saya masih ingat ketika mengisi borang pendaftaran kelahiran anaknya, beliau menulis keturunan anaknya, anak Malaysia, ditolak oleh JPN kerana tidak ada  keturunan anak Malaysia di dunia ini.

Akhirnya dia memilih anaknya berketurunan Cina. Kenapa tidak tulis keturunan India mengikut nasab bapa? Pada tahun 2014, beliau pernah berkata, there are no Malays, no Indians and zero Chinese in the DAP's CEC, but 20 Malaysians. MCA masih diam? Nampak sangat bersekongkol.

Kedua, ultra kiasu dipelopori Kristian Evengelis semakin berani. Bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia. Kenyataan Basuki Thahaja Purnama atau Ahok, gabenor Jakarta berketurunan Cina, Kristian, dikatakan bakal menjadi menjadi Presiden Indonesia, sepatutnya membuka mata kita semua.

Ahok melarang sekolah-sekolah di Jakarta mewajibkan pelajar memakai tudung kalau pakaian itu dilayan seperti "kain lap" di dapur. Tidak betul mewajibkan pakaian itu walau majoriti penduduk Indonesia beragama Islam. Muhammadiah dan Nahdatul Ulama (NU), membantah larangan Ahok, dengan menyatakan ahli politik itu tidak perlu mengajar orang Islam tentang kefahaman agama mereka.

Ahok berkata konsep bertudung juga terdapat dalam Kristian dan Yahudi seperti kata Ahok, persoalannya adakah mereka mengamalkannya? Tidak! Mereka suka kepada yang pendek dan singkat.

Ketiga, umat tidak sepatutnya menentang RUU 355, meskipun berasal daripada Sarawak. Tahu membeza antara tugas sebagai ahli parlimen dengan sebagai individu beragama Islam. Jika tidak setuju, diam sahaja. Jangan mengeluarkan kenyataan mengarut.

Keempat, amat malang umat Islam berada dalam keadaan rugi di mana jua berada. Terlalu berkorban sehingga terkorban. Berbanding ultra kiasu. Dalam BN makan, dalam PH (PR) lagi kuat makan. Luar dalam makan belaka.

Bagaimana pula dengan nasib Melayu? Apa yang dibuat, semua tak kena. PAN menyindir Pas sebagai pendekar Mustar kerana berpakaian Melayu dan bertanjak dan berkeris ketika AGM. Ultra kiasu yang membelah peha dan dada tidak pula dikatakan apa-apa. Janganlah jadi PANdir.

http://blog2-barisan.blogspot.my/2016/06/ridhuan-tee_13.html

No comments:

Post a Comment

Featured post

Alamat Bengkel Kereta Melayu Islam / Bumiputera seluruh Malaysia

Alamat Bengkel Kereta Melayu seluruh Malaysia! Baca alamat sampai habis dan ada link download disediakan! Jika ada maklumat tambahan al...