Seorang jurugambar merakam gambar kejadian pelik, seekor ikan hidup dalam perut obor-obor di laut dekat Byron Bay, New South Wales, Australia, dan gambar itu yang menjadi viral di internet, sudah lihat lebih dua juta orang. Jurugambar dalam air, Tim Samuel, menyelam di kawasan pelancongan itu bersama rakan Disember lalu, apabila ternampak ikan yang terperangkap dalam obor-obor berkenaan. “Ia terperangkap di dalam sana tetapi kelihatan ia yang mengawal pergerakan obor-obor berkenaan,” tulis Samuel di Instagram.
Selepas gambar berkenaan disiarkan oleh @discoverocean Isnin lalu, telefon Samuel tidak berhenti berbunyi. Ada yang membuat spekulasi ikan itu disengat dan ada yang menyatakan ekor ikan berkenaan masih berada di luar obor-obor membolehkan ia mengawal pergerakan. Pakar marin, William Gladstone, bersetuju dengan keunikan dan keganjilan kejadian dalam gambar yang sudah dilihat 2.3 juta kali di imgur. -AP
http://www.lulu-pages.com/2016/06/jurugambar-rakam-gambar-kejadian-pelik-ikan-hidup-dalam-perut-obor-obor.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Lulu-Pages+%28Lulu+pages%29
No comments:
Post a Comment